Showing posts with label diabetes. Show all posts
Showing posts with label diabetes. Show all posts

September 29, 2006

Air Penawar untuk Kesihatan Diri

Kaifiat:

1. Baca Basmalah [1x]
2. Baca Selawat Syifa' atau mana-mana selawat [1x]
3. Baca doa di bawah dan hembuskan pada secawan air lalu diminum.
4. Diamal tetap dan terus-menerus sebelum masuk tidur. Insya-Allah mujarab bagi segala penyakit dalam badan seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, barah dan lain-lain.

Doa:

"Allahumma innii a'uuzu bikalimaa tit tammaati minarrii hil ahmari waddaa il akbari wamin kulli daa in finnafsi waddami wallah mi wal juluudi wal 'uruuqi wal 'izhoomi laa ilaaha illa anta subhaanaka izaa qadhoita amran taquu la lahu kun fayakuun."

Maksudnya:

"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon perlindunganMu dengan kalimahMu yang sempurna dari bahaya angin merah dan penyakit-penyakit besar, dan dari tiap-tiap penyakit dalam jiwa, dalam darah, dalam daging, dalam kulit, dalam urat dan dalam tulang.

Tiada Tuhan kecuali Engkau, maha suci Engkau. Apabila Engkau menginginkan sesuatu, cukuplah Engkau mengatakan jadilah, maka jadilah ia."

Wallahu a'lam.

April 05, 2006

Brokoli Sesuai untuk Wanita

Untungnya anda yang menggemari sayuran hijau ini.

Brokoli amat penting untuk wanita. Ia mampu membuang lebihan estrogen berbahaya yang berpotensi menyebabkan kanser.

Bagi penderita kencing manis pula, brokoli membantu melonjakkan kadar gula dalam darah kerana kandungan mikromineral kromiumnya yang tinggi.

Bagi penghidap penyakit ini, amalan pengambilan brokoli dalam diet harian begitu disarankan untuk mengawal pemakanan dan kesihatan yang berkekalan.

Wallahu 'alam.

[Copyright Controlled]