August 22, 2007

Jus untuk Penyakit Reumatik & Gout

JUS UNTUK PENYAKIT REUMATIK[A] JUS LOBAK
Bahan2:
200 gm lobak merah

Cara Penyediaan:
Lobak merah dibersihkan, dipotong kecil-kecil dan dikisar sehingga dapat menyediakan segelas jus lobak merah.

Penggunaan:
Pesakit Reumatik digalakkan mengamalkan jus ini 2x sehari di waktu pagi dan petang.
[B] JUS AVOKADO
Bahan2:
100 gm avokado masak dan air atau air kacang soya secukupnya.

Cara Penyediaan:
Avokado dibersihkan, bijinya dibuang, isi buah dipotong dadu dan dikisar. Masukkan sedikit air atau air kacang soya sedikit demi sedikit sewaktu buah avokado dikisar.

Penggunaan:
Diminum sehari sekali pada waktu siang atau malam. Selain untuk masalah reumatik, jus ini juga boleh mengubati atau mengurangkan bahagian yang kerap mengalami kesakitan.
[C] JUS BETIK
Bahan2:
100 gm buah betik masak dan air

Cara Penyediaan:
Buangkan kulit buah betik, bersihkan dan potong mengikut citarasa sendiri. Kisarkan bersama dengan air yang secukupnya.

Penggunaan:
Boleh diminum sehari sekali pada waktu pagi atau petang. Diamalkan hanya sekali sahaja.

[D] JUS TOMATO

Bahan2:
50 - 100 gm tomato

Cara Penyediaan:
Tomato dibersihkan sebelum dipotong dadu dan dikisar.

Penggunaan:
Minum sekali sehari sahaja, 2 - 3 jam selepas makan. Sesuai diamalkan oleh pesakit yang kerap mengalami sakit pada bahagian perut.
[E] JUS SELERI
Bahan2:
3 – 4 batang daun seleri (anggaran 30 cm)

Cara Penyediaan:
Daun seleri dibersihkan, dipotong kecil kemudian dikisar.

Penggunaan:
Minum sekali sehari, 2 – 3 jam selepas makan.

JUS UNTUK PENYAKIT GOUT
[A] JUS BUAH ASAM

Bahan2:
100 gm buah asam dan 50 ml air

Cara Penyediaan:
Buah asam dikupas dan bijinya dibuang. Kemudian dikisar dan dicampurkan dengan air. Bagi mengurangkan rasa masam, campurkan sedikit madu di dalam jus tersebut.

Penggunaan:
Jus ini hanya diminum sehari sekali sahaja, 2 – 3 jam selepas makan pagi atau petang.
[B] JUS TEMBIKAI
Bahan2:
200 gm buah tembikai

Cara Penyediaan:
Buah tembikai dipotong dan bijinya dibuang. Kemudian dikisar.

Penggunaan:
Minum sehari sekali, 2 – 3 jam selepas makan petang atau malam.
[C] JUS OREN
Bahan2:
100 gm buah oren

Cara Penyediaan:
Buah oren dipotong, dibuang bijinya kemudian dikisar sehingga hancur.

Penggunaan:
Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau malam.
[D] JUS MANGGA
Bahan2:
50 gm buah mangga dan 50 ml air.

Cara Penyediaan:
Mangga dikupas, dibuang bijinya dan dipotong dadu. Kemudian kisar bersama air yang dimasukkan sedikit demi sedikit.

Penggunaan:
Diminum sekali sehari di waktu pagi atau tengahari (2 – 3 jam setelah makan).

[E] JUS PISANG EMBUN

Bahan2:
100 – 125 gm pisang embun

Cara Penyediaan:
Kulit pisang embun dibuang, kemudian dikisar isinya.

Penggunaan:
Minum sekali sehari, 2 jam selepas makan malam.
[F] JUS EPAL
Bahan2:
100 gm epal dan 50 ml air.

Cara Penyediaan:
Buah epal dibersihkan, dibuang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan tambahkan air sedikit demi sedikit.

Penggunaan:
Diminum sehari sekali selepas makan malam.

[G] JUS JAMBU BATU

Bahan2:
100 gm jambu batu dan 50 ml air.

Cara Penyediaan:
Buah jambu batu dibersihkan dan dibuang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan lembut.

Penggunaan:
Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau tengahari atau malam.
[H] JUS BETIK
Bahan2:
125 gm buah betik

Cara Penyediaan:
Buah betik dikupas, dibuang bijinya, dipotong dadu dan dikisar.

Penggunaan:

Minum sehari sekali, pada waktu siang atau malam (2 – 3 jam selepas makan).


Wallahu a'lam.


[SUMBER: Terapi Jus untuk Mengatasi Penyakit Reumatik dan Gout, oleh Dr. Prapti Utami dan Syahira Sharbani]


No comments:

Post a Comment