February 26, 2007

Supplement HALAL

Pengguna kini ada alternatif baru dalam memilih produk supplement HALAL dengan pelancaran SAFWA HEALTH baru-baru ini.

Ia terdiri daripada 12 jenis vitamin, mineral dan ramuan herba dalam bentuk gel lembut dan kapsul yang sesuai untuk mereka yang telah berusia, kanak-kanak dan vegetarian.

Semua produk SAFWA HEALTH beroleh Sijil Australian Federation of Islamic Councils (AFIC), iaitu autoriti akreditasi pensijilan HALAL di Australia yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

AFIC mengaudit kemudahan pembuatan serta bahan-bahan yang digunakan, kaedah pemprosesan dan pembungkusan supplement-nya setiap tahun.

Boleh didapati di kebanyakan farmasi dan kedai ubat utama di seluruh negara. Ia dijual dalam pek 30 atau 90 kapsul.

Harga yang ditawarkan bermula daripada RM10.90 untuk Cod Liver Oil 275mg di dalam pek 30 kapsul.

No comments:

Post a Comment