June 30, 2005

6 Tips Jadi Perancang Kewangan Yang Baik

1. Bagi yang bergaji kecil, belilah barangan mengikut kemampuan dan bukan mengikut nafsu. Jangan sesekali memilih tempat yang "high class" untuk membeli belah. Tidak mengapa walaupun di pasar malam asalkan barang itu boleh digunakan.

2. Perlu ada kerja sampingan untuk menampung pendapatan seisi keluarga.

3. Mewajibkan diri untuk membuat simpanan tidak kira simpanan tetap, amanah saham mahupun insurans/takaful.

4. Beli aset untuk kepentingan keluarga bagi jangkamasa yang panjang.

5. Kurangkan "budget" dengan cara mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting seperti membeli-belah barangan yang tidak perlu.

6. Setiap hujung tahun, ibu bapa yang bekerja akan mendapat bonus daripada majikan mereka. Jangan gunakan semua wang bonus ini untuk dibelanjakan bagi menyambut perayaan semata-mata. Sediakan peruntukan yang mencukupi bagi keperluan persekolahan anak-anak.

Wallahu'alam.

June 29, 2005

10 Tips Kekalkan Kasih Sayang Suami Isteri

1. Kenali latar belakang pasangan. Tahu kegemaran dan kebencian pasangan masing-masing.

2. Faham minat pasangan dan sabar dengan minat masing-masing.

3. Saling memberi hadiah dan puji-pujian. Tetapi jangan terlalu kerap, kerana terlalu kerap akan menjadikan pasangan muak. Puji sekali-sekala lebih manis dan mengeratkan hubungan.

4. Jangan marah atau malukan pasangan di hadapan orang lain terutamanya keluarga atau anak-anak kerana pasangan juga ada maruah. Marah atau tegur ketika pasangan berada dalam keadaan yang tenang.

5. Lebih banyak memuji daripada mengeji. Sering bertanya khabar walaupun sekadar menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS). Kerap berlaku kita lebih rajin bertanya khabar rakan-rakan berbanding pasangan sendiri.

6. Bekerjasama dalam mengendalikan kerja di rumah.

7. Wujudkan suasana kediaman yang boleh menyemarakkan kasih sayang dan ketenteraman.

8. Saling mengingati tarikh-tarikh istimewa pasangan seperti harijadi dan ulang tahun perkahwinan.

9. Tidak salah menyimpan kad dan surat cinta lama daripada pasangan walaupun sudah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga. Sesekali elok dibaca semula untuk mengembalikan kenangan manis dan memperbaharui cinta yang kian pudar. Anggap isteri/suami sebagai yang tercantik dan paling kacak dalam dunia.

10. Selalu berdoa agar perkahwinan bertahan dan kebahagiaan berkekalan.

Wallahu'alam.

June 28, 2005

17 Tips Mengasihi Suami

Tidak kira sebesar mana pangkat atau gaji anda sekali pun, tugas sebagai isteri sejati tidak boleh diketepikan. Salah satu peranan isteri ialah untuk mengasihi suaminya dengan jujur, ikhlas dan sepenuh hati.

Panduan berikut mungkin boleh membantu anda para isteri untuk lebih mengasihi suami masing-masing.

1. Sebagai seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna. Selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah.

Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting; pertama, keperluan batin suaminya dan kedua keperluan fizikalnya termasuk makan dan minum.

3. Berusahalah untuk membantu suami anda terutamanya apabila suami sedang dilanda masalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja. Bersama-samalah merancang masa depan. Rujuklah kepada suami di dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda terhadap suami. Ia patut dilakukan setiap hari walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan menganggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya apabila sedang berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan daripada suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempurna perbuatannya, jauhilah daripada berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkan suami anda berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda. Gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang. Lagipun anak anda adalah anaknya juga.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, pakailah pakaian yang mengghairahkan, wangi-wangian dan berselimutlah bersama. Ciumlah dengan ciuman yang hangat iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Apabila anda tidur, sentiasalah menghadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya, minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda. Anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk melakukan hubungan kelamin dengan anda, layanilah dia dengan baik walau bagaimana sibuk dan letihnya anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca daripada isteri yang kurang faham dengan keperluan seks suaminya. Kurangnya layanan dan terlalu banyak alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, tidak salah jika anda yang memulakan pelawaan untuk melakukan hubungan seks. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan seks. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda melakukan hubungan seks dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasakan bahawa dirinya tidak dihargai sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu adalah jalinan kasih dua jiwa yang menzahirkan cinta, kasih dan sayang.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan berilah harapan agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan sahaja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan kelak, anda akan menemui suami anda di Syurga.


Wallahu'alam.

June 27, 2005

Permainan Menjana Minda Anak Siri-5: Usia 2 - 3 1/2 Tahun

1. Cat air dan gunting - Kerja-kerja halus boleh dicuba sekarang. Berikan anak beberapa jenis warna untuk mewarnai lakaran. Gunting juga boleh diberikan. Tetapi pastikan gunting yang digunakan tumpul dan khusus untuk kanak-kanak.

2. Mainan binaan - Permainan bina cantum seperti LEGO adalah contoh mainan binaan. Anak berpeluang menggunakan imaginasinya membina binaan yang dianggap menarik.

3. Mainan manipulasi - Mainan yang memerlukan pergerakan halus perlu dicuba sekarang. Misalnya permainan yang memerlukan anak memberi tumpuan sepenuhnya.

~~ Siri-5 tamat ~~
Wallahu'alam.

June 26, 2005

Permainan Menjana Minda Anak Siri-4: Usia 18 Bulan - 2 Tahun

1. Anak patung - Pilih anak patung yang boleh dibawa mandi dan ditukarkan pakaiannya. Permainan ini sangat digemari anak kerana mereka berpeluang menentukan sendiri rutin hariannya.

2. Doh mainan - Permainan doh sangat sesuai untuk anak di usia ini. Anak boleh berkreatif dengan membentuk benda-benda yang dikenalinya.

3. Telefon mainan - Mainan ini dapat memenuhi keperluan untuk berbual dan permainan perkataan.

~~ Bersambung ke Siri-5 ~~
Wallahu'alam.

June 25, 2005

Permainan Menjana Minda Anak Siri-3: Usia 12 - 18 Bulan

1. Mainan atau kotak muzik - Anak pada usia ini sangat tertarik dengan bunyi berirama. Kotak muzik atau alat muzik mainan adalah permainan yang paling sesuai. Untuk lebih menarik, pastikan permainan ini boleh bergerak ketika muzik dimainkan.

2. Susun suai gambar - Anak sudah boleh diperkenalkan dengan permainan yang lebih mencabar seperti susun suai gambar atau puzzle. Namun, permainan ini perlu ada tombolnya supaya mudah diambil. Juga, kepingan perlu besar supaya mudah anak menyusun di tempat yang betul.

3. Mainan susun - Gegelang dan bulatan menggalakkan kecekapan visualisasi ruang pada diri anak. Anak lebih bijak menganggar satu-satu jenis benda serta membandingkannya.

~~ Bersambung ke Siri-4 ~~

Wallahu'alam.

June 24, 2005

Permainan Menjana Minda Anak Siri-2: Usia 7 - 12 Bulan

1. Kadbod berat, buku mainan atau vinyl - Sebolehnya permainan ini mempunyai ilustrasi yang besar, ringkas dan dibuat daripada bahan yang boleh digenggam, digoncang atau digigit.

2. Mainan boleh bergerak - Kereta, bas atau binatang yang bergerak atas roda getah atau plastik sangat sesuai untuk anak di usia ini kerana mereka kini lebih suka bereksplorasi.

3. Bola - Bola pelbagai saiz, lembut dan keras sesuai digunakan. Ajar anak bagaimana membaling, menyepak atau menggulingkan bola supaya anak tahu bentuk fizikal sfera.

4. Bongkah lembut - Bongkah lembut boleh digunakan untuk membuat binaan atau dipicit atau dibaling. Keadaan fizikalnya yang lembut membuat permainan ini selamat untuk digunakan.

~~ Bersambung ke Siri-3 ~~

Wallahu'alam.

June 23, 2005

Permainan Menjana Minda Anak Siri-1: Usia 0 - 6 Bulan

1. Mainan dipicit atau dihisap - Gegelang atau mainan getah yang mudah digenggam dan dimasukkan ke mulut adalah sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah.

2. Mainan bergerak - Bahagian yang bergerak akan menarik perhatian anak. Pastikan mainan ini dipasang rendah untuk mudah dilihat. Jenis yang terbaik ialah yang boleh ditukar beberapa kali.

3. Mainan lembut atau bebola - Mainan lembut ini sangat sesuai kerana tidak mudah mendatangkan kecederaan. Sifatnya yang lembut juga menarik minat anak untuk bermain.

4. Mainan berbunyi atau berloceng - Mainan yang berbunyi bising apabila dibaling, dipukul, dipicit, dihisap atau digoncang semestinya menarik perhatian anak.

~~ Bersambung ke Siri-2 ~~

Wallahu'alam.

June 22, 2005

Maksimumkan Kuasa Minda Anak

1. Rangsang derianya - Anda perlu bercakap atau menyanyi kepada anak. Mendodoikannya juga adalah cara terbaik merangsang deria anak. Tunjukkan benda-benda yang hampir dengannya agar deria matanya terangsang dengan baik. Biarkan anak mencium bau masakan anda atau sebarang wangian supaya deria baunya dapat berfungsi dengan baik. Ketika anak bercakap dengan anda, tenung matanya agar anak tahu fungsi mata sebenarnya, iaitu untuk melihat.

2. Persekitaran - Sediakan persekitaran yang digemarinya. Misalnya, jika anak gemar muzik, sediakan satu ruang untuk hobinya itu. Atau anda boleh membawa anak ke taman permainan agar anak terdedah dengan persekitaran yang pelbagai dan menarik. Sekiranya anak anda masih lagi bayi, untuk menyediakan persekitaran yang positif untuk mereka adalah dengan mempelbagaikan mainan warna-warni di sekelilingnya. Dengan cara ini anak mudah tertarik dengan apa yang dilihatnya. Sebaik-baiknya, mainkan seberapa banyak permainan yang boleh untuk anak.

3. Sentiasa menerangkan rutin anda - Untuk merangsang otak anak secara lebih luas, komunikasi 2 hala perlu ada dan dijalankan semaksimum yang mungkin. Misalnya, menerangkan rutin harian anda kepada anak. Dengan menerangkan rutin harian kepadanya, anak mudah memahami "kerja" sebenar seorang manusia yang perlu bekerja, makan, rehat dan sebagainya.

4. Buku - Pilih buku yang sepadan dengan usia anak. Pastikan ketika usia anak masih kecil, berikan buku yang lebih banyak gambar berbanding teks. Warna juga memainkan peranan penting bagi memastikan anak terdorong untuk membaca. Peruntukkan masa yang sesuai setiap hari. Misalnya, pada waktu malam ketika sedang masuk tidur. Salah satu cara merangsang otak anak adalah dengan menunjukkan anak satu-satu perkara secara jelas. Misalnya ketika membaca buku, sebutkan nama beberapa benda yang ada pada setiap halaman. Pegang jari anak dan tunjukkan objek tersebut. Sebut nama objek itu dan ulanginya beberapa kali.

5. Berusaha - Biarkan anak menolong anda sebanyak yang boleh. Tugas-tugas mudah seperti menyimpan mainannya mampu dilakukan dan dapat mewujudkan perasaan bangga dalam diri anak. Untuk anak yang lebih besar, ajak anak membantu anda di dapur. Sama ada ketika memasak atau mengemas meja makan. Keadaan ini membantu anak memahami apa itu "usaha" dan hasil daripada usaha tersebut selalunya akan memuaskan hati.

6. Terangkan sifat benda - Di sekeliling kita terdiri daripada pelbagai jenis benda. Oleh yang demikian gunakan apa yang ada di sekeliling anda sebagai salah satu cara menjana pemikiran anak. Misalnya memperkenalkan anak tentang sifat benda. Apabila menunjukkan sesuatu kepada anak, nyatakan sama ada benda itu keras atau lembut, warnanya, bunyinya dan sebagainya.

7. Tingkatkan rasa kendiri - Galakkan anak supaya bersifat berdikari dan tidak mudah bergantung pada orang lain. Misalnya dengan cara menyuruh anak membuat keputusan yang mudah seperti meminta anak memilih sendiri baju yang ingin dipakainya. Atau anda boleh menyoal anak tentang satu-satu perkara yang mudah seperti "di mana kita tinggal?", "siapa nama?" dan sebagainya.

Wallahu'alam.

June 21, 2005

Jus untuk Kesihatan

i) Jus Arthritis

Bahan-bahan: 3 potong nenas, 1 batang seleri, 5 gm watercress/selada air, air secukupnya.

Cara membuat: 1. Kisar nenas dan selada air dengan sedikit air hingga menjadi jus. Tuang ke dalam gelas. 2. Kemudian kisar batang seleri dan campurkan ke dalam gelas jus tadi. 3. Kacau rata dan hidangkan.


ii) Jus Anti Demam

Bahan-bahan: 1/2 biji lemon - dibuang kulit, 1/2 biji timun, 1 sudu teh madu, sedikit air.

Cara membuat: 1. Lemon dan timun dipotong kecil. Kisar dengan air hingga hancur. 2. Tuangkan ke dalam gelas. Bubuh madu dan dikacau rata.


Wallahu'alam.

June 20, 2005

Anti-Inflammatory Agents: How Foods Can Relieve Inflammation

Before the last couple of decades and the discovery of hormone-like substances called prostaglandins and leukotrienes, it was impossible to comprehend how foods such as fish oil could possibly influence inflammatory diseases like arthritis and asthma. It is now known that prostaglandins and leukotrienes are manufactured by enzymatic breakdown of a fatty acid called arachidonic acid. What you eat determines how much of the arachidonic acid is present and what type of prostaglandins and leukotrienes, cell messengers that regulate the immune and inflammation process, are created.

If you eat a lot of meat and omega-6 type vegetable oils, you are likely to create more arachidonic acid that sets off chain reactions, resulting in specific leukotrienes that trigger inflammation. On the other hand, certain foods such as fish oil, can manipulate the prostaglandin system to block the cascade of events that ends in troops of leukotrienes being dispatched to destroy tissue and produce inflammation. A food like ginger can intervene in at least three stages to block the complex biochemical inflammatory process.

On the other hand, capsaicin the stuff that gives chilli peppers their fire works through a different mechanism according to researchers who have tested a new class of anti-inflammatory drugs derived from capsaicin.

Foods That Have Anti-Inflammatory Activity: Apple, blackcurrant, fish oil (omega-3 fatty acids), garlic, ginger, onion, pineapple, sage.

Foods Chemicals with Anti-Inflammatory Activity: Capsaicin (hot chilli peppers), omega-3 fatty acids (fatty fish such as mackerel, sardines and salmon), quercetin (onion).

Wallahu'alam.

4 Food Ways To Beat Rheumatoid Arthritis

1. Look for allergic food triggers of arthritis. Be most suspicious of cereals and grains, notably corn and wheat, as well as dairy products and meats. Authorities suggest that you not try a wholesome elimination and reintroduction of foods in attempts to ferret out arthritis-triggering foods, without a physician's supervision. You can, however, eliminate a suspected from your diet to see if symptoms let up. Wait for at least a couple of days to a week for symptoms to subside before eating the food again. If the symptoms return, you may want to stop eating the food.

2. Forgo meat, especially bac*n, p*rk and beef. You may have an intolerance of certain meats. Also, saturated meat fats can stimulate the inflammatory process. Try a meatless diet to see if it helps.

3. Eat oily fish, such as salmon, herring, mackerel, sardines or tuna three or more times a week. Such fish oils are anti-inflammatory agents. Try a little daily ginger, another anti-inflammatory agent.

4. At the same time, cut back on omega-6 type fat, concentrated in corn oil, safflower oil, sunflower oil and margarines made from these oils. They can undo the benefit from the fish oils and also upset the chemical balance of fatty acids in cell membranes, fostering inflammatory attacks on tissue and joints. Meat fats do the same thing.

Wallahu'alam.

June 19, 2005

20 Foods Most Apt To Aggravate Arthritis

Here are the foods that provoked rheumatoid arhtritis symptoms in the greatest percentages of patients, according to a recent study by British authority, L Gail Darlington. Corn and wheat were the worst culprits, triggering symptoms in more than half of those tested.

1. Corn 56%
2. Wheat 54%
3. Bac*n/P*rk 39%
4. Oranges 39%
5. Milk 37%
6. Oats 37%
7. Rye 34%
8. Eggs 32%
9. Beef 32%
10.Coffee 32%
11.Malt 27%
12.Cheese 24%
13.Grapefruit 24%
14.Tomato 22%
15.Peanuts 20%
16.Sugar (cane) 20%
17.Butter 17%
18.Lamb 17%
19.Lemon 17%
20.Soya 17%


Wallahu'alam.

3 Reasons To Give Up Meat If You Have Rheumatoid Arthritis

1. Meat contains the type of fat that stimulates production of inflammatory agents in the body.

2. Meat may produce "allergic" reactions that incite arthritis flare-ups because of individual reactions, probably inherited.

3. Some meats, particularly cured meats such as bac*n, h*m, hot dogs, cold cuts etc contain preservatives and other chemicals that trigger allergic arthritis reactions in some individuals. This is in addition to the inflammatory properties of the meat's fat.

Wallahu'alam.

June 18, 2005

How Food Can Affect Rheumatoid Arthritis

It's now known that diet can squelch rheumatoid arthritis in at least two entirely different ways.

One: Specific food components, notably fats, can regulate the functioning of hormonlike bodily agents, called eicosanoids, which help control inflammation, pain and other arthritic symptoms.

Two: Rheumatoid arthritis in some people maybe a striking and overwhelming allergic-type reaction to specific foods. Thus, in one case, you might treat symptoms by eating certain food that, in fact, act as drugs to relieve pain, swelling, fatigue and stiffness of arthritis. In the other case, avoiding one or more foods may provide an instant and permanent cure, vanquishing the disorder forever.

Nobody knows why certain people maybe more vulnerable to food-triggered arthritis. One speculation is that some arthritis sufferers have abnormally penetrable or "leaky" gastrointestinal tracts, letting food or bacterial antigens (allergy triggers) pass more readily into bloodstream, where they set off inflammation and other havoc. Another theory is that bacteria in the gut feed on particular foods and then produce toxins that cause symptoms.

Then again, such food-precipitated rheumatoid arthritis may not be the classical disease at all. Dr Richard Panush, a prominent arthritis researcher, suggests "allergic arthritis" maybe an entirely separate disorder from conventional rheumatoid arthritis.

Nevertheless, the case for diet-connected arthritis grows steadily stronger.

Wallahu'alam.

Rheumatoid Arthritis: Breakthrough Diets

Note: This post specially dedicated to Mardhiah12, owner of http://bunga-sakura.blogspot.com

Foods Most Likely to Trigger or Aggravate Arthritis:
1. Corn
2. Wheat
3. Milk
4. Meat
5. Omega-6 Vegetable Oils (Corn, Safflower, Sunflower)

Foods That May Relieve Arthritis:
1. Fatty Fish
2. Vegetarian Diet
3. Ginger

AVOID: Cheese, milk, butter, all dairy products, eggs, cereals, corn, wheat, gluten, shrimp, meat (beef, p*rk), cured meats (bac*n, h*m, hot dogs, cold cuts) meat fat, nitrite (a preservative in cured meats), animal fats, chemical additives (especially MSG), preservatives, corn oil, mayonnaise, sunflower oil, safflower oil (polyunsaturated fats high in omega-6s), alcohol, hot & strong spices, spicy or acidic foods, peppers, refined sugar, white sugar, citrus fruits, coffee, tomato, white potato, eggplants, garden peppers and other nightshade plants.

EAT: Meatless diets (vegetarian diets), herbal teas, vegetable broth, fruit juices (carrots, beets, celery), fish rich in omega-3 fatty acids (herring, salmon, tuna, mackerel, sardines etc), fish oil, cod liver oil, canola oil, flax, oil, olive oil, ginger, turmeric (curcumin- a prime compound in turmeric), cloves, garlic, kelp, devil's claw, yucca and ginseng.

(Source: FOOD - Your Miracle Medicine, by Jean Carper)

Wallahu'alam.

June 17, 2005

Fahami Fungsi Perkahwinan

Daripada Abdullah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Hai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah. Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (daripada dosa). Sesiapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi. (Sahih Muslim)

Demikianlah fungsi sesebuah perkahwinan yang tidak terbatas kepada memenuhi tuntutan nafsu semata-mata. Sebaliknya perkahwinan juga dilihat sebagai suatu ibadah dan jalan selamat ke arah melahirkan generasi sihat dan beriman.

Disebabkan itu juga, Allah SWT tidak menggalakkan seseorang terus hidup membujang semata-mata mahu beribadat kepada-Nya. Ini kerana makna beribadah tidak terhad pada solat dan berdoa semata-mata tetapi lebih luas daripada itu.

Daripada Saad bin Abi Waqas katanya, Rasulullah SAW pernah melarang Usman bin Mazh'un daripada membujang selama-lamanya semata-mata untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT. Andai kata Rasulullah mengizinkan kami berbuat begitu, sudah tentu kami mengembiri diri sendiri. (Sahih Muslim)

Demikianlah cantiknya peraturan yang disediakan Allah Taala yang tidak meminggirkan kepentingan manusia tetapi dalam masa yang sama memberikan penekanan kepada ibadah.

Wallahu'alam.

June 16, 2005

Makanan: Halal & Haram

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka, sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani". (Surah Al-Baqarah: 173)

Makan dan minum adalah suatu perkara yang harus sifatnya bagi manusia. Namun makan dan minum tidak boleh sewenang-wenangnya kerana Allah SWT telah menyediakan peraturan bagi memelihara manusia daripada terjebak dalam kemudaratan kesihatan fizikal dan rohani.

Makanan tidak halal secara maknawiyah memberi kesan kepada pembentukan sahsiah diri. Begitu juga dengan sumber makanan atau rezeki yang disuapkan ke dalam mulut, pastikan ia bersih daripada segala unsur riba, rasuah, perjudian dan hasil haram yang lain.

Firman-Nya yang bermaksud: "Dan juga(disebabkan) mereka mengambil riba, padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang yang kafir antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya". (Surah An-Nisa': 161)

Rezeki sumber haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang tidak halal, yang diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakan seseorang. Justeru itu, berhati-hatilah!

Wallahu'alam.

June 15, 2005

Kebersihan Menurut Islam

Bersuci atau dalam istilah Islam 'taharah' adalah wajib di atas setiap mukallaf lelaki dan perempuan. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat 11 yang bermaksud: "Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya".

Berikut adalah beberapa perincian berkaitan dengan kebersihan menurut pandangan Islam.

1. Kebersihan dan kesucian jiwa - Suci menurut Al-Quran adalah keadaan yang dialami dalam jiwa seseorang. Ini bermaksud, seseorang telah sama sekali membersihkan dirinya dan nilai-nilai moral masyarakatnya, bentuk pola pemikirannya dan gaya hidup yang bertentangan dengan Al-Quran. Dalam hal ini, Al-Quran menganugerahkan ketenangan jiwa kepada orang-orang yang beriman.

Tahap awal keadaan suci ini bermula dalam pemikiran. Kesucian jiwa yang dialami manusia tersebut akan terpancar dalam segala aspek kehidupan. Manusia yang berjiwa suci akan menjauhkan fikirannya dari segala bentuk kebatilan.

2. Pakaian yang bersih - Al-Quran juga merujuk pada pentingnya pakaian bersih, seperti dalam firman-Nya dalam Al-Muddatstsir, ayat 4-5 yang bermaksud: "Dan pakaianmu sucikanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah".

Salah satu cara untuk menunjukkan rasa hormat adalah memakai pakaian bersih. Melalui Al-Quran surah Al-A'raf ayat 31, Allah SWT memerintahkan kepada kita: "Hai Anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid".

Menjaga kebersihan diri juga merupakan perkara yang disukai Allah SWT, malah Rasulullah SAW juga menyebut dalam hadisnya: Seseorang bertanya, "Bagaimana tentang seseorang yang suka mengenakan pakaian dan sepatu yang indah-indah?" Rasulullah menjawab, "Semua ciptaan Allah adalah indah dan Dia menyukai keindahan".

3. Memelihara kebersihan perhubungan - Umat Islam sangat berhati-hati dalam menjaga perhubungan mereka agar tetap bersih dan selamat. Konsep Islam tentang kebersihan jelas berbeza dengan pemahaman orang-orang yang tidak beriman. Allah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya 'bersih dan suci' baik lahir mahupun batin. Insan beriman harus sentiasa berupaya menjaga lingkungan mereka agar bersih dan menjaga sesuatu perhubungan itu dengan baik dan tidak melanggari batas-batas Islam itu sendiri.

4. Makan makanan yang bersih - Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 57 yang bermaksud: "Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, melainkan mereka menganiaya diri mereka sendiri".

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal dan baik dan apa yang terdapat di mukabumi; dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu". (Surah Al-Baqarah, ayat 168)

Wallahu'alam.

June 14, 2005

Tips Mudah Agar Keluarga Tetap Bahagia Meski Isteri Bekerja

Wanita yang terpaksa keluar meninggalkan anak-anak di rumah demi mencari pendapatan bagi menambah kewangan keluarga merupakan fenomena biasa dewasa kini. Apatah lagi untuk hidup di zaman yang memerlukan kita memenuhi keperluan dan kehendak diri dan keluarga.

Wanita sebagai isteri kepada yang tersayang dan ibu kepada anak-anaknya, nyata masih dapat bekerja tanpa sedikitpun mengenepikan keperluan keluarga. Biarpun terpaksa membina kerjaya dan aktif di pejabat, namun rumahtangga masih dapat dipelihara. Sebagai wanita yang mempunyai pelbagai peranan, adalah perlu untuk mereka mengikut landasan bagi mengelak 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.

Beberapa tips sederhana ini mungkin dapat diterapkan:

1. Utamakan Tuhan dalam Keluarga - 'Takut akan Tuhan' jangan hanya dijadikan slogan tetapi ia perlu benar-benar dihayati dan diresapi sehingga menjadi prinsip dasar setiap anggota keluarga.

2. Utamakan Keperluan Keluarga Berbanding Kerjaya - Sesibuk manapun kita, ingat bahawa keluarga paling utama dan mereka jauh lebih penting daripada segalanya. Sentiasa ingat bahawa keluarga sihat akan menghasilkan generasi berkualiti.

Kecenderungan individu yang bekerja biasanya meletakkan wang sebagai raja. Jangan terlalu mengejar wang dan kebahagiaan material hingga akhirnya keluarga terbiar, anak dan suami tidak diperhatikan.

Adalah penting untuk menitikberatkan dan menjaga komunikasi. Sesibuk manapun diri, luangkan masa untuk menghubungi pasangan mahupun anak walau sekadar bertanya, "Sudah makan, Sayang?". Namun ia mampu menyejukkan hati mereka.

3. Atur Jadual dengan Baik - Bagi memastikan anda punya waktu bersama keluarga, atur jadual serapi mungkin. Misalnya, hari Ahad akan diperuntukkan khusus untuk keluarga. Setelah itu, jadikan waktu itu benar-benar berkualiti. Bermain, bergurau-senda, berbual dari hati ke hati dengan keluarga tanpa diganggu televisyen mahupun panggilan telefon. Kalau perlu, matikan telefon bimbit.

Sesekali, rancanglah untuk bersantai bersama keluarga. Tidak perlu bercuti jauh-jauh; yang penting keluarga dapat merasai kualiti hubungan bersama. Sementara anak-anak bermain, anda suami isteri boleh habiskan masa bermesra, mengembalikan kehangatan cinta bersama pasangan.

4. Sediakan Waktu Khusus untuk Berdua dengan Pasangan - Memenuhi tuntutan kerjaya dan melayani keperluan anak-anak, membuatkan wanita terlepas pandang terhadap keperluan pasangan secara tidak disedari. Ini menyebabkan lama-kelamaan kita akhirnya berasa diri semakin jauh dari pasangan.

Disebabkan itu juga, sebagai isteri anda perlukan waktu berdua-duaan dengan suami. Pastikan tiada langsung gangguan. Tidak perlu ke restoran mahal. Pilihan menikmati makan malam bersama pasangan di tempat makan anda ketika bercinta dahulu, pasti akan membangkitkan kembali kenangan manis. Nikmati bulan madu setelah perkahwinan masuk tahun ke-5. Rasakan kembali getaran cinta dan api cinta yang mulai redup pasti kembali menyala.

Wallahu'alam.

June 13, 2005

Fesyen: Antara Tuntutan & Gaya

Wanita memang gemarkan kecantikan dan kebersihan pada penampilan diri mereka. Kecenderungan mengenakan fesyen pakaian yang pelbagai pada masa kini kadangkala menyebabkan Muslimah alpa akan tanggungjawab mereka dalam soal berpakaian. Pengaruh fesyen yang banyak mendedahkan aurat sebagai wanita Muslimah tidak sepatutnya menjadi pilihan anda yang bijaksana.


Tuntutan Islam dalam berpakaian sepatutnya memenuhi syarat-syarat berikut:

a. Menutup aurat

b. Menjaga kebersihan

c. Mementingkan kekemasan


Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 222, bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri".

d. Menjaga keselamatan wanita dimana pakaian yang tidak mendedahkan aurat wanita, sebenarnya telah mengelakkan wanita mendapat perhatian daripada pandangan mereka yang bukan muhrim; seterusnya menyelamatkan mereka daripada mendapat penganiayaan.

e. Jenis fabrik yang digunakan hendaklah tidak nipis dan jarang sehingga boleh menampakkan susuk tubuh badan.

f. Potongan baju juga tidak terlalu ketat hingga menunjukkan potongan badan.

g. Pilihan warna tidak boleh terlalu terang hingga boleh menarik perhatian orang lain yang bukan muhrim.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31, bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka".

Justeru apa sahaja jenis pakaian dan fesyen yang memenuhi syarat seperti tersebut, adalah memenuhi tuntutan Islam. Tidak dinafikan amat penting bagi Muslimah mementingkan penampilan diri dan gaya mereka ketika berurusan. Tambahan pula, penglibatan Muslimah dalam bidang kerjaya yang mencabar dan hebat terus meningkat. Tentu sahaja mereka memerlukan gaya fesyen yang bersesuaian dengan bidang kerjaya yang diceburi, namun tetap mengekalkan ciri-ciri Muslimah sebenar.

Penampilan diri mencerminkan agama Islam yang kaya dengan kebersihan, keindahan, keceriaan dan kekemasan. Justeru Muslimah berkerjaya perlu bergaya untuk memberikan gambaran sebenar ajaran Islam yang sukakan keindahan dan kebersihan penganutnya, dan bukan bergaya dengan tujuan untuk menarik perhatian orang lain, selain bersikap riak diatas kecantikan yang dimiliki.

Bagi anda yang sering berurusan dengan pelbagai lapisan masyarakat dalam tugasan seharian, tentu sahaja penampilan diri penting untuk memastikan orang yakin dengan kebolehan diri. Penampilan diri daripada sudut fizikal dilihat pada pakaian yang dipakai, solekan yang dikenakan, aksesori yang digayakan serta keceriaan si pemakai. Namun ia bukan hanya terhad pada penampilan fizikal semata-mata; aspek akhlak diri juga diambil kira. Begitu juga dengan cara berjalan, bercakap, bau badan/mulut serta ketepatan masa berurusan.

Oleh yang demikian, penampilan diri dan gaya perlu ditekankan oleh Muslimah berkerjaya kerana ia memberikan maklumat diri kepada orang lain yang baru pertama kali berurusan dengan anda. Penampilan diri juga memberikan keyakinan pada anda untuk menonjolkan imej sebagai Muslimah yang hebat seterusnya mencerminkan agama Islam yang mementingkan kekemasan dan keindahan.

Sekiranya penampilan diri anda sebagai seorang yang berjawatan tinggi, buruk pada pandangan orang, tentu sahaja ia memberikan pandangan negatif pada orang yang berurusan dengan anda. Misalnya sebagai seorang arkitek Muslimah, tentu sahaja anda perlu berpakaian yang sesuai ketika melakukan tugasan di luar pejabat seperti di tapak projek. Namun aurat sebagai Muslimah tetap perlu dipelihara disamping menampilkan imej yang meyakinkan.

Selain itu, berfesyen dan bergaya turut memberi peluang kepada wanita untuk mencapai matlamat pekerjaan dimana keyakinan majikan akan kebolehan seseorang akan meningkat apabila melihat kekemasan dan keyakinan yang diserlahkan melalui fesyen yang dipilih.


Manakala bagi wanita yang memegang jawatan tinggi dan sering berurusan dengan pelanggan-pelanggan syarikat, fesyen yang dikenakan ketika berurusan dengan pihak luar berfungsi memberi gambaran diri dan organisasi yang diwakili. Misalnya, jika bekerja di organisasi yang merupakan sebuah institusi agama, maka pakaian yang dipakai perlulah menonjolkan imej institusi tempat anda bertugas.

Sesungguhnya, secara tidak langsung kita bukan sahaja memenuhi tanggungjawab menutup aurat sebagai seorang Muslimah, bahkan telah memancarkan ajaran agama Islam yang penuh dengan kesempurnaan, keindahan, keceriaan dan sekaligus berjaya melaksanakan tugas berdakwah. Tiada larangan untuk Muslimah berfesyen kerana yang penting dia masih lagi menutup auratnya iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Wallahu'alam.

Adab Ketika Berpakaian

Pakaian merupakan salah satu nikmat Allah kepada umat-Nya. Sekadar menggunakan nikmat tanpa apa-apa kesyukuran, tentu kurang lengkap amalan ibadah seseorang. Justeru ada beberapa peringatan dan adab telah dibekalkan Rasulullah SAW kepada para penganut-Nya agar setiap amalan yang dilakukan akan lebih diberkati.

Ketika memakai pakaian, kita digalakkan supaya membaca doa seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud; "Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memakaikan aku pakaian ini serta memberikannya kepadaku tanpa susah payah dan kekuatanku".

Selesa ketika berpakaian, Rasulullah SAW mengajar kita supaya membacakan doa ini seperti yang diriwayatkan Abu Daud, Tarmizi dan Ahmad; "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu daripada kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan pakaian ini dan daripada apa yang ada padanya".

Abu Daud, Tarmizi dan Ahmad juga meriwayatkan jika memakai pakaian baru, berdoalah; "Ya Allah, segala puji-pujian bagi-Mu, Engkaulah yang telah mengenakan pakaian ini padaku. Aku memohon daripada-Mu kebaikan daripada pakaian ini dan kebaikan pemakaiannya. Aku juga berlindung kepada-Mu daripada keburukan pakaian ini dan segala keburukan pemakaiannya."

Hatta ketika mahu menanggalkan pakaian, panjatkanlah doa kepada Allah SWT seperti yang selalu dibacakan Rasulullah SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Tarmizi; "Dengan nama Allah yang tidak ada tuhan melainkan Dia."

Wallahu'alam.

June 12, 2005

Tips Menghadapi Kritikan

Tidak ada seorangpun yang senang menerima kritikan. Bagaimanapun hebatnya seseorang, dia pasti tidak terlepas dari berasa hati apabila dikritik.

Pertama, kerana tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru itu, kita semua tidak terlepas daripada membuat kesilapan.

Kedua, banyak orang yang senang mengkritik meskipun mereka tahu bahawa menerima kritikan bukanlah mudah. Memang tidak semua kritikan itu benar. Namun, cara bagaimana anda mendepani kritikan sebenarnya yang dapat mendorong ke arah peningkatan peribadi anda. Semak perkara berikut:



TIPS HADAPI KRITIKAN

1. Tahan Diri daripada Amarah - Marah adalah tanda semulajadi yang mengatakan bahawa anda sedang dikritik. Yakinlah setiap orang memang berhak mengutarakan pendapatnya. Biarpun wajah anda merah padam, usahakan agar tidak marah. Apabila anda tidak lulus di langkah ini, maka langkah-langkah berikutnya hampir mustahil berguna bagi anda.

2. Terimalah Kritikan dengan Sikap Terbuka -
Mungkin kritikan itu salah, namun pengkritik menganggapnya berbeza. Bersikap terbuka, apabila perlu ubahlah pandangan si pengkritik. Fahami maksud kritikannya sehingga anda dapat menanganinya secara tepat.

3. Jangan Masukkan Kritikan ke dalam Hati - Meski anda bersikap terbuka, bukan bererti anda perlu mengambil hati atas kritikan itu. Mungkin kritikan itu hanya ditujukan pada usaha, produk, kakitangan anda bukan peribadi anda. Ingatlah anda perlu menjaga hubungan jangka panjang. Apabila kritikan ditujukan secara tidak profesional, amati saja ketidakmampuan pengkritik menyampaikan kritikannya.

4. Mintalah Keterangan Lebih Spesifik - Fahami bahawa mungkin kritikan itu benar. Jadi cubalah untuk memahami dan meminta keterangan yang lebih spesifik mengenai apa yang dikritik. Ini bermanfaat bagi anda dan pengkritik agar dapat melihat situasi yang sebenarnya.

5. Jangan Balas Kritikan dengan Kritikan - Tugas anda adalah mendepani kritikan agar anda dapat meraih lebih banyak kebaikan dan keuntungan dari kritikan itu. Membalas kritikan dengan kritikan sama dengan menyuakan perdebatan yang tidak perlu. Anda takkan boleh memadamkan api dengan api kerana akhirnya mungkin anda yang terbakar.

6. Tanya Diri Sendiri Apa yang Boleh Anda Lakukan - Dengan demikian anda mampu melihat kritikan sebagai kebaikan bagi diri sendiri, sekaligus mendapatkan keuntungan darinya. Sebagai contoh, sebuah produk yang baik tentunya lebih banyak menerima kritikan daripada pujian.

7. Mintalah Pendapat Orang Lain - Apabila anda tidak yakin dengan sesuatu kritikan, mintalah pendapat orang lain yang benar-benar tulus. Pendapat mereka dapat membantu anda menemukan bahagian mana dari kritikan itu yang benar atau keliru.

8. Biasakan Diri Anda dengan Kritikan - Membiasakan diri bererti mendepani kritikan dengan tenang dan positif. Jangan ragu untuk mengucapkan terima kasih atas kritikannya, meski tidak selalunya benar. Bagaimanapun, perhatiannya untuk mengkritik anda patut dihargai.

Wallahu'alam.

June 11, 2005

Dermawan Dekat Dengan Allah

Seorang ulama salaf, Ibnu Amir telah membeli sebuah rumah berharga 90,000 dirham. Suatu malam ketika meninjau sekitar kediaman yang baru dibelinya itu, dia terdengar tangisan orang-orang yang tinggal tidak jauh dari situ. Ibnu Amir bertanya lalu diberitahu bahawa orang-orang itu sedih dan menangisi rumah yang baru dijual mereka.

Tahulah Ibnu Amir bahawa mereka merupakan penghuni asal rumah berkenaan. Ibnu Amir lantas mengarahkan pembantunya agar menyampaikan pesanan kepada penghuni itu bahawa wang yang telah diberikan dan rumah yang telah dibeli itu akan dihadiahkan semula kepada penghuni asal berkenaan.

Sifat dermawan yang dimiliki Ibnu Amir tidak mungkin dapat dicontohi oleh kita hari ini. Sifat dermawan bagaimanapun mendapat perhatian Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang bermaksud; "Sesungguhnya orang yang dermawan itu dekat dengan Allah, dekat pula dengan manusia dan dekat dengan syurga, jauh dari neraka. Sesungguhnya orang yang kikir (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh pula dari manusia dan jauh dari syurga tetapi dekat dengan neraka. Seseorang yang bodoh tetapi dermawan itu lebih dicintai Allah daripada seorang alim yang pandai tetapi kikir. Penyakit yang paling parah adalah kikir". (Riwayat Tarmizi dan Dar Al-Quthni)

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud; "Setiap amal kebaikan itu adalah sedekah dan sesiapa yang menunjukkan kepada jalan kebaikan itu sama halnya dengan orang yang melakukannya (dalam nilai pahalanya). Allah suka sekali pada sesiapa yang memberikan pertolongan kepada orang yang sedang dalam kesengsaraan". (Riwayat Dar Al-Quthni dan Abu Ya'la)

Wallahu'alam.

June 10, 2005

Pekerjaan Terbaik

Suatu ketika Rasulullah SAW pernah ditanya, pekerjaan apakah yang paling baik, maka baginda menjawab; "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua jual beli yang dianggap baik (diredhai)." (Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain)

Demikianlah pentingnya pekerjaan yang kita lakukan asalkan tidak bercanggahan dengan syariat. Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang ikhlas, tentu akan memberikan ganjaran pahala yang tidak terhitung dek kemampuan manusia.

Umar Al-Khattab pernah berkata; Jangan sekali-kali di kalangan kamu semua hanya duduk-duduk saja dan tidak suka berusaha untuk mencari rezeki dan hanya berdoa "Ya Allah, berilah hamba rezeki." Tidakkah kamu semua telah mengetahui bahawa langit itu tidak akan menurunkan hujan berupa emas dan perak.

Sekadar duduk berdoa mengharap rezeki jatuh dari langit, itu bukanlah amalan orang Islam. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik. Baginda berusaha mencari rezeki dengan tangan sendiri, seperti menternak haiwan dan berdagang walaupun dengan kedudukannya, baginda boleh beroleh apa sahaja tanpa melakukan kerja berat.

Sesungguhnya dengan bekerja, seseorang tidak akan jatuh martabatnya. Sebaliknya, itu bakal meletakkan seseorang di kedudukan mulia di sisi Allah SWT.

Wallahu'alam.

Cara Memilih Sahabat

Tidak semua orang boleh dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu, baiklah seseorang dari kamu semua meneliti orang yang akan dikasihinya". (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Pesanan Al-Qamah kepada anaknya, "Anakku, jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat ini; iaitu jika engkau melayaninya, ia suka melindungimu; jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu; dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, dia akan mencukupkan keperluanmu".

Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, lalu dia memberi dengan rasa terharu; jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna; sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu, lalu dia menutupnya.

Pilihlah sahabat yang jika engkau minta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi; jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu; dan jika ada kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia pasti membantu, meringankan serta menghiburkan.

Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata-kata, dia suka membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayai sahaja; jika engkau mengusahakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka menemanimu mengusahakannya; sementara jika engkau berselisih dengannya, dia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.

Wallahu'alam.


June 09, 2005

Silaturrahim

Sahabat,
kita diketemukan di sini
Mencari makna silaturrahim
Menyubur keakraban kita
Setia menyulam kemesraan
Menyirat benang-benang budi
Makramatmu terjunjung tinggi
Meneladani peribadi

Kasih jitu terpiara
Tersimpul teguh di catuan rasa
Akrab ini memutih niat
Walau tercampak ke lembah kencana
Silaturrahim wangi menguntum
Dalam doa tak pernah usai...



(A very nice poem by: M.Z. SUKREY; Puspa, Gua Musang, Kelantan)

June 06, 2005

Ucap Selamat

Assalamualaikum wbt/Salam Sejahtera to all.

Buat semua rakan taulan siber/non-siber yang disayangi; yang telah/sedang/akan melawat weblog saya ini, sokongan secara langsung/tidak langsung dari kalian semua amatlah saya hargai. Once again, "thanks for always been there for me". Semoga weblog ini akan menjadi wadah untuk kita saling berinteraksi dan mengukuhkan lagi silaturrahim yang telah/akan terjalin, insya-Allah.

"Jauh hanyalah pada definasi Jarak, tapi bukan pada definasi Keakraban dan Persahabatan Kita".

Semoga Allah SWT akan sentiasa merestui dan merahmati kita semua, amiinnn".

Wassalam.

June 03, 2005

Menghayati Ciri-ciri Bapa Mithali

1. Mempunyai keimanan yang kukuh. Dengannya dia akan berjiwa besar, mampu memikul tugas besar dan berat bagi membawa anggota keluarga ke arah kejayaan dan kecemerlangan.
2. Menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi seluas mungkin, kerana kedua-dua ilmu yang tersebut memandu ke arah melaksanakan amanah sesuai dengan tuntutan syarak dan kehendak zaman. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya; "Sesiapa ingin kejayaan di dunia mestilah dengan ilmu, sesiapa ingin kejayaan di akhirat mestilah dengan ilmu dan sesiapa ingin kejayaan kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu juga."

3. Berpegang kepada prinsip tanggungjawab yang digariskan oleh Nabi SAW dengan sabdanya yang bermaksud; "Hak anak atas bapa ialah bapa itu hendaklah memberi nama yang elok, mengasuhnya berbudi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan melontar. Janganlah memberi kepadanya rezeki selain daripada yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak untuk berkahwin." (Riwayat Al-Hakim)

4. Bapa adalah juga berperanan sebagai guru yang pertama. Oleh itu, dia mesti mempunyai keperibadian yang tinggi dan akhlak yang mulia; kerana dia menjadi contoh ikutan kepada anak-anaknya. Jika bapa berakhlak rendah, tentu anak-anaknya akan berperangai lebih buruk lagi, sebagaimana kata peribahasa: "Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari" dan "Ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul". Sudah pasti suruhan si bapa akan sia-sia belaka.

5. Bapa bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anaknya dan keluarga di bawah tanggungannya; meliputi pakaian dan makan minum, tempat kediaman, pendidikan, kesihatan dan keperluan-keperluan asasi yang lain dalam kehidupan. Justeru Islam mewajibkan Ketua Keluarga agar mencari rezeki. Sabda Nabi SAW yang bermaksud; "Mencari rezeki yang halal diwajibkan atas setiap Muslim (orang Islam yang lelaki)."

6. Seseorang bapa harus berperanan seperti kepala keretapi bergerak dengan kekuatan jenteranya yang luarbiasa hingga mampu membawa semua gerabak yang sarat dengan penumpang, menuju ke arah destinasi dengan selamat dan tidak ada yang tercicir dan terpisah dari landasan.

7. Bapa harus mempunyai kewibawaan yang tinggi. Adakalanya berperanan sebagai seorang panglima perang, yang dipatuhi perintah dan arahannya. Jika ada yang membantah dan mengingkari disiplin, maka perlu dikenakan hukuman dan tindakan yang wajar. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud; "Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka jika telah berumur sepuluh tahun tapi enggan mendirikannya."

8. Bapa hendaklah bersifat pengasih dan penyayang hingga anak-anak merasa mesra dan dekat dengan bapa mereka. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa pada suatu hari beliau melihat Rasulullah SAW mencium Al-Hasan bin 'Ali di depan Al-Aqra' bin Habis yang ketika itu berada di kediaman Baginda SAW. Al-Aqra' berkata, "Ya Rasulullah, saya mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak seorangpun antara mereka yang pernah saya cium." Mendengar demikian, Rasulullah SAW menatap wajah Al-Aqra' lalu bersabda: "Sesiapa yang tidak mengasihi, tentu dia tidak layak untuk dikasihi (oleh Allah SWT dan manusia)."

9. Menjadikan solat kewajipan paling utama dalam rumahtangga. Firman Allah SWT yang bermaksud; "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat dan hendaklah engkau tekun mengerjakannya." (Surah Taha, ayat 132). Dengan demikian, hidayah dan pertolongan Allah SWT sentiasa dilimpahkan kepada diri kita dan keluarga kita, insya-Allah.

10. Bapa hendaklah sentiasa berdoa dengan doa yang diajar dalam Al-Quran maksudnya; "Wahai Tuhan kami, jadikanlah dari isteri-isteri kami dan anak cucu kami, pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-Furqan, ayat 74).

Wallahu'alam.

June 02, 2005

8 Cara Atasi Suami Baran

1. Wujudkan Empati dalam Diri - Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri anda dalam situasi suami. Empati yang wujud dalam diri anda sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya. Apabila berpeluang, tanyalah suami dengan soalan terbuka (open ended question). Namun, pada masa yang sama anda perlu ingat. Cara dan nada anda bertanya penting dalam mempengaruhi emosi suami. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada suami meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda.

2. Alihkan Perhatian - Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran suami akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai isteri, anda tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu menarik perhatian suami anda. Jadi, anda boleh memancingnya dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan anda melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang kemarahan yang sudah berputik tadi.

3. Usah Simbah Minyak ke Api - Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu, usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka anda.
Oleh itu, hadapilah suami anda dengan tenang. Apabila anda ingin bersuara, ucapkanlah dengan nada yang rendah dan perlahan. Tindakan ini boleh menjadikan dia lebih relaks sekaligus membuatkan dia tidak jadi untuk terus marah. Cara ini mungkin kurang efektif jika baran suami anda memuncak kerana pengaruh dadah ataupun alkohol. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan situasi daripada bertambah teruk.

4. Buatkan Dia Tersenyum - Ketawa bukan sekadar pengubat duka. Namun, kalau kena pada gayanya ia mampu menjadi penawar kemarahan suami. Apatah lagi jika sememangnya suami anda mempunyai unsur humor dalam dirinya. Apabila anda lihat ada riak wajah marah ataupun terdapat tanda-tanda dia akan baran, cubalah bergurau dan berbuat jenaka dengannya. Cara anda yang spontan sedikit sebanyak boleh memadamkan api kemarahannya. Namun jika suami anda seorang yang serius, cara ini mungkin tidak sesuai.

5. Bernafaslah dengan Relaks - Tidak dapat tidak, hati anda akan mula berdebar apabila melihat tingkah laku suami yang baran. Perasaan anda juga tentu bercampur baur. Sebaik-baiknya anda cuba relaks. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Selepas itu, lepaskan nafas dengan cara yang sama. Sedikit sebanyak cara ini mampu membuatkan anda lebih bertenang. Kandungan oksigen yang mencukupi di samping perjalanan darah yang lancar membolehkan 'cerebral cortex' anda dirangsang. Ini membolehkan anda berfikir lebih rasional selain memberikan anda keupayaan untuk menguruskan tekanan akibat baran suami anda.

6. Kenal Pasti Punca - Akur ataupun tidak, setiap kemarahan pasti ada puncanya. Lantaran itu, cubalah anda selami sebab baran suami anda terutamanya jika selalu benar dia begitu. Mungkin anda boleh kenal pasti dengan cara berbual dan berbincang sewaktu dia berada dalam keadaan tenang. Kemudian, anda boleh cuba memperbaiki keadaan. Kejayaan anda menyelesaikan punca sebenar tentu boleh mengelakkan suami anda menjadi baran sebagai suatu tabiat.

7. Berjumpa Orang Ketiga - Berhadapan dengan suami yang panas baran memang memeningkan kepala. Apatah lagi jika tabiat tersebut seolah-olah sudah sebati dengannya. Pelbagai cara telah diambil, namun suami masih begitu. Cubalah minta bantuan orang ketiga yang rapat dengannya sekaligus turut dihormati oleh suami. Mintalah orang tersebut menasihati suami anda. Jika tiada pilihan lain, anda dan suami juga boleh pergi bertemu dengan kaunselor bagi mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling.

8. Berdoa - Bukan mudah mengubah sikap seseorang terutamanya kalau sudah sebati dengan dirinya. Oleh itu, berdoa dan berserahlah diri kepada Allah SWT. Minta petunjuk daripada-Nya agar suami anda tergerak hati untuk berubah.

Wallahu'alam.

June 01, 2005

6 Kaedah Atasi Anak Kerap Menangis

1. Lapar atau Dahaga - Anak kecil khususnya bayi tentu menangis apabila dia berasa lapar. Sekiranya dia belum menyusu sejak 3 jam tadi, berilah dia peluang untuk menyusu sepuas-puasnya. Tidak sukar untuk mengenal pasti sama ada bayi berasa lapar atau tidak. Cubalah suakan susu kepadanya. Jika dia berpaling, ini bermakna dia menangis disebabkan perkara lain. Bagi anak kecil yang lebih dewasa, keletihan membuatkan dia tidak sedar bahawa dia sebenarnya berasa lapar. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menyimpan stok makanan seperti buah-buahan dan biskut untuknya. Bayi juga mungkin berasa dahaga. Jadi, berikan kepadanya sedikit air suam. Lazimnya, dia mudah berasa dahaga selepas mengambil makanan pejal.

2. Menangis kerana Letih - Terlalu banyak bermain mahupun dirangsang membuatkan bayi dan kanak-kanak berasa letih. Apabila keletihan memuncak, dia mula menangis. Sebagai penyelesaian, tidurkanlah anak anda agar dia dapat berehat sekaligus memulihkan tenaga yang hilang. Anak anda mungkin enggan tidur dan bertegas bahawa dia tidak letih. Oleh itu, pujuklah dia dengan baik. Mandikanlah dia supaya dia kembali segar. Kemudian bawalah dia tidur.

3. Menangis kerana Sakit - Adakalanya bayi anda akan menangis dengan kuat dan nyaring sambil kakinya diangkatkan ke atas. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu berwaspada kerana lazimnya ia merupakan petanda anak anda sedang dalam kesakitan. Boleh jadi perutnya kembung ataupun dia sedang mengalami pertumbuhan gigi. Selain itu, dia juga berkemungkinan berhadapan dengan masalah lebih serius seperti sakit telinga ataupun sistem dalam tubuhnya terganggu. Agak sukar memujuknya pada waktu begini. Oleh itu sebagai langkah terbaik, bawalah dia segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

4. Lampin tidak Selesa - Lampin yang kotor dan basah membuatkan anak anda berasa tidak selesa. Jika dibiarkan begitu selalu, dia boleh berhadapan dengan masalah ruam. Apabila berada dalam situasi ini, bayi lazimnya akan menangis. Sebaik-baiknya tukarlah lampin anak anda tanpa berlengah.

5. Berasa Takut dan Bimbang - Anak biasanya menangis lantaran cuba menarik perhatian anda. Dia mungkin sedang berada dalam keadaan takut dan bimbang terutamanya jika berada dalam suasana dan persekitaran yang asing. Lebih menggusarkan dia apabila gagal mengecam orang di sekelilingnya. Dia mula menangis apabila menyedari ada orang yang tidak dikenali cuba mengambilnya dari pelukan anda. Ketika ini, anda perlu menenangkan dia.

Selain itu, dia juga boleh menangis apabila berada dalam keadaan terkejut. Lazimnya bayi mahupun kanak-kanak tidak senang berada dalam keadaan gelap, mendengar bunyi yang terlalu kuat seperti guruh dan mengalami mimpi seram. Jadi, cubalah pujuk anak anda dan yakinkan bahawa dia berada dalam keadaan selamat di samping anda.

6. Diusik dan Berebut Barangan - Jika anda memiliki anak lebih dari seorang, perselisihan antara mereka tidak dapat tidak tentu berlaku. Adakalanya mereka menangis lantaran gagal berebut mahupun memiliki sesuatu barang. Malah tidak kurang juga si adik boleh menangis lantaran diusik oleh kakak dan adik. Jadi sebagai ibu bapa anda perlu bijak memujuknya. Elakkan daripada terus memarahi anak jika keadaan ini berlaku.

Wallahu'alam.
Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x