Showing posts with label hutang. Show all posts
Showing posts with label hutang. Show all posts

August 15, 2007

Hukum Berhutang

1. Hukum dasarnya adalah HARUS.

2. WAJIB sekiranya bagi memenuhi tuntutan asas seperti membeli pakaian buat menutup aurat atau membeli makanan supaya tidak kebuluran.

3. HARAM sekiranya digunakan untuk perbuatan yang dilarang Allah SWT seperti membeli dadah atau berjudi.

Hutang ada kena-mengena dengan keperibadian seseorang muslim dan muslimah.

Rasulullah SAW mengingatkan, sesiapa yang berhutang dan ada niat untuk membayarnya, maka Allah SWT akan memudahkan niatnya itu. Tetapi, sesiapa yang berhutang dengan niat tidak mahu membayarnya, Allah SWT akan merosakkannya.

Sahabat Rasulullah SAW menceritakan pada suatu ketika, Rasulullah SAW kelihatan mengeluh sambil menyebut "Subhanallah" beberapa kali. Mereka melihat baginda mengangkat kepala ke langit, kemudian tunduk dan meletak tangan di kening.

Esoknya, mereka bertanya Rasulullah SAW dan baginda berkata, kebimbangannya adalah berkaitan hutang.

Jika seseorang itu terbunuh kerana melakukan kebaikan kerana Allah SWT, ditakdirkan dia hidup semula dan kemudian mati kembali, kemudian dia hidup semula, dan kemudian terbunuh lagi, dia tidak akan masuk syurga kecuali selepas dia melangsaikan kesemua hutangnya!

Wallahu a'lam.

[Sumber: NUR, Julai 2007]

August 13, 2007

Adab Pemberi Hutang

1. Digalakkan membuat surat perjanjian jika melibatkan jumlah yang besar.



2. Memberi tempoh yang wajar untuk menyelesaikan pembayaran balik.



3. Jika berkemampuan dan ingin membantu, halalkan sebahagian hutang itu.



4. Memberi hutang berdasarkan kemampuan.



5. Elakkan memberi hutang jika memang diketahui si peminjam akan menggunakan wang untuk perkara haram seperti berjudi, beli arak, dadah dsb.



6. Berterus-terang mengenai keperluan diri sendiri.



7. Memberitahu dengan lembut, bukan mengugut.



8. Berdoa agar si peminjam itu murah rezeki dan dilembutkan hati agar dapat membayar hutang.



9. Orang yang amanah, tidak menceritakan perihal orang yang berhutang padanya dengan niat untuk menjejaskan maruah orang yang berhutang itu.



10. Ikhlas untuk membantu

August 01, 2007

Petua Membayar Hutang

Imam Tarmizi menceritakan, pernah suatu ketika seorang lelaki bertaraf hamba datang bertemu Sayidina Ali RA meminta petua untuk membolehkannya hidup senang dan merdeka.

Sayidina Ali RA memberitahunya jika dia mengamalkan satu doa, dia akan dapat membayar hutang walaupun sebesar gunung.

Doa yang dimaksudkan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal sehingga aku terhindar daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu sehingga aku tidak minta kepada selain Engkau."

[Riwayat Tarmizi]