October 07, 2005

Sajian Ringkas dan Berkhasiat

SUP SENANG KENYANG

Bahan-bahan :
1 liter air panas
200 gm lobak merah [dipotong kiub 1 cm]
100 gm daging kisar
1 paket [37 gm] serbuk segera Sup Makanan Laut
1 sudu makan stok pekat ayam
1 biji kentang [dikiub 1 cm]
60 gm oat 'rolled'
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada sulah
sedikit bawang goreng

Cara Membuat :
1. Jerang air panas dengan daging kisar
2. Bila mendidih, masukkan kentang, lobak merah dan serbuk segera Sup Makanan Laut.
3. Kacau sekali-sekala hingga lobak merah empuk.
4. Masukkan pula oat. Bila oat kembang, tambah garam dan serbuk lada sulah kemudian angkat.
5. Taburkan bawang goreng sebelum dihidangkan.


IKAN KUKUS WANGI

Bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan ditos]
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 tangkai daun ketumbar
1 biji bawang merah
1 biji cili benggala merah
1 biji cili benggala kuning
1 sudu kecil minyak bunga matahari

Cara Membuat :
1. Letakkan ikan di atas pinggan tahan panas dan ratakan kicap dan serbuk lada hitam di atasnya.
2. Aturkan semua sayuran dan letakkan di dalam kukusan dan kukus selama 15 minit sehingga ikan lembut.
3. Keluarkan ikan dari kukusan dan hidang.


UDANG BERSOS

Bahan-bahan :
400 gm udang
100 - 120 ml air
1 biji bawang besar [dihiris baji]
1 batang serai [dititik]
2 helai daun limau purut
1/2 batang lobak merah [dihiris halus 2 cm]
10 batang kacang panjang [dihiris 2 cm]
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
3 sudu makan minyak

Bahan Sos :
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap pekat

Cara Membuat :
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, serai dan daun limau purut hingga wangi.
2. Masukkan udang, kacau hingga separuh masak.
3. Bubuh lobak merah dan kacang panjang, kacau hingga pekat.
4. Tuangkan bahan sos, gula, garam dan sedikit air.
5. Masak selama dua hingga tiga minit, kemudian angkat.


ACAR IKAN

Bahan-bahan :
600 gm ikan bawal [dihiris 4 cm]
1 sudu teh serbuk kunyit
600 ml cuka
125 ml air
1 sudu makan gula pasir
100 gm nenas [dihiris]
3 ulas bawang merah [dihiris nipis]
2 ulas bawang putih [dihiris nipis]
3 cm halia [dihiris nipis]
1 biji tomato [dibuang empulur dan dipotong kiub]
1/2 biji cili benggala hijau [dipotong kiub]
1 biji cili merah [dihiris]
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara Membuat :
1. Perap ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat.
2. Jerang cuka dan air hingga mendidih. Kemudian masukkan gula, garam dan nenas. Perlahankan api.
3. Dalam dua sudu makan minyak, tumis bahan yang dihiris nipis hingga wangi.
4. Masukkan tomato dan cili benggala, kacau dua hingga tiga minit.
5. Tambah garam kemudian campur dengan kuah nenas. Tuang ke atas ikan dan hias dengan cili merah.


KARAMEL MADU

Bahan-bahan :
500 ml susu rendah lemak
4 biji telur tinggi omega
2 sudu besar sirap kencana
4 sudu besar madu

Cara Membuat :
1. Putar susu dan telur, masukkan sirap kencana dan putar lagi.
2. Tuangkan madu ke dalam 4 - 6 acuan kaca mini [ramekins moulds] dan tuangkan campuran telur ke dalamnya.
3. Kukus selama 20 minit hingga kastard masak dan sejukkan.
4. Terbalikkan ke atas pinggan hidang dan hidang sejuk.


BUBUR PISANG

Bahan-bahan :
2 biji pisang masak [dihiris nipis dan serong]
300 ml susu rendah lemak
200 ml air
60 gm gula halus
setitik esen pisang

Cara Membuat :
1. Didihkan susu, air, gula dan esen.
2. Alihkan dari api dan masukkan hirisan pisang. Biar sejuk.
3. Dinginkan sebelum dihidangkan.


MINUMAN SIHAT STRAWBERI

Bahan-bahan :
6 biji buah strawberi [dibuang tangkai dan daunnya dan dipotong hujungnya]
250 ml dadih asli tanpa gula
300 ml susu rendah lemak
1 sudu kecil madu atau gula tiruan

Cara Membuat :
1. Kisarkan semua bahan dan dinginkan di dalam peti sejuk.
2. Masukkan ke dalam minuman ketulan ais dan hidang.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x