Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu tentang diri anak-anak dan mengenai perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan berterusan dan istiqamah. Jangan biarkan ibu bapa dan anak-anak berada di dalam suasana diam dalam masa yang panjang.
Di Dalam Perjalanan - Sewaktu di dalam perjalanan dalam kereta misalnya, ibu bapa boleh berbual dengan anak-anak. Gunakan elemen daripada pemandangan di sekitar perjalanan untuk mencari topik perbualan yang menarik. Amat malang sekali ibu bapa yang hanya berdiam diri dengan anak-anak di sepanjang perjalanan yang jauh.
Di Rumah - Begitu juga sewaktu di rumah. Amat malang sekali keluarga yang berkeadaan membisu seribu bahasa di dalam rumah. Akhirnya, si anak akan membawa diri ke dalam biliknya dan ibu bapa pula masuk ke dalam bilik mereka.
Ibu bapa seharusnya bertanya anak-anak tentang perkembangan pelajaran mereka di sekolah atau di IPT. Pendek kata, untuk bersoal jawab dengan anak-anak ini, ianya tidak mengira masa, keadaan dan tempat.
Waktu Makan - Ibu bapa boleh bersoal jawab dengan anak-anak waktu makan kerana ketika itu seisi keluarga lazimnya berkumpul dan keadaan boleh dikatakan tenang dan selesa. Jadi, amalan orang tua-tua yang mengatakan jangan bercakap ketika makan adalah tidak tepat.
Masa makan merupakan masa yang baik untuk nasihat-menasihati dan bersoal jawab secara positif. Jangan bercakap tentang benda-benda yang lagha (melalaikan) dan duniawi semata-mata.
Jika Ibu Bapa Tidak Tahu
Di samping itu, ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan anak-anak. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti akan sesuatu jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa tidak perlu malu kerana ibu bapa tidak semestinya tahu di dalam semua persoalan. Tambahan pula ibu bapa telahpun memberi jawapan kepada banyak persoalan lain sebelumnya.
Dalam Hal Ini, Apa Tindakan Ibu Bapa?
Anak-anak kecil lazimnya bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak ambil peduli keletah anak-anak ini. Malah ada ibu bapa yang memperolok-olokkan anak-anak dengan seribu satu macam helah. Mereka rasa mendengar soalan anak-anak tidak penting. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa.
Tabiat anak-anak bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik, anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
Sebelum Keluar Rumah
Pada masa yang sama, ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil tahu akan perkembangan diri anak-anak terutama apabila anak itu hendak keluar rumah. Beri sedikit nasihat sebelum anak keluar supaya pandai menjaga maruah diri dan berhati-hati dengan keselamatan di jalanraya dan keselamatan di atas kenderaan.
Ibu bapa hendaklah sentiasa bertanya kepada anak-anak dengan kasih sayang. Ibu bapa tidak boleh bertanya dengan kasar seolah-olah seperti pegawai polis menyoal orang yang bersalah.
Pertanyaan Jika Anak Hendak Keluar Rumah

- Ibu bapa hendaklah mencari penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanyakan anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
- Pujuk dan ajak anak-anak untuk mencari jawapannya bersama.
Anak-anak kecil lazimnya bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak ambil peduli keletah anak-anak ini. Malah ada ibu bapa yang memperolok-olokkan anak-anak dengan seribu satu macam helah. Mereka rasa mendengar soalan anak-anak tidak penting. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa.
Tabiat anak-anak bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik, anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
Sebelum Keluar Rumah
Pada masa yang sama, ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil tahu akan perkembangan diri anak-anak terutama apabila anak itu hendak keluar rumah. Beri sedikit nasihat sebelum anak keluar supaya pandai menjaga maruah diri dan berhati-hati dengan keselamatan di jalanraya dan keselamatan di atas kenderaan.
Ibu bapa hendaklah sentiasa bertanya kepada anak-anak dengan kasih sayang. Ibu bapa tidak boleh bertanya dengan kasar seolah-olah seperti pegawai polis menyoal orang yang bersalah.
Pertanyaan Jika Anak Hendak Keluar Rumah
- Ke mana anak pergi?
- Pergi dengan siapa?
- Naik kenderaan apa?
- Apa tujuan?
- Apa nombor telefon bimbit kawannya yang ikut serta?
- Pukul berapa dijangka pulang?
- Jangan benarkan keluar bersendirian. Pastikan ditemani oleh abang, kakak atau adik lelaki.
- Jangan sekali-kali keluar dengan kawan lelaki.
- Lebih-lebih lagi jangan naik motosikal atau kereta bersama kawan lelaki.
- Mesti menutup aurat dengan lengkap.
- Jangan sekali-kali keluar pada waktu malam atau sampai ke rumah pada waktu malam.
- Jangan lalu di laluan yang sunyi, gelap, terpencil atau lalu di kawasan yang dikenali sebagai tempat budak lelaki berkumpul.
- Jangan menerima pelawaan dari orang yang tidak dikenali untuk ditumpangkan kenderaan atau dibelanja makan.
No comments:
Post a Comment