Showing posts with label perlindungan. Show all posts
Showing posts with label perlindungan. Show all posts

July 14, 2008

Doa Pendinding dari Kecurian



Surah Al-Zalzalah: 1-8

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

[2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

[3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi?

[4] Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:

[5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

[6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

[8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

January 08, 2007

Perlindungan Diri



Surah Yaasin: Ayat 2 - 9

[2] Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

[3] Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,

[4] Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).

[5] Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

[6] Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.

[7] Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.

[8] Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.

[9] Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).

----------------------------------------------------------------

Fadhilat Surah Yaasin

  • Ayat 1 - 9 : Untuk Keselamatan Diri.

  • Ayat 9 : Agar orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Wallahu a'lam.


August 21, 2006

Dipelihara dari Gangguan Jin dan Manusia

Kaifiatnya:

1. Solat Hajat 2 rakaat.

2. Selepas itu, sampaikan hajat dan permintaan anda kepada Allah SWT.

3. Kemudian, sediakan segelas air putih. Bacakan Surah Al-Falaq sebanyak 7 kali dan Surah An-Nas sebanyak 7 kali.

4. Berikan air itu kepada pesakit untuk diminum.

5. Bakinya disapukan pada ubun-ubunnya.

Buatlah seperti ini selama 7 hari berturut-turut.

Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT, ia sembuh dan tidak diganggu lagi oleh jin dan manusia, insya-Allah.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Fadilat & Khasiat Surah-Surah Mustajab Doa & Hajat - Ustaz Tolhah Muzakir]

May 10, 2006

Surah-surah Perlindungan

BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut.

Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim.

SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barangsiapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang berbisa.

SURAH AL-HUD (Hud)
Barangsiapa membaca ayat 56 dari surah ini pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.

SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barangsiapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang yang digigit oleh binatang yang berbisa, nescaya akan hilang bisa itu.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.


Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH SABA
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barangsiapa membacanya, insya-Allah ia akan terpelihara daripada gangguan jin.


SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

SURAH AN-NISA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barangsiapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana.


Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barangsiapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH AL-KAHF (Gua)
Barangsiapa membacanya akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)
Barangsiapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

SURAH AL-HAJ (Haji)
Barangsiapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barangsiapa membaca ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Dalam satu hadis, baginda SAW bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah SWT akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."

Dalam satu hadis yang lain pula, baginda SAW bersabda: "Barangsiapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istighfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Allah".

"Barangsiapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid".

"Barangsiapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan selamat dari seksa kubur".

"Jika dibaca oleh seorang askar, ketika ia hendak turun ke medan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya”.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan.

Jika dibaca ketika hendak tidur, nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.


Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Hadis yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya' hingga ia gugur mati syahid.

Imam Jaafar Shadiq RA mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi; yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi; yang terkecil sekali ialah azab neraka.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barangsiapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insya-Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu' dan sembahyang.

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.

SURAH AR-RA'D (Petir)
Barangsiapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir.


Wallahu a'lam.

March 29, 2006

Ilmu Memagar Diri dan Rumah

A very good tip from Fauzynm website.

Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan sejak dahulu oleh para anbiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekhusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas Solat Maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

Caranya:

1) Duduk bertimpuh seperti Tahiyat Awal dan mengadap ke Kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala. (Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekaligus. Buat berasingan).

3) Pejam mata, tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat Kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembok yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat Kursi hembuskan semula nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi langkah yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan, amalkan sebulan sekali. Tetapi untuk lebih afdhal, amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja dalam seminggu.

Janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserahlah pada Allah Yang Esa.

Untuk memagar rumah pula, caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman pencuri; dan semasa membaca ayat Kursi, bayangkan pula tembok itu berada di hadapan rumah kita dan diikuti langkah seterusnya untuk di sekelilingnya pula.

Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri, ada syaratnya pula.

Dari pengalaman orang yang mengamalkan ilmu memagar rumah ini, pernah terjadi pencuri yang memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar.

Jika ini terjadi, maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yang telah diambil serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibu bapa pula, ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil. Cuma semasa kita melakukan, niatkan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan izin Allah SWT).

Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu lagi cara yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat Kursi sekeliling dalam rumah.

Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada di dinding rumah. Baca ayat Kursi berulangkali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas.

Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama.

Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri. Kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. Jadi, pintu utama sahaja kita perlu perhatikan.

Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Wallahu 'alam.

December 09, 2005

Doa Mohon Perlindungan 1

[1] Mohon Perlindungan Dari Segala Kejahatan

"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan / bahaya yang telah diciptakan." [HR Muslim dan At-Tarmizi]


[2] Mohon Perlindungan Dari Sebarang Ancaman

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon ampun dan sihat yang sempurna kepadaMu, dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan harta kekayaanku. Ya Allah, lindungilah semua kecelakaanku dan sentosakanlah ketakutanku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakangku, dari kananku, dari kiri dan dari atasku. Dan aku berlindung dengan keagunganMu, untuk diancam dari bawahku." [HR Al-Bazzar]


[3] Tiada Sesuatu Memberi Mudarat

"Dengan nama Allah, tiada sesuatupun yang boleh memberi mudarat kepadaku di bumi dan juga di langit dengan berkat namaNya (Allah), dan Allah maha Mendengar lagi maha Mengetahui."

Menurut hadis Rasulullah SAW, sesiapa yang mengamalkan membaca doa ini 3 kali setiap pagi dan petang, maka dia terhindar dari bahaya segala sesuatu.

[Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dari Usman Ibni Affan RA]


[4] Mohon Dijauhi Bala Bencana

"Ya Allah wahai Tuhan kami, kami berlindung denganMu daripada segala bala bencana, daripada mendapat kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Kami juga mohon perlindunganMu daripada kegembiraan orang-orang yang membenci kami di atas kekecewaan kami; dan kami mohon perlindunganMu daripada menghidap sebarang penyakit dan harapan yang menghampakan."


[5] Doa Tolak Bala

"Wahai Tuhan yang Menolakkan Bala Bencana! Ya Allah, wahai Tuhan yang Menolakkan bala bencana; Ya Rahman, tolakkanlah daripada kami sekalian bala dunia dan akhirat. Dan juga bencana dunia dan bala bencana akhirat. Dan juga bencana yang datangnya dari musuh-musuh, dari manusia dan jin, dari syaitan dan iblis. Dan apa-apa yang turun dari langit dan keluar dari bumi. Dengan rahmat engkau, wahai yang maha Pemurah lagi maha Penyayang."


[6] Mohon Perlindungan Dari Penipuan

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan Engkau daripada kawan yang menipu, matanya melihatku dan hatinya menjagaku; sekiranya dia melihat kebaikan, dia menyembunyikannya; sekiranya dia melihat keburukan, dia menyebarkannya."


Wallahu'alam.