Ibu bapa hendaklah berusaha membantu dan membimbing anak-anak untuk mengembangkan dan memenuhi dua perkara dalam diri anak-anak:
1. Minat atau Kecenderungan - Minat atau kecenderungan adalah sifat yang datang kemudian apabila anak itu mula mumaiyiz. Minat dan kecenderungan dipengaruhi oleh asuhan, didikan dan juga pengaruh alam sekitar di mana anak-anak itu dibesarkan.
Minat memerlukan pemangkin sebagai pencetus. Sebab itu anak-anak perlu didedahkan dengan pelbagai alat bantuan belajar, aktiviti, permainan dan peralatan. Anak-anak yang kurang minat pun boleh dipupuk dan disuburkan.
2. Bakat - Bakat adalah sifat semulajadi yang diwarisi anak-anak sama ada daripada keturunan atau atau anugerah Allah kepada anak itu. Adalah penting para ibu bapa mengenalpasti dan kemudiannya mencungkil bakat yang ada pada anak-anak. Inilah yang diistilahkan sebagai bakat terpendam. Apabila ibu bapa melihat sesuatu bakat pada anak-anak, mereka hendaklah berusaha agar ia dibangunkan dan dikembangkan menjadi kebolehan yang besar. Bakat apabila dihiasi dengan minat, akan melahirkan keajaiban.
Realitinya, kebanyakan ibu bapa tidak berjaya mengenal pasti minat, kebolehan, kecenderungan dan bakat anak-anak. Untuk mengatasi masalah ini, rujuklah kepada guru-guru, kawan-kawan, adik-beradik dan orang-orang yang terdekat dengan mereka.
Setelah mengenalpasti kecenderungan anak-anak, cuba pupuk semangat mereka agar lahirlah rasa puas hati dan bahagia di dalam diri mereka. Mereka akan berasa lega dan gembira.
Mengikut kaedah psikologi, anak yang berasa lega dan gembira akan mencontohi orang-orang yang cemerlang. Kerana itulah amat penting untuk kita kenal pasti akan bakat dan kecenderungan anak-anak.
Bagaimana Memupuk Minat dan Bakat Anak-Anak?

- Salurkan mereka ke dalam kegiatan ko-kurikulum yang berkaitan. Misalnya; jika anak meminati robot, galakkan mereka menjadi ahli Persatuan Rekacipta.
- Libatkan anak-anak dengan aktiviti luar seperti pertandingan melukis/mewarna, pakaian beragam, pertandingan bercerita di kompleks membeli-belah, dewan orang ramai dan sebagainya.
- Bawa melawat ekspo dan pameran atau libatkan mereka dengan aktiviti pentas.
- Belikan buku-buku atau VCD dan langgan majalah bulanan yang berkaitan dengan minat mereka, dari dalam dan luar negara.
- Galakkan anak-anak menyertai pertandingan yang disiarkan di dalam akhbar seperti pertandingan mengarang, pertandingan fotografi, teka silangkata, teka gambar dan sebagainya.
- Galakkan anak-anak bergiat dengan persatuan atau kelab yang mereka minati.
No comments:
Post a Comment