1. Bersahabat dengan orang yang bermotivasi tinggi atau orang yang sudah berjaya. Seseorang yang hendak berjaya dalam bidang perniagaan contohnya hendaklah mencari orang yang telah berjaya dalam bidang ini. Pensyarah muda yang ingin jadi ahli akademik yang berjaya, hendaklah bersahabat rapat dengan pensyarah yang sudah kanan. Selain itu, banyakkan berkomunikasi dengan orang yang bermotivasi tinggi.
2. Mempunyai seorang role model yang boleh dijadikan seumpama idola. Bagi seorang adik umpamanya, mungkin dia boleh menjadikan abang atau kakaknya sebagai idola. Dalam masyarakat atau organisasi umpamanya, pemimpin atau ketua akan jadi contoh pada anak-anak buahnya.
3. Sering mengingati azam itu. Jika setiap tahun kita memperbaharui cukai jalan (kereta), maka begitulah kita mengingatkan diri sendiri mengenai azam.
4. Anda memerlukan seseorang untuk mengingatkan anda. Berpesanlah kepada kawan-kawan yang baik dan boleh dipercayai, yang boleh memberi teguran sekiranya anda tersasar daripada landasan yang lurus. Ibu bapa mungkin tidak berdaya menegur atau barangkali mereka berada jauh daripada kita. Jadi, kita memerlukan kawan-kawan kerana merekalah yang akan menjadi cermin untuk kita.
5. Motivasi yang terbaik adalah dengan cara muhasabah diri sendiri. Ingatkan diri sendiri. Contohnya, "Aku hendak berjaya, hendak kerja kuat tanpa putus asa." Untuk mencapainya, jangan sesekali kecewa.
6. Sentiasa mencatat dalam diari atau blog. Lakukan senarai kerja yang mahu dilakukan esok. Lakukan perancangan dalam jangkamasa panjang, sasaran dan pelan tindakan; kerana cara ini akan menjadi motivasi untuk mencapainya.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment