January 23, 2006

Keresahan (Depression)

Tanda-tanda Keresahan
  1. Denyutan nadi dan/atau kadar pernafasan yang cepat
  2. Menjangka sesuatu yang terburuk dalam mana-mana keadaan
  3. Jantung yang berdebar-debar
  4. Kemerosotan prestasi kerja
  5. Mudah berpeluh
  6. Rasa 'kecut perut'
  7. Loya dan cirit-birit
  8. Badan yang menggigil dan menggeletar
  9. Sesak nafas
  10. Sukar hendak tidur
  11. Rasa sakit yang tidak diketahui puncanya (seperti sakit kepala)
  12. Hilang keyakinan dan tidak mampu membuat keputusan
  13. Tidak dapat menumpukan perhatian
  14. Sering merasa tidak sabar, kecewa dan mudah meradang
  15. Susah untuk menelan atau merasa seperti ada gumpalan di kerongkong
  16. Kebas atau rasa menyucuk-nyucuk pada tangan, kaki atau pada bahagian badan yang lain
Langkah-langkah Meredakan Keresahan
  • Cari punca tekanan yang menyebabkan keresahan dan tanganinya secara langsung. Kurangkan pendedahan diri anda kepada perkara-perkara yang boleh menyebabkan anda murung.
  • Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti mental/fizikal apabila ada sesuatu perkara yang membimbangkan anda.
  • Elakkan daripada bergantung kepada ubat-ubatan yang boleh mengubah 'mood' apabila sahaja anda menghadapi masalah. Semua ubat-ubatan ini tidak dapat menyelesaikan masalah anda ataupun memberikan penyelesaian jangka panjang. Walaupun tiada diet tertentu yang boleh diambil untuk menghindarnya, cuba elakkan dari mengambil kafein, bahan-bahan perangsang yang lain, alkohol dan nikotin.
  • Anda mungkin memerlukan kaunseling daripada kaunselor terlatih atau ahli terapi untuk menjalani terapi.
  • Bersenam secara tekal. Ikuti rutin senaman jasmani yang tetap dan seboleh-bolehnya yang melibatkan senaman aerobik.
  • Makan makanan yang menyihatkan dan mengikut jadual. Elakkan daripada melangkau waktu makan.
  • Jika anda cenderung mengalami masalah gula dalam darah yang rendah, makan lebih kerap iaitu 5 atau 6 kali sehari dalam kuantiti yang kecil setiap kali. Elakkan pengambilan makanan manis secara tetap, tetapi bawalah sumber gula yang segera pada setiap masa (contoh: setin kecil jus oren) jika anda cenderung mengalami reaksi gula dalam darah yang rendah.
  • Memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Sikap yang positif akan membantu anda mengatasi atau melupakan perasaan resah anda.
  • Rancang jadual harian anda supaya melibatkan apa yang anda boleh kendalikan sama ada dari segi fizikal mahupun mental.
  • Berlatih untuk menghadapi peristiwa/situasi yang akan dilalui yang mana ia pernah meresahkan anda sebelum ini atau dirasakan akan menyebabkan anda resah. Beberapa kali sebelum ianya berlaku, bayangkan diri anda berada dalam keadaan tenang dan terkawal semasa peristiwa berkenaan.
  • Persiapkan diri anda untuk menghadapi gejala-gejala keresahan jika anda merasakan anda mungkin akan mengalaminya. Tanganinya dengan bijak.
  • Latihan ketenangan diri: Latihan untuk merehatkan otot-otot dalam dan teknik biomaklumbalas boleh digunakan untuk membantu pembelajaran dan menenangkan diri anda.
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment