October 10, 2005

Info Diet

Buah-Buahan Sitrus Mengawal Tahap Kolesterol

Buah-buahan seperti oren, anggur, lemon dan limau purut mengandungi vitamin C dan tergolong dalam kumpulan asid askorbik. Vitamin ini mengandungi kualiti lemak terbakar.

Vitamin C mengurangkan lemak secara efektif. Vitamin C mengurangkan kandungannya serta mencairkannya. Apabila lemak menjadi cair, ia menjadi kurang efektif dan mudah disingkirkan.

Vitamin C juga membantu membakar kolesterol. Dengan menambah buah-buahan sitrus dalam menu diet seharian anda, ia akan meningkatkan tahap metabolisme tubuh. Juga membantu dalam pengawalan tahap kolesterol anda.


Serat Kurangkan Kalori

Serat yang tinggi mampu mengurangkan berat badan. Serat mengurangkan kalori di dalam diet anda. Ia juga dapat melambatkan kadar kalori yang diambil.

Contoh makanan yang mempunyai serat ialah semua bijirin, sayuran, lobak, ubi kentang, buah-buahan, kacang hijau, kacang peas serta kekacang yang tidak bersalut garam. Amal diet anda dengan makanan yang mengandungi serat.



Tidak Semua Lemak Tidak Perlu


Tidak semua lemak tidak diperlukan. Ada yang berguna malah penting untuk tubuh. Lemak cecair adalah bagus kerana ia membantu menyingkirkan lemak degil daripada sistem tubuh.

Lemak jenis ini boleh ditemui pada minyak jagung, minyak kacang tanah, minyak bunga matahari dan minyak biji bunga matahari. Selain itu, ia juga boleh ditemui di dalam ikan yang dimakan. Untuk itu, ambil jenis-jenis makanan ini dalam amalan diet seharian anda.



Ambil Kacang Soya 3 Kali Seminggu


Kacang soya mengandungi lesitin yang bertindak melindungi sel daripada terbentuknya lemak. Ambil lebih kurang 3 kali seminggu. Tubuh anda akan berupaya menghapuskan lemak yang tidak diperlukan.

Khasiat Pisang Memang Terbukti

Pisang memiliki nilai nutrisi yang amat bagus terutama untuk diet. Ia merupakan kombinasi antara nilai tenaga, elemen pembinaan tisu, protein, vitamin dan mineral. Ia adalah sumber kalori yang baik berbanding buah-buahan yang lain.

Sebiji pisang yang besar membekalkan lebih daripada 100 kalori. Ia mengandungi gula yang mudah dihadam, disamping menjadi sumber tenaga yang cepat. Kebiasaannya pisang akan dikisar bersama susu sebagai minuman diet yang berkhasiat.

Dalam amalan diet, pisang berperanan untuk mencegah penyakit usus kerana ia mudah dihadamkan dan menpunyai tekstur yang lembut. Ia melindungi dinding perut daripada hakisan asid yang membahayakan. Pisang juga membantu mengatasi masalah sembelit.

Cara Mengekalkan Kesihatan

Kunci utama kesihatan adalah dengan mengekalkan kecergasan badan kerana setiap 10 tahun, orang dewasa kehilangan antara 2.7 hingga 3.2 kg otot yang akan digantikan dengan lemak jika tidak bersenam.

Malah, umur 19 hingga 39 tahun adalah tempoh kritikal untuk membina kesihatan tulang, dan senaman mampu membantu mempercepatkan proses ini, selain melambatkan kadar kehilangan tulang apabila tua.

Paling penting, pastikan badan menerima cukup air iaitu 8 gelas sehari dan seperkara yang perlu diketahui, sensitiviti badan terhadap dahaga menurun dengan peningkatan usia. Maknanya, kita mungkin salah mentafsir isyarat dahaga kepada lapar dan menyebabkan kita makan lebih banyak daripada keperluan harian.

Sebaik-baiknya apabila terasa ingin makan, penuhi keinginan itu dengan meminum air. Ia bukan saja boleh mengelakkan masalah kekeringan, tetapi secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan berat badan.



Bila Kita Lapar?


Cara mudah untuk mengenalpasti sama ada perut benar-benar lapar atau sekadar teringin hendak makan ialah apabila perut berkeroncong, sakit kepala, hilang daya tumpuan dan mudah terganggu. Empat tanda ini menunjukkan kita lapar.

Jika kita terasa hendak makan apabila menonton iklan, melihat gambar atau tercium bau harum makanan yang merangsang selera, itu semua adalah gangguan psikologi saja dan seelok-eloknya diabaikan.

Lajukan Degupan Jantung Untuk Bakar Kalori

Wanita yang menjalani diet dan membatasi pengambilan kalori memang boleh menurunkan berat badan tanpa harus melakukan senaman.

Namun, ada baiknya anda tidak meninggalkan latihan kardiovaskular. Semua latihan yang melajukan degupan jantung, dari berjalan sampai menari dapat membakar kalori dan menurunkan berat badan dengan cepat.

Hasil ini juga dapat anda capai dengan melakukan latihan angkat beban (dumbell). Usahakan juga agar anda sentiasa bergerak aktif sepanjang hari.

Dapatkan Sokongan Dari Orang Sekeliling

Dapatkan sokongan dari orang sekeliling anda sama ada suami/isteri, anak-anak, adik-beradik, rakan, ibu bapa atau saudara mara untuk meneruskan usaha anda untuk berdiet terutamanya dalam pemakanan dan aktiviti fizikal.

Dengan mengubah gaya pemakanan dan aktiviti fizikal, dapat meningkatkan peluang anda untuk mengurangkan berat badan.

Dapatkan juga nasihat daripada kaunselor diet atau rujuk buku-buku yang berkaitan.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment