August 15, 2006

Merawat Penyakit Kronik

Sekiranya ada di antara ahli keluarga anda yang sedang mengidap penyakit kronik, maka ikhtiar lain di samping rawatan melalui doktor ialah dengan beramal dengan Surah Al-Fatihah.

Kaifiatnya:

Dalam keadaan bersih, sebaik-baiknya Solat Hajat 2 rakaat.

Selepas itu, baca Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali pada air bersih (sebaik-baiknya air hujan malam Jumaat atau air asli yang tidak bercampur dengan klorin).

Air itu kemudiannya dibasuh pada kaki dan tangan, disapu pada muka dan kepala serta seluruh badan orang yang sakit sehingga rata, sambil berdoa kepada Allah SWT dengan doa berikut:

"Ya Allah, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan. Ya Allah, cukupkanlah, Engkaulah Yang Maha Mencukupkan. Ya Allah, sihatkanlah, Engkau yang memberi kesihatan."

Baki air itu digunakan untuk diminum.

Mudah-mudahan penyakit itu akan sembuh sedikit demi sedikit dengan izin Allah SWT, insya-Allah.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Fadilat & Khasiat Surah-Surah Mustajab Doa & Hajat]

No comments:

Post a Comment