January 11, 2006

Warna Kuku

Warna kuku yang tidak normal atau perubahan tekstur kuku boleh menunjukkan satu tanda penyakit dari anemia hinggalah ke penyakit jantung.

Dr Philip Fleckman, seorang dermatologis menggunakan kuku pesakit sebagai alat untuk mendiagnosis penyakit yang mungkin ada di dalam atau di luar tubuh badan.

Kuku yang berwarna kemerah-merahan pada lapisan atasnya menunjukkan pemiliknya seorang yang sihat. Kuku yang berwarna keputih-putihan atau pucat pula merupakan tanda kekurangan zat besi. Manakala kuku yang berwarna gelap di bahagian luar menandakan penyakit ginjal.

Sementara itu, perubahan warna kebiru-biruan yang disebut 'cyanosis' menunjukkan bahawa hemoglobin yang membawa oksigen di dalam darah mengalami kekurangan oksigen. Manakala, kuku yang berwarna kuning biasanya merupakan reaksi terhadap bahan-bahan kimia atau asap rokok.

Bagaimanapun, tidak semua perubahan warna kuku menunjukkan penyakit. Pemeriksaan kesihatan yang lebih lanjut diperlukan untuk mengenalpasti masalah kesihatan yang dihadapi.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment