Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

April 30, 2007

Tips Berpantang 44 Hari

RAWATAN INTENSIF PANTANG BERSALIN NONA ROGUY Sekiranya anda mengamalkan cara-cara yang diberikan secara bersungguh-sungguh dan penuh displin, maka anda akan mendapat apa yang anda impikan dengan Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy. Ianya sesuai samada untuk mereka yang bersalin secara normal atau ‘ceasarean’. RAWATAN INTENSIF SELEPAS KELUAR DARI BILIK BERSALIN (DALAM WAD) MINYAK HERBANIKA Sambil baring berehat, pembantu perlu sapukan Minyak Herbanika ke bahagian peha, lutut, belakang lulut, betis dan tapak kaki; pakaikan stokin. Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang (semasa meneran melahirkan anak) atau kurang pergerakan (semasa proses pembedahan) dan membantu melancarkan peraliran darah. Kemudian, sapu rata Minyak Herbanika ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun bahagian sulit, celahan peha, pinggul dan pinggang. Kemudian, tuangkan Minyak Herbanika ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi / luka jahitan), tuangkan ke bahagian tuala wanita anda (untuk caesarean juga). Pakai dengan selesa. Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan dan memecahkan pengumpulan angin di usus dan rahim di samping membantu mengecutkan rahim secara luaran. MINYAK BERUBAT MUSTAJAB Sambil baring, pembantu menggosokkan Minyak Berubat Mustajab ke bahagian kulit kepala serta tengkuk anda. Kemudian, ikat rambut dengan rapi. Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan berlaku ketika melahirkan anak. UNCANG CUCI HERBANIKA Anda digalakkan bercebuk bahagian sulit dengan air garam semasa di wad. Disyorkan cucian dan cebukan dengan Uncang Cuci Herbanika. Sediakan sebekas air suam panas, masukkan 2 genggam garam dan 2 paket Uncang Cuci Herbanika, tekankan paket agar keluar pati herba tehnya yang pekat atau gunakan Barra Gel, dititis ke dalam air dan dikocak sebati. Kacau sebati dan cebukkan ke bahagian sulit serta di luka jahitan. Bersalin secara caesarean juga digalakkan bercebuk untuk kebersihan dan kesegaran sulit anda. Selepas bercebuk, kesat kering perlahan-lahan. Ambil beberapa kapas lebar, tuangkan dengan Minyak Herbanika, lekapkan ke bahagian luka jahitan dan tuangkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita anda. Pakai dengan selesa. Ini membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit, membantu mengatasi bau yang tidak menyenangkan, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan (episiotomi). AKAR HERBANIKA Minum Air Akar Herbanika yang sedia direbus dan dituangkan ke dalam flask atau thermos. Disyorkan campuran Madu Lebah Asli (Pure Honey) ke dalam minuman Air Akar Herbanika anda. Minum suam panas. Rebus 2 - 5 pkt Akar Herbanika dan 2 liter air sehingga mendidih. Boleh tambahkan sebatang serai (diketuk), 2 inci halia tua (diketuk), 1 sudu besar penuh halba dan daun pandan ke dalam air Akar Herbanika (jika mahu). Ini membantu melancarkan peraliran darah dan pembersih darah (Antioksidan). Membantu melancarkan pengeluaran angin yang terperangkap di bahagian usus, saluran najis dan rahim. Ia mengembalikan kesegaran otot rahim, urat saraf dan kekuatan tenaga ibu bersalin di samping melancarkan pengeluaran susu ibu yang berkhasiat. Menghindari daripada kesakitan semasa pengecutan rahim berlaku. Nota Perubatan Nona Roguy Anda tidak perlu mengambil Mustajab PhytoNatal sekurang-kurangnya selama 3 - 7 hari sahaja. Jangan biarkan tanpa mengambil Mustajab PhytoNatal selepas 7 hari untuk menghindari daripada kemasukkan angin dan perut buncit serta menggeleber. Nota Perubatan Doktor Semasa masih di wad, anda boleh gabungkan perubatan yang diberikan doktor seperti pain-killer (penahan sakit), ubatan untuk buang angin atau melawaskan pembuangan air besar , antibiotik , panadol , ubat darah tinggi , kencing manis, lelah dan sebagainya. RAWATAN INTENSIF DI RUMAH SEHINGGA GENAP SEBULAN MUSTAJAB PHYTONATAL ~ Amalan pemakanan herba (tablet), bermula hari ke 4 selepas bersalin. Amalan setiap waktu pagi sebelum / selepas sarapan dan anda boleh amal 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan sebelum tidur. Buat pilihan dosej Mustajab PhytoNatal mengikut sistem pembuangan masing-masing untuk membantu melawaskan pengumpulan najis di usus, mengeluarkan keracunan, angin berlebihan, angin lendiran, air berlebihan dan membantu menurunkan berat badan berlebihan di samping membersihkan rahim dan melancarkan pengeluaran darah nifas, menyegarkan tubuh badan dan membantu mengecutkan rahim kembali normal. Terlalu Lawas Buang Air Besar (Sensitif) ~ ambil 1 - 2 biji Lawas Buang Air Besar (Normal) ~ ambil 2 - 3 biji Tidak Lawas Buang Air Besar (Sembelit) ~ ambil 3 - 5 biji Nota: Adalah digalakkan mengambil tablet Mustajab PhytoNatal di waktu pagi supaya tidak mengganggu tidur anda di waktu malam. Semasa pengamalan Mustajab PhytoNatal, anda boleh gabungkan dengan Pembersih Dalaman iaitu Mustajab Lawas Angin dan Mustajab Lawas Segar, atau tambahan Mustajab PhytoCleanse atau Mustajab PhytoCleanse Plus (tablet) jika bermasalah lebihan angin dan sembelit yang kronik. AKAR HERBANIKA ~ Amalan minuman air Akar Herbanika boleh dimulakan dari hari pertama melahirkan anak. Minum Air Akar Herbanika yang sedia direbus dan dituangkan ke dalam flask atau termos. Disyorkan campuran Madu Lebah Asli (pure honey) ke dalam minuman Air Akar Herbanika anda. Minum suam panas.
  • Rebus 2 - 5 paket Akar Herbanika dan 2 liter air sehingga mendidih. Boleh tambahkan sebatang serai (diketuk), 2 inci halia tua (diketuk), 1 sudu besar penuh halba dan daun pandan ke dalam air Akar Herbanika (jika mahu).
  • Minum 5 - 6 gelas/mug sehari untuk setiap hari.

HERBANIKA LULUR

~ Rawatan Luaran:

  • Sebelum mandi, ambil 1- 2 sudu besar penuh Herbanika Lulur (serbuk) campurkan dengan air suam dan sedikit Minyak Berubat Mustajab, jadikan pes.
  • Lumur seluruh badan dan lakukan lulur ke atas kulit badan anda.
  • Lakukan gosokkan dan urutan lembut ke bahagian-bahagian tertentu seperti berlebihan lemak, sengal atau lenguh, berpikmentasi (noda kehitaman) atau berkulit kasar.
  • Bilas dengan air suam atau air herba iaitu: Daun Inai, Daun Sireh Melayu, Daun Pandan, Daun Serai Wangi, Halia Tua (diketuk) dan Garam Kasar. (Semua bahan-bahan tersebut direbus sehingga air rebusan menjadi warna herba keperangan.
  • Kemudian, ambil 3 - 5 titis Barra Gel, gosokkan di kulit kepala dan urut lembut agar berbuih herba seperti syampu. Bilas dengan air paip. Kesat kering.
  • Jika tidak sempat berlulur, anda boleh gantikan dengan penggunaan Sabun Dhia (Sabun Cekur Susu Kambing) untuk digunakan pada seluruh kulit badan anda dan bilas dengan air suam atau air herba. Kesat kering.

Anda boleh buat pilihan daripada 2 jenis lulur mengikut keperluan anda.

1. HERBANIKA LULUR (SERBUK)

Untuk bermasalah menggeleber, kulit yang lembik, kekenduran payudara, berlebihan lemak, sejuk-sejuk, lenguh, sengal, masalah kulit kehitaman dan kasar dan keletihan yang berlebihan.

2. SABUN DHIA

Untuk amalan penjagaan harian anda untuk memelihara kulit agar halus, cerah dan bersih disamping membantu memecahkan lemak berlebihan, membantu mengatasi masalah selulit dan menegangkan kulit.

Nota:

Selepas mandi, anda boleh lakukan Rawatan Urutan dan Tuaman atau Bertuku. Jika tidak ada rawatan urutan, anda digalakkan lakukan Tuaman atau Bertuku dengan Batu Tuku Besi atau Batu Tuam yang dibakar panas bara dan dibalut dengan Daun Mengkudu Putih dan Daun Sireh Melayu, Kemudian, beberapa helai kain agar tidak terlalu panas.

Pastikan anda sapu Minyak Herbanika ke seluruh bahagian ulu hati, perut, pinggang, celahan peha, pinggul dan peha sebelum dan selepas bertuam. Bagi ‘caesarean’, jangan tuam di bahagian perut anda.

Semasa bertuam atau bertuku sendirian, pastikan anda gunakan Batu Tuku Besi atau Batu Tuam yang bulat. Bertuam dengan lembut dan jangan mencungkil atau menekan dengan kuat. Ini boleh merosakkan dalaman anda.

KRIM BARUT (Bentuk Krim) / HERBANIKA BARUT (Bentuk Serbuk)

Krim Barut dan Herbanika Barut adalah produk yang sama tetapi dalam bentuk yang berlainan.

Anda boleh buat pilihan mengikut keperluan anda.

1. Krim Barut - Picit tiub ke tapak tangan , saiz duit syiling 50 sen dan sapukan.

2. Herbanika Barut.

Sediakan Resipi Herbanika Barut:

- 4 sudu besar penuh serbuk Herbanika Barut - 1 paket Asam Jawa (tanpa biji) - Air (secukupnya)

Gaul sebati dan panaskan sehingga menjadi pes yang sederhana pekat (yang dapat melekat di kulit). Gunakan semasa suam.

Rawatan berbengkung atau berbarut. Bermula dari hari ke 4 selepas bersalin.

Cara berbengkung atau berbarut:

  • Selepas urut, bertuam atau bertuku ataupun tanpa rawatan-rawatan tersebut, anda perlu berbengkung (kerana ianya adalah perkara kedua penting selepas amalan pemakanan herba).
  • Sapu pada seluruh ulu hati, tulang rusuk, belakang pinggang, pinggul, punggung, perut, ari-ari, tundun kemaluan, celahan peha dan peha dengan Minyak Herbanika terlebih dahulu.
  • Sapu rata Krim Barut / Resipi Herbanika Barut dengan ke bahagian perut, ari-ari, pinggang, pinggul dan peha. Kemudian, gunakan sehelai kain tipis untuk membaluti pinggang dan perut anda agar resipi meresapi liangan kulit.
  • Ikat kain barut atau Bengkung Tradisional dari bawah iaitu di peha sehingga ke atas dengan kejab dan rapi.
  • Jika gunakan Strap-On Binder (Bengkung Moden), lapikkan dengan kain terlebih dahulu dan gunakan Strap-On Binder. Balutkan dengan kejab dan rapi dan pastikan anda tidak menekan Binder tersebut di bahagian tundun kemaluan. Sila balut Binder melepasi tundun kemaluan anda.
  • Biarkan dari pagi sehingga waktu lewat petang sekitar jam 7 malam. Bersihkan kulit perut dengan air suam atau sapukan semula Minyak Herbanika. Rehat seketika.
  • Waktu malam, gunakan bengkung atau barut semula.
  • Di waktu malam, ulangi pemakanan Krim Barut atau Herbanika Barut. Anda boleh buat pilihan untuk memakai Strap-On Binder, Girdle atau Bengkung Tradisional untuk keselesaan anda tidur pada waktu malam.

Nota:

Berbengkung atau berbarut perlu dilakukan dengan tekun sehingga keadaan perut anda kempis, pejal dan pinggang meramping serta langsing. Keadaan pinggul dan punggung anda juga tidak lagi kembang atau lebar. Teruskan rawatan ini selagi tiada perubahan pada kelangsingan tubuh badan anda.

Barut atau Bengkung bagi ‘Ceasarean’ pada awal 2 minggu pertama.

  • Selepas keluar dari wad, amat disyorkan amalan sapuan Minyak Herbanika sahaja di bahagian ulu hati, bahagian perut atas (upper abdomen), celahan peha dan pinggang anda.
  • Teruskan amalan sapuan Minyak Herbanika ini di bahagian perut kecuali di bahagian pembedahan yang masih ditutup dengan plaster atau clear bandage.
  • Adalah amat disyorkan jika anda gunakan 'Strap On Binder' secara moden yang dapat memberi sokongan pada bahagian perut agar tidak terasa berat atau jatuh. Ini membantu memberi sokongan pada rahim dan otot-otot perut anda. Gunakan 'Strap On Binder' yang lembut dan ringan, melepasi bahagian 'surgery' atau pembedahan tersebut.

Nota:

Para doktor bersalin menasihati agar menggunakan bengkung yang lembut, mudah didapati di farmasi (strap on binder) untuk kegunaan selepas 2 – 3 hari setelah melalui pembedahan.

Nota:

Apabila doktor menanggalkan plaster atau bandage, anda boleh mula sapu Minyak Herbanika ke bahagian luka pembedahan untuk mempercepatkan proses pemulihannya.

Barut atau Bengkung bagi ‘Ceasarean’ selepas 2 minggu (dan ke atas).

Selepas 15 hari atau 30 hari, amalan berbengkung atau berbarut boleh dilakukan seperti cara-cara yang dilakukan bagi bersalin secara normal (Sila rujuk catatan sebelum ini).

UNCANG CUCI HERBANIKA

~ Rawatan bercebuk , amalan bermula dari hari pertama sehingga hari ke 30.

  • Disyorkan cucian dan cebukan dengan Uncang Cuci Herbanika atau Barra Gel. Sediakan sebekas air suam panas, masukkan 2 genggam Garam dan 2 paket Uncang Cuci Herbanika, tekan paket agar keluar pati herba tehnya yang pekat atau masukkan Barra Gel. Kacau sebati dan cebukkan ke bahagian sulit serta diluka jahitan.
  • Selepas bercebuk, kesat kering perlahan-lahan. Ambil beberapa kapas lebar, tuangkan dengan Minyak Herbanika, lekapkan ke bahagian luka jahitan dan tuangkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita anda, pakai dengan selesa.

~ Amalan Bercebuk dan Berendam Pada Hari ke 31 sehingga 6 Bulan Sebagai Penjagaan Kebersihan dan Kesegaran Bahagian Sulit.

Sediakan Resipi Uncang Cuci Berdaun:

- 2 pkt Uncang Cuci Herbanika - 10 - 15 helai Daun Sireh Melayu - Segenggam Daun Inai - Segenggam Garam Kasar - 1 sudu besar penuh Jintan Hitam - 1 sudu besar penuh Halba

Rebus dalam air sukatan lebih kurang 3 liter sehingga mendidih. Tuangkan air herba ke dalam besen yang muat punggung anda. Tambahkan 1 sudu besar penuh Minyak Berubat Mustajab dan Barra Gel ke dalam air herba, kocakan sehingga berbuih.

  • Cuci bahagian sulit bersih terlebih dahulu.
  • Duduk ke dalam air herba dari paras pinggang (pusat) ke pinggul, kaki dikeluarkan dari besen anda. Cebukan ke bahagian sulit luaran dan gunakan jari telunjuk untuk meruang ke dalaman saluran sulit anda.
  • Lakukan berendam, bercebuk dan meruang sehingga bersih dan terasa segar.
  • Rawatan ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 10 - 15 minit atau 20 minit sahaja. Bangun dan kesat kering.
  • Sapu ruangkan Minyak Berubat Mustajab dan Minyak Herbanika (gabungkan kedua-dua minyak) ke dalaman ruangan Saluran Sulit.
  • Untuk merapikan dan merapatkan saluran sulit anda (pastikan tiada darah nifas), ambil ½ - 1 sudu teh PhytoVagin Gel gaulkan cair dengan Minyak Berubat Mustajab atau tanpa minyak, sapuruangkan ke dalaman saluran sulit sehingga tersentuh pintu rahim anda. Biarkan sehingga sebelum tidur, cuci dengan air dan Barra Gel, ruangkan dalaman agar tiada kesan gel tadi.
  • Sapu ruangkan Minyak Berubat Mustajab dan Minyak Herbanika (gabungkan kedua-dua minyak) ke dalam ruangan saluran sulit, sebelum tidur ataupun sapuruang semula PhytoVagin Gel dan Minyak Berubat Mustajab.

Nota:

Untuk amalan wanita ke arah kerapian dan kesegaran sulit.

Anda boleh menggunakan cucian dan meruang dengan Barra Gel dan air. Bilas dengan air dan kesat kering.

Sapukan PhytoVagin Gel (sebesar 50sen) ke ruang saluran sulit. Biarkan selama 2-5 jam, kemudian bilas dan kesat hingga kering.

Pemakanan atau Diet Semasa Di Wad dan Selama 44 Hari

  • Nasi panas sederhana lembut / lembut, bubur nasi, spagetti, pasta dan makaroni.
  • Sayur-sayuran yang boleh dimakan ialah bebawang merah, putih, besar, karet, ulaman pegaga, lemuni, daun dan bunga kunyit, brokoli, dedaun pudina dan kari.
  • Ikan yang segar iaitu ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.
  • Makanan bijirin iaitu gandum (oats), empingan jagung (corn flakes), bran, muesli, beras merah, beras perang, beras, kismis kuning dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe dan tofu), kekacang badam, walnut, makadamia, gajus dan bijan, roti putih, roti wholemeal / wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.
  • Buah-buahan yang boleh dimakan ialah epal merah, oren manis (limau manis), kurma, buah zaitun, buah tin (fig), delima, pir, lai, pic, aprikot, strawberi, anggur (jangan berlebihan boleh sebabkan batuk), jus epal, ribena dan sirap. Minuman berkhasiat iaitu, susu, kacang soya, horlicks, milo dan akar herbanika. Gunakan gula merah, gula perang, raw sugar dan madu lebah.
  • Banyakkan minum air.

[Credits to : Nonaku.com]

July 19, 2006

20 Tips Memelihara Hubungan Ibu Bapa dan Anak

1. Mulakan hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah anda mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda. Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkandiri. Mereka akan menirunya.

11. Buatlah sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut ulangtahun kelahirannya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah. Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu 'real' dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Dalam masa yang sama, mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam dari anda.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Kelak anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka. 20 tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Kain yang putih terpulang kepada anda untuk mewarnakannya. Semuanya di tangan anda. Fikir-fikirkanlah. Nampak mudah tapi bermakna.

Wallahu a'lam.

January 19, 2006

Tips Hindar Kelemumur

  1. Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang sedikit demi sedikit.
  2. Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Kemudian, sapukan air ini di atas kepala. Lakukan sekerap mungkin dan amalkan selepas anda bersyampu. Selain mewangikan rambut, kelemumur juga akan hilang.
  3. Ambil 10 biji belimbing buluh, cincang halus-halus dan campurkan dengan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan ia sejat. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali bersinar.

Wallahu'alam.

November 23, 2005

5 Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki

1. Sarungkan seluar longgar
  • Untuk menjaga testis tetap sejuk dan kualiti sperma sihat, jangan terlalu kerap memakai seluar ketat / jeans.
  • Menurut pakar kesuburan, memakai seluar lebih longgar akan membantu menjaga testis tetap sejuk sehingga mampu meningkatkan pengeluaran sperma.

2. Banyakkan pengambilan zink

  • Zink adalah zat yang boleh mengaktifkan sperma.
  • Antara makanan yang kaya zink ialah makanan laut. daging merah, semua biji-bijian dan kekacang, termasuk juga produk kering seperti keju.
  • Namun begitu, pengambilan zink tidak harus lebih dari 30mg setiap hari.

3. Berhenti merokok

  • Merokok merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur.

4. Minum air putih

  • Minum 1.5 - 2 liter air mineral sehari penting untuk menjaga kesihatan tubuh.
  • Minum kafein terlalu banyak seperti kopi boleh menurunkan pengeluaran sperma.

5. Cuci buah sebelum dimakan

  • Racun serangga yang biasanya melekat pada sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan, mempengaruhi tingkat kesuburan.
  • Untuk membatasi risiko, pakar kesuburan menyarankan lelaki untuk mencuci sayuran dan buah-buahan sebelum memakannya atau bertukar ke makanan organik.

Wallahu'alam.

October 18, 2005

Weight Loss Tips

1. Don't skip a meal

By skipping meals, it encourages binge eating or uncontrolled eating. If you wait till you're so hungry, you'll end up making the wrong choices. Skipping meals also leads to greater fat storage.

2. Become aware of how much you are actually eating each day.

Calories from fat should not exceed 20 - 30 % of your calorie intake each day.

3. Drink plenty of water.

Try to drink your body weight in ounces of water each day. For example : if you are 150 lbs, drink 75 ounces of water. It will fill you up and cleanse your body all at the same time.

4. Eat plenty of fruits and vegetables.

5. Eat smaller, more frequent meals; 2 1/2 - 3 hours apart.

6. Each meal should include a lean protein, a low glyceric carbohydrate and an essential good fat for optimum nutritional balance.

Lean proteins consist of fish, skinless white meat chicken, lean cuts of beef, tofu or protein powder drink mixes, legumes etc.

7. Vegetables that are steamed or eaten raw contain a much higher percentage of nutrients than prepared in any other form.

It's best to steam or microwave veggies. Boiling veggies causes most of the nutrients to be lost in the water.

8. Remember salad dressings are high in fat.

Use fat-free dressings or other alternatives like lemon juice and rice vinegar.

9. Always think ahead and be prepared.

Pack up healthy food to take to work with you each day and if you go to the movies, bring your own snacks.

10. Try and eat all your meals before 7.00 pm.

Wallahu'alam.

October 17, 2005

Tips Mengempiskan Perut

[1] Minyak Zaitun

Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya.

Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.


[2] Limau Kasturi + Kapur Makan

Bentuk perut yang buncit memang jelek dipandang mata. Malah agak sukar pula untuk menggayakan fesyen terkini. Bagi yang telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan lemak/ selulit di kawasan perut, bolehlah mencuba petua ini.

Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapulah ke bahagian perut yang buncit.

Apa yang penting, anda kena rajin melakukannya setiap hari dan lihatlah hasilnya!


Wallahu'alam.

October 12, 2005

Tips Senaman Yang Efektif

1. Jadualkan kekerapan bersenam antara 3 - 5 kali seminggu.

2. Anggarkan masa untuk bersenam; minima antara 20 - 30 minit setiap sesi.

3. Berikan tumpuan kepada aktiviti yang melibatkan seluruh tubuh badan seperti berlari, berjalan kaki, berbasikal, senaman aerobik, memanjat anak tangga dan berenang.

4. Anda juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor dengan kerap dan berjadual bagi memastikan tahap kesihatan dan kecergasan terpelihara.

Wallahu'alam.

Tips Melakukan Senaman Dengan Baik

1. Jangan bersenam jika anda merasa kurang sihat.

2. Jangan bersenam dalam masa 2 jam selepas makan.

3. Pakai pakaian yang longgar dan selesa untuk bersenam.

4. Pilih bentuk atau cara senaman yang baik dan sesuai dengan kemampuan fizikal.

5. Bersenam mengikut teknik yang betul. Teknik yang salah akan mencederakan anggota badan.

6. Amalkan teknik memanaskan badan (warm-up) dan menyejukkan badan (cool down) sebelum dan selepas bersenam.

Wallahu'alam.

June 29, 2005

10 Tips Kekalkan Kasih Sayang Suami Isteri

1. Kenali latar belakang pasangan. Tahu kegemaran dan kebencian pasangan masing-masing.

2. Faham minat pasangan dan sabar dengan minat masing-masing.

3. Saling memberi hadiah dan puji-pujian. Tetapi jangan terlalu kerap, kerana terlalu kerap akan menjadikan pasangan muak. Puji sekali-sekala lebih manis dan mengeratkan hubungan.

4. Jangan marah atau malukan pasangan di hadapan orang lain terutamanya keluarga atau anak-anak kerana pasangan juga ada maruah. Marah atau tegur ketika pasangan berada dalam keadaan yang tenang.

5. Lebih banyak memuji daripada mengeji. Sering bertanya khabar walaupun sekadar menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS). Kerap berlaku kita lebih rajin bertanya khabar rakan-rakan berbanding pasangan sendiri.

6. Bekerjasama dalam mengendalikan kerja di rumah.

7. Wujudkan suasana kediaman yang boleh menyemarakkan kasih sayang dan ketenteraman.

8. Saling mengingati tarikh-tarikh istimewa pasangan seperti harijadi dan ulang tahun perkahwinan.

9. Tidak salah menyimpan kad dan surat cinta lama daripada pasangan walaupun sudah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga. Sesekali elok dibaca semula untuk mengembalikan kenangan manis dan memperbaharui cinta yang kian pudar. Anggap isteri/suami sebagai yang tercantik dan paling kacak dalam dunia.

10. Selalu berdoa agar perkahwinan bertahan dan kebahagiaan berkekalan.

Wallahu'alam.

June 28, 2005

17 Tips Mengasihi Suami

Tidak kira sebesar mana pangkat atau gaji anda sekali pun, tugas sebagai isteri sejati tidak boleh diketepikan. Salah satu peranan isteri ialah untuk mengasihi suaminya dengan jujur, ikhlas dan sepenuh hati.

Panduan berikut mungkin boleh membantu anda para isteri untuk lebih mengasihi suami masing-masing.

1. Sebagai seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna. Selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah.

Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting; pertama, keperluan batin suaminya dan kedua keperluan fizikalnya termasuk makan dan minum.

3. Berusahalah untuk membantu suami anda terutamanya apabila suami sedang dilanda masalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja. Bersama-samalah merancang masa depan. Rujuklah kepada suami di dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda terhadap suami. Ia patut dilakukan setiap hari walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan menganggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya apabila sedang berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan daripada suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempurna perbuatannya, jauhilah daripada berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkan suami anda berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda. Gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang. Lagipun anak anda adalah anaknya juga.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, pakailah pakaian yang mengghairahkan, wangi-wangian dan berselimutlah bersama. Ciumlah dengan ciuman yang hangat iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Apabila anda tidur, sentiasalah menghadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya, minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda. Anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk melakukan hubungan kelamin dengan anda, layanilah dia dengan baik walau bagaimana sibuk dan letihnya anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca daripada isteri yang kurang faham dengan keperluan seks suaminya. Kurangnya layanan dan terlalu banyak alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, tidak salah jika anda yang memulakan pelawaan untuk melakukan hubungan seks. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan seks. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda melakukan hubungan seks dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasakan bahawa dirinya tidak dihargai sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu adalah jalinan kasih dua jiwa yang menzahirkan cinta, kasih dan sayang.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan berilah harapan agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan sahaja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan kelak, anda akan menemui suami anda di Syurga.


Wallahu'alam.

June 14, 2005

Tips Mudah Agar Keluarga Tetap Bahagia Meski Isteri Bekerja

Wanita yang terpaksa keluar meninggalkan anak-anak di rumah demi mencari pendapatan bagi menambah kewangan keluarga merupakan fenomena biasa dewasa kini. Apatah lagi untuk hidup di zaman yang memerlukan kita memenuhi keperluan dan kehendak diri dan keluarga.

Wanita sebagai isteri kepada yang tersayang dan ibu kepada anak-anaknya, nyata masih dapat bekerja tanpa sedikitpun mengenepikan keperluan keluarga. Biarpun terpaksa membina kerjaya dan aktif di pejabat, namun rumahtangga masih dapat dipelihara. Sebagai wanita yang mempunyai pelbagai peranan, adalah perlu untuk mereka mengikut landasan bagi mengelak 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.

Beberapa tips sederhana ini mungkin dapat diterapkan:

1. Utamakan Tuhan dalam Keluarga - 'Takut akan Tuhan' jangan hanya dijadikan slogan tetapi ia perlu benar-benar dihayati dan diresapi sehingga menjadi prinsip dasar setiap anggota keluarga.

2. Utamakan Keperluan Keluarga Berbanding Kerjaya - Sesibuk manapun kita, ingat bahawa keluarga paling utama dan mereka jauh lebih penting daripada segalanya. Sentiasa ingat bahawa keluarga sihat akan menghasilkan generasi berkualiti.

Kecenderungan individu yang bekerja biasanya meletakkan wang sebagai raja. Jangan terlalu mengejar wang dan kebahagiaan material hingga akhirnya keluarga terbiar, anak dan suami tidak diperhatikan.

Adalah penting untuk menitikberatkan dan menjaga komunikasi. Sesibuk manapun diri, luangkan masa untuk menghubungi pasangan mahupun anak walau sekadar bertanya, "Sudah makan, Sayang?". Namun ia mampu menyejukkan hati mereka.

3. Atur Jadual dengan Baik - Bagi memastikan anda punya waktu bersama keluarga, atur jadual serapi mungkin. Misalnya, hari Ahad akan diperuntukkan khusus untuk keluarga. Setelah itu, jadikan waktu itu benar-benar berkualiti. Bermain, bergurau-senda, berbual dari hati ke hati dengan keluarga tanpa diganggu televisyen mahupun panggilan telefon. Kalau perlu, matikan telefon bimbit.

Sesekali, rancanglah untuk bersantai bersama keluarga. Tidak perlu bercuti jauh-jauh; yang penting keluarga dapat merasai kualiti hubungan bersama. Sementara anak-anak bermain, anda suami isteri boleh habiskan masa bermesra, mengembalikan kehangatan cinta bersama pasangan.

4. Sediakan Waktu Khusus untuk Berdua dengan Pasangan - Memenuhi tuntutan kerjaya dan melayani keperluan anak-anak, membuatkan wanita terlepas pandang terhadap keperluan pasangan secara tidak disedari. Ini menyebabkan lama-kelamaan kita akhirnya berasa diri semakin jauh dari pasangan.

Disebabkan itu juga, sebagai isteri anda perlukan waktu berdua-duaan dengan suami. Pastikan tiada langsung gangguan. Tidak perlu ke restoran mahal. Pilihan menikmati makan malam bersama pasangan di tempat makan anda ketika bercinta dahulu, pasti akan membangkitkan kembali kenangan manis. Nikmati bulan madu setelah perkahwinan masuk tahun ke-5. Rasakan kembali getaran cinta dan api cinta yang mulai redup pasti kembali menyala.

Wallahu'alam.

June 12, 2005

Tips Menghadapi Kritikan

Tidak ada seorangpun yang senang menerima kritikan. Bagaimanapun hebatnya seseorang, dia pasti tidak terlepas dari berasa hati apabila dikritik.

Pertama, kerana tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru itu, kita semua tidak terlepas daripada membuat kesilapan.

Kedua, banyak orang yang senang mengkritik meskipun mereka tahu bahawa menerima kritikan bukanlah mudah. Memang tidak semua kritikan itu benar. Namun, cara bagaimana anda mendepani kritikan sebenarnya yang dapat mendorong ke arah peningkatan peribadi anda. Semak perkara berikut:



TIPS HADAPI KRITIKAN

1. Tahan Diri daripada Amarah - Marah adalah tanda semulajadi yang mengatakan bahawa anda sedang dikritik. Yakinlah setiap orang memang berhak mengutarakan pendapatnya. Biarpun wajah anda merah padam, usahakan agar tidak marah. Apabila anda tidak lulus di langkah ini, maka langkah-langkah berikutnya hampir mustahil berguna bagi anda.

2. Terimalah Kritikan dengan Sikap Terbuka -
Mungkin kritikan itu salah, namun pengkritik menganggapnya berbeza. Bersikap terbuka, apabila perlu ubahlah pandangan si pengkritik. Fahami maksud kritikannya sehingga anda dapat menanganinya secara tepat.

3. Jangan Masukkan Kritikan ke dalam Hati - Meski anda bersikap terbuka, bukan bererti anda perlu mengambil hati atas kritikan itu. Mungkin kritikan itu hanya ditujukan pada usaha, produk, kakitangan anda bukan peribadi anda. Ingatlah anda perlu menjaga hubungan jangka panjang. Apabila kritikan ditujukan secara tidak profesional, amati saja ketidakmampuan pengkritik menyampaikan kritikannya.

4. Mintalah Keterangan Lebih Spesifik - Fahami bahawa mungkin kritikan itu benar. Jadi cubalah untuk memahami dan meminta keterangan yang lebih spesifik mengenai apa yang dikritik. Ini bermanfaat bagi anda dan pengkritik agar dapat melihat situasi yang sebenarnya.

5. Jangan Balas Kritikan dengan Kritikan - Tugas anda adalah mendepani kritikan agar anda dapat meraih lebih banyak kebaikan dan keuntungan dari kritikan itu. Membalas kritikan dengan kritikan sama dengan menyuakan perdebatan yang tidak perlu. Anda takkan boleh memadamkan api dengan api kerana akhirnya mungkin anda yang terbakar.

6. Tanya Diri Sendiri Apa yang Boleh Anda Lakukan - Dengan demikian anda mampu melihat kritikan sebagai kebaikan bagi diri sendiri, sekaligus mendapatkan keuntungan darinya. Sebagai contoh, sebuah produk yang baik tentunya lebih banyak menerima kritikan daripada pujian.

7. Mintalah Pendapat Orang Lain - Apabila anda tidak yakin dengan sesuatu kritikan, mintalah pendapat orang lain yang benar-benar tulus. Pendapat mereka dapat membantu anda menemukan bahagian mana dari kritikan itu yang benar atau keliru.

8. Biasakan Diri Anda dengan Kritikan - Membiasakan diri bererti mendepani kritikan dengan tenang dan positif. Jangan ragu untuk mengucapkan terima kasih atas kritikannya, meski tidak selalunya benar. Bagaimanapun, perhatiannya untuk mengkritik anda patut dihargai.

Wallahu'alam.

June 02, 2005

8 Cara Atasi Suami Baran

1. Wujudkan Empati dalam Diri - Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri anda dalam situasi suami. Empati yang wujud dalam diri anda sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya. Apabila berpeluang, tanyalah suami dengan soalan terbuka (open ended question). Namun, pada masa yang sama anda perlu ingat. Cara dan nada anda bertanya penting dalam mempengaruhi emosi suami. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada suami meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda.

2. Alihkan Perhatian - Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran suami akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai isteri, anda tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu menarik perhatian suami anda. Jadi, anda boleh memancingnya dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan anda melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang kemarahan yang sudah berputik tadi.

3. Usah Simbah Minyak ke Api - Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu, usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka anda.
Oleh itu, hadapilah suami anda dengan tenang. Apabila anda ingin bersuara, ucapkanlah dengan nada yang rendah dan perlahan. Tindakan ini boleh menjadikan dia lebih relaks sekaligus membuatkan dia tidak jadi untuk terus marah. Cara ini mungkin kurang efektif jika baran suami anda memuncak kerana pengaruh dadah ataupun alkohol. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan situasi daripada bertambah teruk.

4. Buatkan Dia Tersenyum - Ketawa bukan sekadar pengubat duka. Namun, kalau kena pada gayanya ia mampu menjadi penawar kemarahan suami. Apatah lagi jika sememangnya suami anda mempunyai unsur humor dalam dirinya. Apabila anda lihat ada riak wajah marah ataupun terdapat tanda-tanda dia akan baran, cubalah bergurau dan berbuat jenaka dengannya. Cara anda yang spontan sedikit sebanyak boleh memadamkan api kemarahannya. Namun jika suami anda seorang yang serius, cara ini mungkin tidak sesuai.

5. Bernafaslah dengan Relaks - Tidak dapat tidak, hati anda akan mula berdebar apabila melihat tingkah laku suami yang baran. Perasaan anda juga tentu bercampur baur. Sebaik-baiknya anda cuba relaks. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Selepas itu, lepaskan nafas dengan cara yang sama. Sedikit sebanyak cara ini mampu membuatkan anda lebih bertenang. Kandungan oksigen yang mencukupi di samping perjalanan darah yang lancar membolehkan 'cerebral cortex' anda dirangsang. Ini membolehkan anda berfikir lebih rasional selain memberikan anda keupayaan untuk menguruskan tekanan akibat baran suami anda.

6. Kenal Pasti Punca - Akur ataupun tidak, setiap kemarahan pasti ada puncanya. Lantaran itu, cubalah anda selami sebab baran suami anda terutamanya jika selalu benar dia begitu. Mungkin anda boleh kenal pasti dengan cara berbual dan berbincang sewaktu dia berada dalam keadaan tenang. Kemudian, anda boleh cuba memperbaiki keadaan. Kejayaan anda menyelesaikan punca sebenar tentu boleh mengelakkan suami anda menjadi baran sebagai suatu tabiat.

7. Berjumpa Orang Ketiga - Berhadapan dengan suami yang panas baran memang memeningkan kepala. Apatah lagi jika tabiat tersebut seolah-olah sudah sebati dengannya. Pelbagai cara telah diambil, namun suami masih begitu. Cubalah minta bantuan orang ketiga yang rapat dengannya sekaligus turut dihormati oleh suami. Mintalah orang tersebut menasihati suami anda. Jika tiada pilihan lain, anda dan suami juga boleh pergi bertemu dengan kaunselor bagi mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling.

8. Berdoa - Bukan mudah mengubah sikap seseorang terutamanya kalau sudah sebati dengan dirinya. Oleh itu, berdoa dan berserahlah diri kepada Allah SWT. Minta petunjuk daripada-Nya agar suami anda tergerak hati untuk berubah.

Wallahu'alam.