Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka, sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani". (Surah Al-Baqarah: 173)
Makan dan minum adalah suatu perkara yang harus sifatnya bagi manusia. Namun makan dan minum tidak boleh sewenang-wenangnya kerana Allah SWT telah menyediakan peraturan bagi memelihara manusia daripada terjebak dalam kemudaratan kesihatan fizikal dan rohani.
Makanan tidak halal secara maknawiyah memberi kesan kepada pembentukan sahsiah diri. Begitu juga dengan sumber makanan atau rezeki yang disuapkan ke dalam mulut, pastikan ia bersih daripada segala unsur riba, rasuah, perjudian dan hasil haram yang lain.
Firman-Nya yang bermaksud: "Dan juga(disebabkan) mereka mengambil riba, padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang yang kafir antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya". (Surah An-Nisa': 161)
Rezeki sumber haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang tidak halal, yang diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakan seseorang. Justeru itu, berhati-hatilah!
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment