Assalamualaikum wbt.
Umat Islam akan menyambut Ramadan tidak lama lagi. Bulan yang barakah itu akan menjadi bulan bagi semua umat Islam berlumba-lumba membuat kebajikan hingga ke tahap maksima.
Anak-anak yatim juga tidak ketinggalan menerima limpahan barakah tersebut. Syarikat-syarikat dan orang perseorangan sudah mula menghantar jemputan berbuka puasa. Alhamdulillah dengan perkembangan yang sihat ini.
Selain dari berbuka puasa, anak-anak yatim juga perlu dihidangkan dengan makanan untuk bersahur.
Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang, Selangor kini dihuni oleh 60 orang anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal. Perbelanjaan bagi setiap hidangan makan ialah di antara RM150 hingga RM200.
Yayasan Nurhikmah menjemput anda yang prihatin dan ingin berbuat kebajikan untuk menyumbang kepada TABUNG SAHUR anak-anak yatim Nur Hikmah.
Anda boleh menyalurkan sumbangan melalui Urusetia Sahur Nur Hikmah, Sdra Ahmad Fadzil Ahmad, akaun MAYBANK 514301119388.
Selepas anda melakukan pemindahan wang, sila SMS ke telefon 012-2968649. Nyatakan nama dan jumlah yang dimasukkan.
Selain dari sumbangan di atas, kami juga menjemput anda untuk menghulurkan apa saja bentuk sumbangan, sama ada dalam bentuk wang ringgit, material atau tenaga sukarelawan.
Sila berhubung terus ke e-mail presiden@nurhikmah.org.my untuk tujuan tersebut.
Kami bagi pihak Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah SWT memberkati usaha-usaha kita.
Wassalam.
RENUNGAN
Hadis:
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya."
[Riwayat Ibnu Majah]
Huraian
i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira.
ii) Rasulullah SAW juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.
iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung.
Firman Allah dalam ayat 6 - 11, Surah Ad-Duha yang bermaksud:
"Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapati-Nya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya."
iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka; bererti kita turut membenci Rasulullah SAW yang juga merupakan anak yatim piatu.
Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan.
Allah telah memberi amaran melalui firman-Nya dalam Ayat 1-2, Surah Al-Ma'un yang bermaksud:
"Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim!"
Showing posts with label jariah. Show all posts
Showing posts with label jariah. Show all posts
September 20, 2006
Sumbangan untuk Anak-Anak Yatim
September 21, 2005
Sedekah Jariah
Sedekah Jariah: Kebajikan yang tak berakhir
Wallahu'alam.
- Berikan al-Quran pada seseorang dan setiap kali dibaca, anda mendapat hasanah.
- Sumbangkan kerusi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah.
- Berbagi bacaan yang membangun dengan seseorang.
- Bantu pendidikan seorang anak.
- Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
- Berbagi CD Quran atau Do'a.
- Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
- Tempatkan pendingin air (water cooler) di tempat awam.
- Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung di bawahnya, anda dapat hasanah.
- Sampaikan ilmu ini kepada orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari perkara di atas, anda mendapat hasanah
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)