January 25, 2006

Batuk: Jenis & Tahap

Batuk adalah tindakbalas normal yang baik untuk tubuh badan. Tindakbalas ini dikenali sebagai tindakbalas refleks, di mana batuk berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan-bahan alahan.

Terdapat 2 jenis batuk yang utama iaitu batuk yang berkahak dan batuk yang tidak berkahak.

Kedua-dua jenis batuk ini adalah berbeza dari segi faktor penyebab dan juga ubatnya. Oleh itu adalah penting untuk mengenalpasti jenis batuk yang dialami supaya ubat yang diberi memberikan kesan yang sepatutnya.

Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.

Sekiranya kahak berwarna hijau atau coklat, ini menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.

Batuk yang tidak berkahak pula menimbulkan rasa kering, gatal dan perit di bahagian tekak. Batuk jenis ini selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Ia selalunya akan pulih tanpa pengambilan ubat dalam masa seminggu. Pengambilan antibiotik tidak boleh membantu pesakit batuk jenis ini.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment