Seorang pujangga berkata: "Anak-anak tidak belajar dari apa yang ibu bapa cakap atau tuturkan, tetapi mereka lebih banyak belajar daripada apa yang ibu bapa mereka lakukan."
Seorang ulama pernah berkata: "Jangan risau seandainya anak-anak tidak mendengar cakap kita, tetapi risaulah jika anak-anak memerhatikan tindak-tanduk dan amalan kita."
Amalan ibu bapa merupakan kaedah yang berkesan untuk mendidik anak-anak.
Berkata seorang sarjana: "Ibu bapa yang sederhana banyak memberitahu, memberi nasihat, semangat dan saranan. Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan dengan terperinci dan bersungguh-sungguh. Tetapi ibu bapa yang cemerlang menjadi ikutan dan contoh kepada anak-anaknya."
Ini bermaksud, ibu bapa yang baik akan menerangkan sesuatu perkara dengan jelas dan terperinci. Mereka tidak memberi arahan secara umum sahaja. Arahan secara umum akan ditafsirkan dengan pelbagai cara oleh anak-anak. Anak-anak yang nakal akan mentafsirkan mengikut kenakalan mereka. Tetapi arahan ibu bapa yang baik bersifat lebih khusus dan anak-anak tidak dapat lari dan membuat tafsiran yang berbeza dari maksud asal.
Ibu bapa yang cemerlang juga akan melaksanakan apa yang mereka perkatakan. Sikap dan amalan baik mereka akan diteladani oleh anak-anak. Ianya menjadi contoh teladan kepada mereka.
Ibu bapa yang mempamerkan amalan yang buruk di hadapan anak-anak akan diikuti oleh mereka. Malah mungkin si anak akan menjadi lebih teruk lagi, seperti kata pepatah Melayu: "Kalau dah guru kencing berdiri, murid kencing berlari."
Berkata seorang ulama: "Ibu bapa yang mithali ialah ibu bapa yang sentiasa menggerakkan anak-anaknya untuk jadi cemerlang."
Tahap Kecemerlangan Ibu Bapa:
1. Ibu Bapa Sederhana

- Ciri-ciri: Banyak memberitahu, memberi nasihat, semangat & saranan.
- Contoh aktiviti: "Kamu hendaklah rajin membaca buku jika mahu jadi orang pandai."
- Ciri-ciri: Memberi penjelasan dengan terperinci. Arahan lebih khusus dan bersungguh-sungguh.
- Contoh Aktiviti: "Untuk menguasai Bahasa Inggeris, kamu kena membaca akhbar The New Strait Times."
- Ciri-ciri: Menjadi contoh kepada anak-anak.
- Contoh Aktiviti: "Ayah dah habis baca akhbar The New Strait Times ini. Sekarang kamu pilih rencana yang baik, potong dan baca serta tengok kamus."
No comments:
Post a Comment