July 05, 2010

Akar Keturunan

Selama lebih satu dekad lamanya chek bertungkus-lumus untuk membesarkan dan memberi pendidikan yang terbaik buat adik-adik tersayang.

Justeru dedikasi tanpa kompromi itulah... chek tidak terfikir untuk cuba mencari akar umbi keluarga ayah.

Ya... ayah telah terputus hubungan dengan keluarganya selama lebih kurang 22 tahun lamanya.

Intermission...

30/6 --> Bermula pencarian chek untuk menjejak adik bongsu ayah di FB... dum-dam-dum-dam. Jejak jangan tak jejak naaa...

2/7 --> Alhamdulillah... pencarian chek tidak sia-sia kerana berjaya menemukan orang yang dicari-cari selama ini.

Ohhh my dear auntie L***... Chek gumbira, teramatlah gumbira kerana dapat menemuimu!

Akan chek canangkan pada semua sedara-mara chek melalui SMS  seantero 1Malaysia.

Mission accomplished!

Barulah chek tahu naaa... rupanya selama ini chek ada kaum kerabat yang dok bermastautin di California US.

Chek bukan sebatang kara... yahoooo!

Thank you Allah.

3 comments:

  1. boleh la ke California bercuti nnti. pastu beli buku byk2 bawa blk m'sia :)

    ReplyDelete
  2. :D sokong Gdiz, kemudian tolong borong untuk kami buku terpakai sama ;)

    Aidura, tumpang gembira juga atas penemuan saudara2 yang lama terpisah itu.

    ReplyDelete
  3. aidura sofiee9/7/10 12:43

    @gdiz & najibah, buat masa ni belum terfikir nak jejak kaki ke US lagi.

    ReplyDelete