Saya dah dengar ceramah Dr Jamnul Azhar ni di Radio Selangor 7.30 malam sebulan yang lalu.
Dia adalah seorang doktor yang berkhidmat di hospital kerajaan di bahagian Utara, lepasan Al-Azhar yang ada Master dalam Ilmu Hadis dan Al-Quran. Ceramah agama beliau sentiasa dikaitkan antara Al-Quran dan sains.
Satu lagi saranan beliau, jika kita tengah marah lihatlah gambar Kaabah. Selain dapat mengawal marah dan mendapat pahala, ia juga dapat menajamkan fikiran, mencerdaskan minda dan mengurangkan rabun mata, insya-Allah. Elok untuk anak-anak yang sedang belajar.
Doktor memulakan syarahannya dengan mengajak para hadirin memikirkan sejenak akan hadis yang bermaksud, "Dalam diri kamu, ada tanda-tanda kebesaran Allah".
Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1, dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8, membawa ke jumlah 81+18=99, iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:
1. Cara makan: Kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah SAW, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah SAW akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kelingkingnya, lalu Rasullah SAW akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah SAW makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 jenis enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion). Ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah, maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut Doktor, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.
2. Cara Rasulullah SAW mengunyah
Rasulullah SAW akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah
Bismillahirrahma-nirrahim. Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah SWT, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
4. Cara Rasulullah SAW minum
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Apabila kita menghembus nafas, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu Carbon Dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi 'acidic'.
Jangan meniup air yang panas, sebabnya adalah sama seperti di atas.
Cara minum: seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di bahagian tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.
Lelaki yang belum berkahwin, dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini dalam sehari. Antara sebabnya ialah sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.
Jadi, apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.
Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya. Dengan itu, dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi, jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja. Jadi, dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris Iskandar mengenai Kaabah.
Mengapa Kaabah terletak di Mekah Al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube)?
Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendekiawan dari Pakistan dan Arab, didapati tempat terletaknya Kaabah sekarang adalah betul-betul di tengah bumi.
Mengapa ia empat persegi? Ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan seperti hanya seorang pemenang yang berada di atas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan juga sebab lain mengapa ia 4 persegi kerana ia melambangkan 4 imam besar; Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i; melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.
Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment