- Toskan minyak yang berlebihan selepas anda mencelur, membakar atau memasak makanan yang berlemak
- Jangan menyapu makanan dengan lemak / minyak yang menitis tetapi gunalah air buah-buahan, air perapan atau lain-lain bahan yang tidak berlemak / berminyak.
- Lebih baik mencelur, membakar, merebus dan mengukus makanan daripada menggoreng.
- Buang semua lemak yang kelihatan pada daging yang akan anda masak dan buang semua kulit dari ayam / ayam turki.
- Hidangkan sebahagian kecil sahaja dari hidangan yang mengandungi lemak dan sebahagian besar hidangan perlulah daripada yang tidak mengandungi lemak seperti mi, nasi, kekacang dan sayuran.
- Gunakan telur putih dan elakkan bahagian merah / kuning dalam masakan.
- Gunakan keju rendah lemak, mozzarella yang diperbuat dari susu separuh skim dan lain-lain keju tanpa lemak, selain dari keju biasa.
- Gunakan buku masakan yang mengandungi resipi rendah lemak.
January 13, 2006
Petua Memasak Untuk Yang Berdiet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment