Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

September 14, 2009

Syukur | Terima Kasih

""Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah lagi (nikmat) kepada kamu!!""

[Surah Ibrahim: ayat 7]

"Sesiapa yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada manusia, maka orang itu (sebenarnya) tidak bersyukur kepada Allah".

[Hadis riwayat oleh Imam Tarmizi]

Bermakna, jika anda tidak mensyukuri kepada orang yang pernah memberikan kebaikan dan nikmat kepada anda, walaupun pemberiannya sedikit, maka anda sebenarnya tidak bersyukur kepada Allah SWT!

Wallahu a'lam.

[Sumber: Apakah Amalan Bagi Menjauhkan Kesusahan Hidup oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi, halaman 163]

February 06, 2006

Bersyukurlah

Dari Abdullah bin Amru bin 'Ash, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sungguh amat beruntunglah orang yang Islam (berserah diri) dan merasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah SWT serta berpada dengan apa yang diberikan-Nya." [Riwayat Muslim]

Rasulullah SAW menasihatkan agar kita selalu melihat kepada orang yang berada di bawah. Usah melihat kepada orang yang di atas (lebih bernasib baik) kerana yang demikian itu akan membuatkan kita tidak bersyukur.

Sebaliknya dengan melihat orang yang berada di bawah (kurang bernasib baik), kita akan lebih merasai nikmat yang diberikan Allah SWT dan bersyukur dengan pemberian-Nya.

Namun sukar dinafikan, bahawa itulah masalah manusia. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik, sentiasa mahukan yang lebih banyak.

Bukan bermakna kita tidak boleh mengejar yang lebih baik apatah lagi kerana rezeki itu hak dan kepunyaan Allah SWT. Maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada keizinan daripada-Nya.

Yang lebih utama, bersyukurlah dengan apa yang ada. Jika belum kesampaian, maka berusahalah. Tetapi jangan sampai menyanggah syariat.

Jika sudah dapat apa yang dihajati, maka bersyukurlah kerana Allah SWT mengganjarkan usaha anda itu dengan kebaikan.

(Copyright Controlled)


Wallahu'alam.