August 15, 2007

Hukum Berhutang

1. Hukum dasarnya adalah HARUS.

2. WAJIB sekiranya bagi memenuhi tuntutan asas seperti membeli pakaian buat menutup aurat atau membeli makanan supaya tidak kebuluran.

3. HARAM sekiranya digunakan untuk perbuatan yang dilarang Allah SWT seperti membeli dadah atau berjudi.

Hutang ada kena-mengena dengan keperibadian seseorang muslim dan muslimah.

Rasulullah SAW mengingatkan, sesiapa yang berhutang dan ada niat untuk membayarnya, maka Allah SWT akan memudahkan niatnya itu. Tetapi, sesiapa yang berhutang dengan niat tidak mahu membayarnya, Allah SWT akan merosakkannya.

Sahabat Rasulullah SAW menceritakan pada suatu ketika, Rasulullah SAW kelihatan mengeluh sambil menyebut "Subhanallah" beberapa kali. Mereka melihat baginda mengangkat kepala ke langit, kemudian tunduk dan meletak tangan di kening.

Esoknya, mereka bertanya Rasulullah SAW dan baginda berkata, kebimbangannya adalah berkaitan hutang.

Jika seseorang itu terbunuh kerana melakukan kebaikan kerana Allah SWT, ditakdirkan dia hidup semula dan kemudian mati kembali, kemudian dia hidup semula, dan kemudian terbunuh lagi, dia tidak akan masuk syurga kecuali selepas dia melangsaikan kesemua hutangnya!

Wallahu a'lam.

[Sumber: NUR, Julai 2007]

No comments:

Post a Comment