Showing posts with label permainan. Show all posts
Showing posts with label permainan. Show all posts

June 27, 2005

Permainan Menjana Minda Anak Siri-5: Usia 2 - 3 1/2 Tahun

1. Cat air dan gunting - Kerja-kerja halus boleh dicuba sekarang. Berikan anak beberapa jenis warna untuk mewarnai lakaran. Gunting juga boleh diberikan. Tetapi pastikan gunting yang digunakan tumpul dan khusus untuk kanak-kanak.

2. Mainan binaan - Permainan bina cantum seperti LEGO adalah contoh mainan binaan. Anak berpeluang menggunakan imaginasinya membina binaan yang dianggap menarik.

3. Mainan manipulasi - Mainan yang memerlukan pergerakan halus perlu dicuba sekarang. Misalnya permainan yang memerlukan anak memberi tumpuan sepenuhnya.

~~ Siri-5 tamat ~~
Wallahu'alam.

June 26, 2005

Permainan Menjana Minda Anak Siri-4: Usia 18 Bulan - 2 Tahun

1. Anak patung - Pilih anak patung yang boleh dibawa mandi dan ditukarkan pakaiannya. Permainan ini sangat digemari anak kerana mereka berpeluang menentukan sendiri rutin hariannya.

2. Doh mainan - Permainan doh sangat sesuai untuk anak di usia ini. Anak boleh berkreatif dengan membentuk benda-benda yang dikenalinya.

3. Telefon mainan - Mainan ini dapat memenuhi keperluan untuk berbual dan permainan perkataan.

~~ Bersambung ke Siri-5 ~~
Wallahu'alam.

June 25, 2005

Permainan Menjana Minda Anak Siri-3: Usia 12 - 18 Bulan

1. Mainan atau kotak muzik - Anak pada usia ini sangat tertarik dengan bunyi berirama. Kotak muzik atau alat muzik mainan adalah permainan yang paling sesuai. Untuk lebih menarik, pastikan permainan ini boleh bergerak ketika muzik dimainkan.

2. Susun suai gambar - Anak sudah boleh diperkenalkan dengan permainan yang lebih mencabar seperti susun suai gambar atau puzzle. Namun, permainan ini perlu ada tombolnya supaya mudah diambil. Juga, kepingan perlu besar supaya mudah anak menyusun di tempat yang betul.

3. Mainan susun - Gegelang dan bulatan menggalakkan kecekapan visualisasi ruang pada diri anak. Anak lebih bijak menganggar satu-satu jenis benda serta membandingkannya.

~~ Bersambung ke Siri-4 ~~

Wallahu'alam.

June 24, 2005

Permainan Menjana Minda Anak Siri-2: Usia 7 - 12 Bulan

1. Kadbod berat, buku mainan atau vinyl - Sebolehnya permainan ini mempunyai ilustrasi yang besar, ringkas dan dibuat daripada bahan yang boleh digenggam, digoncang atau digigit.

2. Mainan boleh bergerak - Kereta, bas atau binatang yang bergerak atas roda getah atau plastik sangat sesuai untuk anak di usia ini kerana mereka kini lebih suka bereksplorasi.

3. Bola - Bola pelbagai saiz, lembut dan keras sesuai digunakan. Ajar anak bagaimana membaling, menyepak atau menggulingkan bola supaya anak tahu bentuk fizikal sfera.

4. Bongkah lembut - Bongkah lembut boleh digunakan untuk membuat binaan atau dipicit atau dibaling. Keadaan fizikalnya yang lembut membuat permainan ini selamat untuk digunakan.

~~ Bersambung ke Siri-3 ~~

Wallahu'alam.

June 23, 2005

Permainan Menjana Minda Anak Siri-1: Usia 0 - 6 Bulan

1. Mainan dipicit atau dihisap - Gegelang atau mainan getah yang mudah digenggam dan dimasukkan ke mulut adalah sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah.

2. Mainan bergerak - Bahagian yang bergerak akan menarik perhatian anak. Pastikan mainan ini dipasang rendah untuk mudah dilihat. Jenis yang terbaik ialah yang boleh ditukar beberapa kali.

3. Mainan lembut atau bebola - Mainan lembut ini sangat sesuai kerana tidak mudah mendatangkan kecederaan. Sifatnya yang lembut juga menarik minat anak untuk bermain.

4. Mainan berbunyi atau berloceng - Mainan yang berbunyi bising apabila dibaling, dipukul, dipicit, dihisap atau digoncang semestinya menarik perhatian anak.

~~ Bersambung ke Siri-2 ~~

Wallahu'alam.