Kisah pelajar kita di Kanada yang berdakwah kpd non-muslim, saya petik dari laman web seorang sahabat. Saya terfikir, alangkah baiknya jika ilmu & kemahiran berdakwah ini dipunyai oleh semua pelajar muslim!
Seorang pelajar, Ustaz Azhari namanya pergi ke Kanada utk menyambung pelajaran. Dia diminta memperkenalkan dirinya.
Seorang Kanada bertanya adakah dia seorang muslim. Ustaz itu mengiyakan, lalu orang Kanada itu berkata, "I hate muslim, I really hate muslim!"
Cuba bayangkan kali pertama anda memperkenalkan diri dan orang berkata begitu kepada anda. Anda tentu terkejut, bukan.
Namun Ustaz Azhari tetap berbaik dengan orang Kanada itu, mengajak ke rumah, makan bersama hingga mereka jadi kawan yang baik.
Ketika orang Kanada itu menerima jemputan dinner di rumah Ustaz Azhari, dia meminta satu kaset lagu tradisional dari Ustaz Azhari. Ustaz Azhari akhirnya memberi satu kaset dan mengenakan syarat bahawa kaset itu mesti didengari 15 minit sebelum tidur.
Malam itu, selepas 5 minit mendengar kaset, orang Kanada itu menelefon Ustaz Azhari, "Azhari, why this song there is no music instruments, but it really nice."
Ustaz Azhari suruh dia mendengar kaset tersebut sehingga akhirnya orang Kanada itu tertidur. Keesokkannya, orang Kanada tersebut datang berjumpa Ustaz Azhari dan memberitahu bahawa dia bermimpi satu mimpi yang aneh dan menceritakan mimpi tersebut.
Ustaz Azhari terkejut, mengurut dadanya, pantas mulutnya terucap kalimah "Masya-Allah". Tuhan itu Maha Pemberi Hidayah.
Rupa-rupanya orang Kanada itu bermimpi kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dan yang ajaibnya kaset yang diberi olehnya itu ialah bacaan ayat Al-Quran Surah Yusuf. Dan akhirnya orang Kanada tersebut memeluk Islam.
Selepas itu, dia berjumpa lagi dengan Ustaz Azhari, menceritakan yang dia punya 3 kesukaan iaitu arak, perempuan dan malas nak mengerjakan solat.
Ustaz Azhari berkata kepadanya yang dia boleh minum arak, bergaul dengan perempuan dan tidak mengerjakan solat, tetapi dengan syarat ketika dia hendak minum arak, dia hendaklah berkata "Ya Allah, aku tahu arak ini Kau larang, tapi aku suka sangat akan arak ini. Aku tak dapat nak tinggalkan. Oleh itu, Kau ampunilah aku".
Perbuatan yang sama dilakukan untuk perkara-perkara yang lainnya.
"That's easy, Islam is easy", kata orang Kanada itu.
Tapi seminggu selepas itu, orang Kanada itu datang berjumpa Ustaz Azhari dan menyatakan bahawa dia malu kepada Allah kerana meminum arak, bergaul dengan perempuan dan tidak mengerjakan solat. Dalam diri, beliau memohon ampun kepada Allah.
Dipendekkan cerita, akhirnya orang Kanada itu menjadi muslim yang benar-benar menghambakan dirinya kepada Allah.
Bayangkan apa yang terjadi andai Ustaz Azhari menyuruh dia meninggalkan kebiasaannya yang dulu, pada saat ketika dia mula-mula memeluk Islam? Apa yang akan berlaku?
Begitulah pentingnya ilmu dan kemahiran dalam berdakwah. Dakwah itu perlu berhikmah!
Wallahu a'lam.
[Kredit kpd Hudasoid]

No comments:
Post a Comment