Ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada anak-anak untuk berdialog dengan mereka.
Ibu bapa hendaklah menjawab apa yang ditanya sebaik mungkin. Jangan memotong percakapan anak-anak sebelum mereka habis menyuarakannya.
Sesi dialog lazimnya melibatkan dua orang. Jika lebih ramai terlibat, maka majlis bertukar menjadi sesi muzakarah atau perbincangan.
Bagaimanapun, untuk menghidupkan sesi dialog ini perlulah dengan cara yang berhikmah dan penuh kasih sayang. Kaedah ini merupakan kaedah yang amat penting untuk merangsang anak-anak kita yang sememangnya cemerlang.
Kepentingan Ibu Bapa Berdialog Bersama Anak-Anak
Wallahu'alam.

- Anak-anak ada hak untuk memberi pendapat atau pandangan di dalam sesuatu hal.
- Anak-anak boleh bertanya apa-apa yang mereka musykilkan.
- Anak-anak boleh menjawab apa yang ditanya oleh ibu bapa jika diminta menjawab.
- Anak-anak boleh menyuarakan hasrat atau kehendaknya.
- Anak-anak dapat meluahkan masalahnya.
- Untuk mencari atau menjelaskan kebenaran.
- Untuk menggerakkan minda anak-anak.
- Menggerakkan kemahiran berfikir di kalangan anak-anak.
- Untuk anak-anak mendapat maklumat.
- Mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.
- Menimbulkan keyakinan diri anak-anak.
- Melatih anak-anak cekap berhujah.
- Kedua-dua pihak tidak boleh meninggikan suara.
- Jangan keluar dari tajuk perbahasan/perbincangan.
- Jangan sindir-menyindir di antara kedua-dua belah pihak.
- Ibu bapa jangan menunjuk jari ke muka, menunjukkan simbol pergaduhan seperti genggaman penumbuk atau mengenakan tindakan fizikal atau deraan seperti memukul, mencubit dan sebagainya.
- Hadkan masa, jangan meleret-leret.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment