November 22, 2006

Neraka

Neraka adalah tempat menerima hukuman jahat yang telah dilakukan semasa di dunia. Neraka penuh dengan pelbagai azab yang ngeri dan menakutkan.

Walaupun ramai manusia yakin dengan kewujudan neraka dan azabnya, namun mereka masih melakukan perkara-perkara yang mendorong kepadanya lantaran nafsu, tamak, cintakan duniawi, cintakan kemegahan, keakuan, ego dsb.

Manusia dan jin akan diseksa di dalamnya mengikut kadar keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah SWT.

Orang-orang kafir musyrik, munafik dan orang-orang murtad akan selamanya kekal di dalam api neraka.

Manakala orang-orang beriman yang melakukan perbuatan dosa semasa di dunia akan memasukinya mengikut tahap amalan dosa yang telah dilakukan. Kemudian, pada akhirnya mereka akan dimasukkan ke dalam syurga dan kekal buat selama-lamanya di situ.

Sabda Rasulullah SAW:

"Syurga itu dikelilingi atau dipagari oleh perkara-perkara yang dibenci oleh nafsu. Manakala neraka pula dikelilingi oleh perkara-perkara yang disukai oleh nafsu."

Tingkat dan nama-nama Neraka:

1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Lazhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Huthamah

Malaikat penjaga neraka ialah Malaikat Zabaniah AS.

"Kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniah." [Al-Alaq: 18]

"Seringan-ringan azab neraka pada hari Kiamat ialah orang yang diletakkan di bawah tumitnya dua bara api yang cukup mendidihkan otak. Dia merasakan bahawa tidak ada seorangpun yang lebih berat azab daripadanya. Sedangkan itulah azab yang paling ringan di neraka."

[Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment