August 12, 2010

Pahala Berterusan

Antara amalan yang hasil pahalanya diperolehi berterusan di dalam kubur hingga ke hari akhirat :

1. Meninggalkan anak soleh hasil didikan sendiri
2. Sedekah yang digunakan berterusan
3. Ilmu yang diamalkan
4. Mengajar dan menyebar ilmu
5. Mewariskan kitab agama
6. Mewariskan Al-Quran
7. Membina masjid
8. Membina rumah tumpangan musafir
9. Menggali dan mengairkan air sungai  atau perigi untuk umum
10. Menanam tanaman dan hasilnya dimakan makhluk
11. Sentiasa membaca kalimah syahadah
12. Berjihad membela agama Allah
13. Merintis jalan kebaikan dan diikuti oleh orang lain
14. Kematian anak kecil
15. Mengislamkan orang bukan Islam
16. Melaksanakan solat berjemaah
17. Melepaskan kesusahan orang lain

Amalan yang dilakukan oleh orang lain untuk si mati dan si mati mendapat pahala :

1. Anak soleh yang berdoa untuknya
2. Doa kebajikan orang lain untuknya
3. Doa mukmin ke atas si mati
4. Solat jenazah
5. Menceritakan kebaikan si mati
6. Doa selepas mayat dikebumikan
7. Ziarah kubur dan mendoakan untuk si mati
8. Menjelaskan hutang si mati
9. Sedekah untuk si mati
10. Nazar yang ditunaikan oleh waris si mati
11. Wasiat yang dilaksanakan oleh waris si mati
12. Puasa fardhu dan nazar si mati ditunaikan oleh waris si mati
13. Berhaji dan berzakat untuk si mati
14. Anak orang mukmin dapat pahala oleh amalan ibu bapa mereka
15. Dicaci-maki, dituduh, dimakan harta, dipukul dan diumpat serta dianiaya orang
16. Dengan sebab berkat orang soleh atau wali Allah
17. Diberi syafaat oleh Rasulullah SAW di akhirat
18. Didoa oleh para malaikat
19. Mendapat rahmat Allah SWT

(Sumber: Persimpangan Selepas Kematian... Ke Taman Syurga Atau Lubang Neraka oleh Abdul Salam Al-Kudri)

No comments:

Post a Comment