August 11, 2010

Doa Harian Bulan Ramadhan

Doa hari -1

"Ya Allah, jadikanlah puasaku sebagai puasa orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku daripada tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku. Wahai Tuhan sekalian alam, ampunilah aku, wahai Yang Maha Pengampun para pembuat dosa."

Doa hari - 2

"Ya Allah, dekatkanlah aku kepada keredhaanMu dan jauhkanlah aku daripada kemurkaan serta alasanMu. Berilah aku kemampuan bagi membaca ayat-ayatMu dengan rahmat Mu, wahai Maha Pengasih daripada semua pengasih."

Doa hari -3

"Ya Allah, berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan, dan jauhkanlah aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku daripada segala kebaikan yang Engkau turunkan, demi kemurahanMu, wahai zat Yang Maha Dermawan daripada semua dermawan."

(Sumber: Adab Ramadhan oleh Absyar Fuad & Suzana Ismail)

No comments:

Post a Comment

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x