Bila kita merasa lebih berilmu, kita mudah meremehkan orang yang dianggap bodoh. Kita mengecam mereka. Kita tertawakan kejahilan mereka.
Kalau ilmu yang dimiliki itu ilmu agama, kita berikan gelaran yang buruk kepada orang yang tidak sefahaman dengan kita.
Kita merasa diri sebagai kamus agama yang berjalan, yang semua orang patut merujuk kepada kita. Ada waktunya tanpa sedar, kita khususkan Syurga untuk kelompok sendiri dan Neraka untuk kelompok yang lain.
Kita sahkan semua ibadah sendiri dan kita batalkan ibadah yang lain.
Astaghfirullah...
Tidak sedikit juga yang merasa diri ahli ibadah, merasa diri yang paling soleh di antara seluruh makhluk di bumi ini.
Kita sombong dengan solat malam kita.
Kita bangga dengan bacaan Al-Quran kita.
Kita tinggi hati dengan haji dan umrah kita.
Kemudian, kita merasa puas dengan ibadah kita dan lupa perihal AKHLAK kita di tengah-tengah masyarakat.
Kita begitu puas dengan puasa kita sehingga kita lupa pada fakir miskin di sekitar kita.
Kita begitu senang dengan solat sendiri sehingga kita alpa dan lalai memperbaiki akhlak.
Kita lupa kalau orang yang kita tegur di khalayak ramai itu boleh meronta kesakitan hatinya. Kerana dia juga manusia yang masih memiliki perasaan.
Berbeza dengan kita; yang sudah tidak punya perasaan dan tidak punya belas kasihan kerana kita yang begini telah tergolong dalam golongan ORANG GILA!
Bagi yang telah bermuhasabah diri dan merasakan dirinya seperti yang tertera di atas, ayuh beristighfar banyak-banyak.
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah...
[Sumber: Cuba Try Cinta oleh Abban Lo'baw]
No comments:
Post a Comment