Showing posts with label quran. Show all posts
Showing posts with label quran. Show all posts

October 26, 2014

Perisian iQuran untuk Smartphone


Sekiranya anda memiliki smartphone aka telefon pintar, perisian iQuran boleh dimuat turun dalam 2 versi - iQuran Lite (percuma) dan iQuran Pro (berbayar).

Untuk kegunaan seharian, anda disarankan agar memuat turun versi iQuran Pro melalui Play Store (pengguna android) atau App Store (pengguna IOS - iphone, ipad).

Pembayaran untuk pembelian "online" boleh dibuat dengan menggunakan kad kredit.

Usah bimbang dan ragu. Pembayaran melalui kaedah ini adalah selamat dan boleh diyakini, in shaa Allah.

Harga yang dikenakan untuk memuat turun perisian iQuran Pro amatlah berbaloi.

Untuk muat turun melalui Play Store, caj yang dikenakan MYR6.99 manakala melalui App Store USD6.99.

August 23, 2014

Ketentuan Illahi

Apapun yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Swt. dan telahpun tersurat di Loh Mahfuz.

Sebagai hambaNya yang lemah - tiada daya dan tiada upaya; siapalah kita untuk menidakkan takdir ketetapanNya.

Hadapilah segala dugaan dengan Sabar dan Solat. Semoga Allah Swt permudahkan urusan...

Sumber rujukan: Quran; Surah Al-Hadid


Ada Apa dengan Kehidupan Duniawi?

Quran Al-Hadid: ayat 20


September 26, 2009

Agar Mudah Tidur Waktu Malam



Al-Ahzab : 56
33:56 Allah and His angels send blessings on the Prophet: O ye that believe! Send ye blessings on him, and salute him with all respect.

Cara Mengamalkan :
Bacalah ayat di atas seberapa mampu sebelum tidur. Insya-Allah mata yang susah tidur akan terlelap dengan lenanya.
Wallahu a'lam.

[Sumber : Merawat Kehidupan Dengan Ayat-Ayat Al-Quran oleh Maulana Ashraf Ali Thanfi, halaman 169]

September 25, 2009

Jika Dipenjarakan Dengan Cara Yang Tidak Adil


Surah Yusuf: ayat 99-100

Cara Mengamalkannya:
1) Jika seseorang dipenjarakan tanpa sebab-sebab yang munasabah atau dengan cara yang tidak adil, tulislah ayat di atas pada sehelai kertas, kemudian dilipat dan dibungkus dengan kemas lantas dijadikan azimat.
Selain itu, hendaklah dia menjadikan ayat di atas sebagai amalan dengan membacanya berulang-ulang kali, terutama setiap kali selesai melakukan solat fardhu.
2) Bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 111 kali kemudian tiupkan kepada gari yang sedang melekat di tangan. Insya-Allah, tidak lama selepas itu orang tersebut akan dibebaskan daripada tahanan atau penjara.
Wallahu 'alam.
[Sumber: Merawat Kehidupan Dengan Ayat-Ayat Al-Quran oleh Maulana Ashraf Ali Thanfi, halaman 185-186, ISBN 983-061-536-7]

Agar Terlepas Daripada Ditawan


An-Nisa' : 75

4:75 And why should ye not fight in the cause of Allah and of those who, being weak, are ill-treated (and oppressed)?- Men, women, and children, whose cry is: "Our Lord! Rescue us from this town, whose people are oppressors; and raise for us from thee one who will protect; and raise for us from thee one who will help!"

Cara Mengamalkan :

Jika seseorang terperangkap dalam suatu negeri/negara/kawasan kerana ditawan oleh pihak musuh, kena culik, tersesat dsb, bacalah ayat di atas berulang-ulang kali. Insya-Allah dia akan menemui jalan keluar untuk melepaskan diri.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Merawat Kehidupan Dengan Ayat-Ayat Al-Quran oleh Maulana Ashraf Ali Thanfi, halaman 186]

September 15, 2009

Bacalah Al-Quran

Rasulullah SAW bersabda:

"Bacalah al-Quran! Sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya."

Rasulullah SAW bersabda lagi:

"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu kebajikan (pahala) dan satu kebajikan digandakan dengan sepuluh gandaan. Tidaklah aku katakan alif-lam-mim itu satu huruf, tetapi 'alif' satu huruf, 'lam' satu huruf dan 'mim' satu huruf."

Maksudnya, jika kamu hanya membaca BASMALAH di mana terkandung di dalamnya SEMBILAN BELAS HURUF, maka kamu akan mendapat setiap huruf 10 kebajikan. Jumlah keseluruhan adalah SERATUS SEMBILAN PULUH KEBAJIKAN!

Pengiraan:

1 Huruf al-Quran = 10 kebajikan
19 Huruf al-Quran = 10 x 19 = 190 kebajikan (pahala).


SUBHANALLAH!

[Sumber: Penghayatan Ramadhan oleh Ustaz Wajdi Ghunaim, halaman 51 & 52]

September 09, 2009

Amalan Untuk Mempermudahkan Segala Urusan

Amalkan membaca ayat 8 daripada Surah Yaasin setiap kali selepas solat 5 waktu.

Bacalah dengan hati yang ikhlas. Insya-Allah segala urusan anda akan menjadi mudah.

Wallahu a'lam.

May 07, 2009

Rindu Bau Pohon Tin






[At-Taubah: 122]

[122] Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).


Menuntut Ilmu Satu Kewajipan

Sesungguhnya besar sekali makna yang terungkap di sebalik kalimah 'Nafara' yang difirmankan Allah SWT di dalam ayat ini (at-taubah: 122).
Menuntut ilmu di jalan Allah SWT benar-benar sebuah peperangan. Pengorbanan yang diperlukan besar kerana harganya mahal. Harganya mahal kerana nilainya tinggi. Nilainya tinggi kerana 'agenda' melahirkan ilmuwan pewaris Nabi.
Tugas yang dipikulkan ke atas penuntut ilmu di jalan Allah bukan sekadar memberi 'Taalim', memberi tahu.
Allah SWT memberitahu bahawa tugas penuntut ilmu di jalan Allah SWT sama seperti tugas seorang Rasul iaitu menyampaikan sebuah 'inzar' (al-muddatsir: 2).
Inzar bukan sekadar memberitahu. Ia lebih daripada itu. Inzar memberi pelajaran tentang kebaikan, juga memberi amaran tentang keburukan.
Inzar mengajak kepada yang maaruf disertakan juga seruan mencegah dan meninggalkan munkar. Inzar adalah sebuah mesej yang hidup agar ummah sentiasa berjaga-jaga.
"... di celah pohon zaitun yang rendang, bersemadi syuhada pahlawan islam, menanti dan terus menanti, hadirnya barisan waris perjuangan..."
[Petikan: Rindu Bau Pohon Tin - Hasrizal Abdul Jamil]

March 24, 2009

Amalan Ketika Ditimpa Musibah dan Kesusahan



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Alif, Laam, Miim.
[2] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.

(Surah Ali Imran, ayat 1-2)


Cara Mengamalkannya
Bacalah ayat di atas berulang-ulang kali.
Insya-Allah, ia amat berkesan bagi jiwa orang yang ditimpa musibah, kesusahan mahupun kesempitan hidup.
Kerana di dalamnya terkandung Nama Allah yang Maha Agung. Demikian menurut sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW.
[Sumber: Merawat kehidupan dengan ayat-ayat Al-Quran oleh Maulana Ashraf Ali Thanfi]

"Kesusahan hidup bukanlah hukuman, sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan yang terbaik".

Firman Allah SWT: "Sesungguhnya beserta kesusahan itu ada kesenangan".

June 18, 2007

Surah-surah Amalan

1. Untuk elak suami/ isteri dan anak-anak bergaduh
Surah Al-Baqarah: ayat 102


2. Supaya anak-anak pandai belajar
Surah Al-Anbiyaa': ayat 79

3. Melembutkan hati anak/ elak panas baran
Surah Al-Anbiyaa': ayat 69
Surah Al-Hasyr: ayat 22 - 24

4. Untuk elakkan anak malas ke sekolah
Surah Toha: ayat 1 - 5

5. Supaya suami tidak kahwin lain
Surah Toha: ayat 39 [mula dari tanda Jim kecil]

6. Ayat Pendinding
Surah At-Taubah: ayat akhir

7. Untuk anak yang suka keluar malam
Surah Ar-Ruum: ayat 31 [Baca 33x]

8. Untuk jadi Pendinding Rumah
Surah Al-Baqarah [Dibaca & tiup pada air dan semburkan sekeliling rumah]


Wallahu a'lam.

January 19, 2007

Perlindungan: Ayat Kursi

Seorang Pedagang sedang dalam perjalanan melalui padang pasir menuju sebuah negeri untuk menjual barang dagangannya. Beliau sering diekori oleh kumpulan perompak.

Setelah malam hari, dia membaca Ayat Kursi sebanyak 7 kali dengan iktikad membuat dinding pertahanan sekitar dirinya dan sekitar hartanya sebelum dia tidur. Dibacanya Ayat Kursi terus menerus sehingga dia tertidur.
Pada keesokan paginya, beberapa orang yang tidak beliau kenali telah datang menemuinya.
Mereka berkata:
"Wahai Pedagang, padamu ada rahsia yang ajaib. Ketika kami pada malam tadi hendak merompak harta bendamu dan membunuhmu, kami melihat ada pagar besi yang tidak dapat ditembus di sekitar tempat tidurmu. Berkali-kali kami datang ke tempat itu, kami tetap melihat adanya pagar tersebut. Kami ingin mengetahui apakah amalanmu, dan kami berjanji tidak akan lagi mengerjakan pekerjaan yang jahat ini, asal sahaja kamu memberitahu kami apakah amalan kamu itu".

Lantas, Pedagang itupun menerangkan amalannya kepada mereka.

-------------------------------------------------------------------
Syeikh Buni menerangkan:
Siapa yang takut terhadap serangan musuh, hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca Ayat Kursi.
Kemudian ia masuk bersama-sama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh sambil membaca Ayat Kursi sebanyak kata-katanya atau sebanyak huruf-hurufnya.
Insya-Allah, musuh tidak akan dapat melihatnya dan tidak akan dapat memudaratkannya.
--------------------------------------------------------------------
Abdurrahman bin 'Auf menerangkan:
Bahwa ia apabila masuk ke rumahnya, dibacanya Ayat Kursi pada 4 penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pendinding syaitan.
Wallahu 'alam.
[Sumber: Risalah Doa oleh H.Dja'far Sabran]

January 17, 2007

Bayi Kerap Menangis

Sekiranya bayi kerap menangis pada waktu malam atau pada bila-bila masa
  • Usap kepala bayi sambil membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 7x

Wallahu a'lam.

January 15, 2007

Patah Tulang, Sakit Urat dan Badan


Surah Yaasin: Ayat 78 - 81

[78] Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?

[79] Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
------------------------------------------------------------------
Fadhilat Surah Yaasin, ayat 78-79: Dibaca untuk merawat patah tulang, sakit urat dan badan.
Wallahu a'lam.

January 12, 2007

Mengelak dari Fitnah


Surah Yaasin: Ayat 29 - 33
[29] (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta-merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.

-----------------------------------------------------------------
FADHILAT SURAH YAASIN
1. Surah Yaasin, Ayat 29
  • Untuk mengelakkan diri dari difitnah dan kejahatan mulut orang.
  • Untuk diguna jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya diri kita.
2. Surah Yaasin, Ayat 44
  • Agar dijauhkan fitnah dalam hidup.
3. Surah Yaasin, Ayat 76
  • Untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
  • Bila rasa sedih, sebak dan kecewa; baca ayat ini sambil memegang dan mengurut dada.
Wallahu a'lam.

December 15, 2006

Fadhilat 10 Surah Al-Quran

10 perkara dapat menghalang 10 perkara:

  1. Surah Al-Fatihah dapat menghalang kemurkaan Allah SWT
  2. Surah Yaasin dapat menghalang dahaga pada hari Kiamat
  3. Surah Ad-Dukhaan dapat menghalang huru-hara hari Kiamat
  4. Surah Al-Waqiah dapat menghalang kefakiran
  5. Surah Al-Mulk dapat menghalang azab kubur
  6. Surah Al-Kautsar dapat menghalang kejahatan musuh
  7. Surah Al-Kafiruun dapat menghalang kekufuran ketika waktu nazak
  8. Surah Al-Ikhlas dapat menghalang sifat nifaq
  9. Surah Al-Falaq dapat menghalang hasad dengki manusia
  10. Surah An-Naas dapat menghalang was-was
Wallahu a'lam.
[Credits to: Abu Al-Baqir]

December 13, 2006

Amalan Memudahkan Bersalin

Surah An-Nahl: ayat 78-80


[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/beranak/melahirkan anak, insya-Allah.


*************************************************


"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Wallahu a'lam.