Showing posts with label ibadah. Show all posts
Showing posts with label ibadah. Show all posts

July 17, 2013

Bila Allah Menduga Kita...

1. Banyakkan solat sunat Taubat & Tahajjud.

2. Banyakkan Istighfar --> Untuk penyucian hati/jiwa.

3. Banyakkan lafaz Istijaa' "Innaa lillahi wa innaaa ilaihi ro'ji 'uuun" --> Redha dengan ujian/ketentuan-Nya (telah tertulis di Lauh Mahfuz).

4. Banyakkan zikir Nabi Yunus (100x - 1000x) --> Untuk memohon pertolongan dari Allah Swt.

5. Banyakkan berdoa kepada Allah Swt agar diberi kekuatan iman & kekuatan jiwa (dalaman) bagi menempuh dugaan-Nya.

6. Banyakkan bersabar.

7. Banyakkan bersedekah.

8. Sentiasa bersangka baik dengan Allah Swt --> Pasti ada hikmah dan kebaikan di sebalik setiap kejadian/dugaan yang ditempuhi.



Wallahu'alam.


July 10, 2013

Istana & Taman di Syurga

1. 10x Surah Al-Ikhlas --> Beroleh sebuah istana di syurga.

2. Lafaz Hauqalah "La haula wa la quwwata illa billaah" --> Beroleh suatu perbendaharaan dari syurga.

3. Lafaz "Subhaanallahi wa bihamdih" --> Beroleh sepohon pokok tamar di syurga.

4. Lafaz tasbih, tahmid, tahlil, takbir --> Beroleh pohon2/tanaman di syurga.

5. Lafaz Istijaa' "Innaa lillahi wa innaaa ilaihi ro'ji 'uuun" --> Beroleh sebuah istana di syurga.

Wallahu'alam.

(Sumber: Buku "Bagaimana Mendapat Istana & Taman di Syurga? oleh 'Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh)

November 30, 2009

Jom Jadi Ahli Syurga

Sebagai seorang muslim dan mukmin, kita semuanya tentu memasang niat untuk menjadi AHLI SYURGA di akhirat sana.

Tapi sejauh mana?

September 16, 2009

Hebatnya Zakat!

Jika anda ingin harta anda diberkati oleh Allah SWT dan harta anda tidak menimbulkan banyak masalah kepada kehidupan anda di kemudian hari, keluarkanlah zakat. Insya-Allah, wang serta kehidupan anda akan diberkati oleh Allah SWT.

"Cegahlah harta kamu dengan mengeluarkan zakat."

(Hadis riwayat Imam Abu Daud, Tabrani dan Baihaqi)

Berkata Syeikh Mustafa Mohd Imarah yang mensyarahkan hadis ini :

"Hendaklah kamu mendirikan benteng yang kuat yang dapat mencegah harta kamu daripada kecurian, kehilangan dengan mengeluarkan zakat",

Dan sebagaimana tersebut di dalam buku 'Jami Shaghir" :

"Maka tidak akan binasa harta itu sama ada di daratan atau di lautan, melainkan jika ditegah harta itu dari mengeluarkan zakat."

(Rujuk At-Targhib Wat-Tarhib 1/520 dan kitab "Faidhul Qadir 3/338)

Beginilah hebatnya rahsia di sebalik amalan berzakat yang dikira pada hari ini seolah-olah seperti bayaran insuran/takaful bagi mengelakkan dari berlakunya kemalangan dan kecelakaan!

Wallahu a'lam.

(Sumber: Apakah Amalan Bagi Menjauhkan Kesusahan Hidup oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi, halaman 154-155)

September 15, 2009

Zikir Selepas Solat

"Sesiapa yang bertasbih 'Subhanallah' pada penghujung setiap solat (iaitu selepas solat) 33 kali, dan 'Alhamdulillah' 33 kali, dan 'Allahu Akhbar' 33 kali, kemudian membaca:

"La Illaha Illallah Wahdahu La Syariikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu, Wahua 'Ala Kulli Syai' in Qadir"

Diampunkan kesalahannya walaupun sebanyak buih lautan."

(Hadis riwayat Imam Muslim)

[Sumber: Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi, halaman 105]

Fadhilat Sedekah

1) Sedekah sebiji kurma digandakan pahala sebesar Gunung Uhud

"Sesungguhnya Allah Ta'ala menggandakan di kalangan kamu (pahala derma/sedekah) sebiji kurma atau sesuap makanan, sebagaimana digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta, sehingga derma itu menjadi sebesar Gunung Uhud!"

(Rujuk "Sahih Al-Jami" hadis 1815)

2) Tidak akan miskin orang yang suka menderma/sedekah

"Tidak akan berkurangan duit orang yang bersedekah"

(Hadis riwayat Imam Ahmad 1/193)

3) Digandakan pahala sehingga 700 kali ganda atau lebih

"Perumpamaan orang-orang yang mengeluarkan hartanya ke jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai. Pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipatgandakan lagi (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaannya) lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al-Baqarah: ayat 261)

Pengiraan:

sedekah/derma 0.20 sen = ganjaran pahala rm140 atau lebih
sedekah/derma 0.50 sen = ganjaran pahala rm350 atau lebih
sedekah/derma rm1.00 = ganjaran pahala rm700 atau lebih


SUBHANALLAH!
4) Mendapat naungan daripada panas hari Mahsyar

"Tujuh golongan yang Allah akan beri naungan baginya di hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah Ta'ala, (di antaranya) yang menderma dengan tangan kanannya sehingga tidak diketahui tangan kirinya."

(Hadis riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim)

[Sumber: Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi, halaman 192-199]

Fadhilat Istighfar

"Sesiapa yang rajin beristighfar, (nescaya) Allah SWT menjadikan baginya pada setiap kesempitan (akan ada) jalan keluar, dan pada setiap kedukaan (ada pintu) kelapangan, dan memberikannya rezeki dengan cara yang tidak disangka-sangka!"

(Hadis riwayat Imam Abu Daud, An-Nasai, Ibnu Majah dan Al-Hakim]

Berkata Saiyidina Ali RA:

"Sungguh hairan orang yang ditimpa kecelakaan, sedangkan baginya ada alat keselamatan! Lalu beliau ditanya: Apakah alat keselamatan itu? Maka Saiyidina Ali menjawab: (Iaitu) Istighfar!"

(Rujuk "Faidhul Qadir" 6/57)

Adakah menjadi satu tugas yang berat bagi anda jika dalam sehari anda cuma perlu menyebut "Astaghfirullah" sebanyak 50 kali sebagai permulaan?

Lebih baik lagi jika dapat dibaca sebanyak 100 kali, jika anda mengalami masalah yang besar, kerana menurut pengalaman sebahagian ulama', masalah yang berat tadi akan ada jalan keluar jika dapat dibaca sebanyak bilangan tadi.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Amalan Bagi Menjauhkan Kesusahan Hidup oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi, halaman 167 & 168]

Amalan di Bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah SAW:

"Wahai orang ramai, telah tiba kepadamu satu bulan yang agung lagi diberkati, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan! Satu bulan di mana Allah SWT telah menetapkan puasa di dalamnya sebagai satu kefardhuan, dan menghidupkan malamnya dengan ibadah sebagai amalan sunat. Seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan sifat yang baik, ia ibarat orang yang melaksanakan satu kefardhuan di bulan yang lain. Manakala seseorang yang menunaikan pula satu kefardhuan di dalamnya sepertilah orang yang menunaikan tujuh puluh kefardhuan di bulan yang lain."

Ganjaran Pahala:

1 amalan Fardhu = pahala 70 amalan Fardhu
1 amalan Sunat = pahala 1 amalan Fardhu


[Sumber: Penghayatan Ramadhan oleh Ustaz Wajdi Ghunaim, halaman 66]

September 09, 2009

Amalan Untuk Mempermudahkan Segala Urusan

Amalkan membaca ayat 8 daripada Surah Yaasin setiap kali selepas solat 5 waktu.

Bacalah dengan hati yang ikhlas. Insya-Allah segala urusan anda akan menjadi mudah.

Wallahu a'lam.

July 02, 2008

Fadhilat Sedekah




1. Sedekah mensucikan dan membersihkan diri.

2. Sedekah adalah perlaksanaan perintah Allah swt dan Rasul-Nya.

3. Pada hari Kiamat, orang mukmin dilindungi oleh sedekahnya.

4. Sedekah menghindari keburukan dan mencegah su'ul khotimah.

5. Sedekah bukti kebenaran iman.

6. Sedekah adalah penyebab seseorang dibebaskan dari tawanan.

7. Allah swt akan mengganti harta sedekah.

8. Pahala sedekah tidak terputus.

9. Sedekah menghapuskan kesalahan.

10. Sedekah sebagai penyembuhan.

[Source: Hikmah Terapi Sedekah by Hasan bin Ahmad bin Hassan Hammam]

June 02, 2008

Fadhilat Istighfar




1. Istighfar merupakan sambutan terhadap perintah Allah swt.

2. Istighfar adalah kunci rezeki.

3. Istighfar membuka pintu syurga.

4. Istighfar menghapus segala dosa dan kesalahan.

5. Istighfar dapat menolak seksaan sebelum ditimpakan.

6. Istighfar meninggikan darjat.

7. Istighfar membersihkan hati.

8. Istighfar menyuburkan kandungan.

9. Istighfar menyihatkan dan menguatkan.

10.Khabar gembira bagi wanita.

[Source: Hikmah Terapi Istighfar oleh Hasan bin Ahmad bin Hassan Hammam]

December 01, 2006

15 Senjata Menghalang Syaitan

  1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
  2. Banyakkan berzikir
  3. Banyakkan Beristighfar
  4. Baca "La ilaaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zhoolimin"
  5. Jangan tidur berseorangan
  6. Baca doa pagi dan petang
  7. Bersugi
  8. Melaksanakan Solat Jemaah
  9. Berwudhuk sebelum tidur
  10. Menutup aurat
  11. Membaca doa masuk tandas
  12. Banyak berselawat pada hati
  13. Bertaubat, beristighfar
  14. Banyakkan membaca Al-Quran
  15. Membaca Surah Yassin setiap pagi
Wallahu a'lam.

November 24, 2006

Fadhilat Solat Sunat

Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW, sesetengah solat sunat itu mempunyai keistimewaan tersendiri. Bukan sahaja di segi ganjarannya tetapi juga fadhilat, hikmah dan faedahnya.

Misalnya, orang yang mengamalkan solat Tahajjud di tengah malam, ia dikurniakan rezeki yang mudah, disamping dipercayai dan dihormati oleh orang ramai dan doanya dimakbulkan Allah SWT. Demikian juga mereka yang mengamalkan solat sunat Dhuha.

Orang yang mengerjakan solat Tarawih di bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Orang yang mengamalkan solat sunat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah.

Demikianlah berbagai fadhilat dan faedah yang dapat diraih bagi mereka yang mengamalkan berbagai solat sunat.


Wallahu a’lam.

November 03, 2006

Asmaul Husna

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk Syurga."
[Riwayat Sahih Bukhari]
1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melindungi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Permulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Pemberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar
[Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi]
1. "Ya Allah!" Apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. "Ya Rahman!" Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. "Ya Rahim!" Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, insya-Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. "Ya Malik!" Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. "Ya Quddus!" Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6. "Ya Salam!" Apabila dizikirkan sebanyak 136x, insya-Allah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!" Apabila dizikirkan sebanyak 236x, insya-Allah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!" Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardhu Isyak, insya-Allah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!" Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh, insya-Allah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya Jabbar!" Apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. "Ya Mutakabbir!" Apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12. "Ya Khaliq!" Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, insya-Allah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13. "Ya Baarii'!" Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, insya-Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14. "Ya Musawwir!" Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa.
Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, insya-Allah akan dikurniakan anak yang soleh.
15. "Ya Ghaffaar!" Sambil beriktikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insya-Allah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16. "Ya Qahhaar!" Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia & insya-Allah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!" Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barangsiapa yang selalu di dalam kesempitan, insya-Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apapun akan hilang.
18. "Ya Razzaq!" Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, insya-Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga! Tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. "Ya Fattah!" Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh, insya-Allah hati kita akan dibuka oleh Allah sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!" Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insya-Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!" Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, insya-Allah rezeki akan menjadi murah.
23. "Ya Khaa'fidh!" Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, insya-Allah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya Raafi!" Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70x, insya-Allah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25. "Ya Mu'izz!" Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, insya-Allah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, insya-Allah doa akan mustajab.
28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insya-Allah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29. "Ya Hakam!" Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insya-Allah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. "Ya Adllu!" Dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insya-Allah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insya-Allah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, insya-Allah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. "Ya 'Aziim!" Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, insya-Allah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. "Ya Ghafuur!" Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & bertekad untuk tidak mengulanginya, insya-Allah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36. "Ya Syakuur!" Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, insya-Allah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110x (tulisan dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, insya-Allah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. Insya-Allah mujarab.
38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat).
39. "Ya Hafiiz!" Dizikir sebanyak 99x, insya-Allah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. Insya-Allah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, insya-Allah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, insya-Allah kita akan mendapat perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju.
Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. Insya-Allah.
45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hamba-Nya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh. Insya-Allah, Allah akan mengabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang, insya-Allah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insya-Allah Allah akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insya-Allah akalnya akan menjadi cerdas & lancar di dalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000x pada setiap malam. Insya-Allah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada di dalam keadaan harmoni.
49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. Insya-Allah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, insya-Allah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, insya-Allah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insya-Allah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izin-Nya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan di dalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. Insya-Allah.
60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. Insya-Allah dipertunjukkan akan hasilnya.
61. "Ya Muhyiy!" Amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, insya-Allah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, insya-Allah akan dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan "Ya Hayyu Ya Qayyuum" sebanyak 1,000x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, insya-Allah akan tercapai segala hajat.
65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, insya-Allah.
68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insya-Allah, diri akan berasa segar & sentiasa.
69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, insya-Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insya-Allah nescaya segala usahanya akan berhasil.
72. "Ya Muahkhir!" Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya Awwal!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insya-Allah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, insya-Allah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya Baathinu!" Seperti no.75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30x sesudah solat fardhu.
77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.
78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. Insya-Allah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insya-Allah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insya-Allah, kita akan mendapat pertolongan Allah.
82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat fardhu & 212x pada setiap malam selama sebulan. Insya-Allah akan mendapat pertolongan Allah.
85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan, insya-Allah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insya-Allah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada di kalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangkawaktu yang singkat.
88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insya-Allah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insya-Allah segala hajat kita akan tercapai.
90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, insya-Allah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insya-Allah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.
92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.
94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insya-Allah akan diberikan pertolongan Allah dan akan cepat terlepas dari kesesatan tersebut.
95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. Insya-Allah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, insya-Allah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. Insya-Allah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
Doa-doa yang Makbul
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa yang Makbul
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa."
2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah SAW & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (Al-fatihah dan sebagainya).
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadarNya serta sentias sabar sehingga menemui-Nya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepada-Nya.
Sentiasa berzikir kepada-Nya adalah keikhlasan sebenar kepada-Nya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia, namun masih tidak dapat lagi membendung hajat hati si hamba itu.
Wallahu a'lam.

October 31, 2006

Anjuran Bersedekah

Daripada Abu Hurairah RA berkata:

Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya?"

Nabi SAW menjawab: "Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila roh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata: Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain."

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pengajaran Hadis

Sedekah atau derma adalah amalan soleh yang sukar dilakukan oleh seseorang.

Amalan ini biasanya dilaksanakan berdasarkan kewajipan seperti zakat atau dalam bentuk kesedaran yang timbul dalam hati seseorang kerana menganggap ia sebagai aset kekal yang akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Terdapat sebahagian daripada umat Islam yang enggan melakukan amalan mulia ini dalam kehidupan seharian.

Nabi SAW menjelaskan punca masalah ini ialah perasaan takut menjadi fakir apabila banyak bersedekah, lalu manusia berusaha lebih kuat lagi untuk mengumpul dan menambahkan kekayaan yang sedia ada.

Melalui hadis di atas, Nabi SAW menerangkan waktu terbaik untuk melakukan amalan sedekah. Baginda menyarankan supaya sedekah dilaksanakan apabila seseorang itu masih sihat dan terlalu sayangkan kepada hartanya.

Jika dilakukan sedekah pada masa ini, bermakna seseorang itu sudah berjaya melawan godaan syaitan dan hawa nafsu yang selalu menakutkannya dengan pelbagai kesan negatif.

Kemampuan menghadapi serangan dua musuh ini, bererti ia telah meraih kejayaan yang sangat besar.

Pada masa yang sama, baginda juga menghuraikan situasi orang yang suka menangguhkan amalan bersedekah hingga berada di saat sakit tenat.

Nabi SAW melarang umat Islam daripada bertindak secara demikian. Ini adalah kerana jika tidak dilakukan sedekah pada masa itu, orang yang masih hidup (waris) akan tetap mendapat harta yang ditinggalkan.

Sekiranya, penerima harta itu membelanjakan harta mengikut yang ditetapkan oleh syariat Islam, maka si mati akan mendapat keuntungan.

Namun jika harta yang ditinggalkan hanya disia-siakan atau digunakan untuk melakukan kemungkaran, maka si matilah yang letih mencari harta dengan membanting tulang dan memerah keringat semasa hidup. Ia juga akan dihisab di hadapan Allah SWT sedangkan ahli-ahli waris bersenang-senang dengan harta tersebut.

Kesimpulannya, agama Islam amat menggalakkan umatnya melakukan amalan sedekah dengan menggunakan harta yang paling baik.

Lakukanlah amalan ini dengan segera dan janganlah bertangguh. Semoga Allah SWT menerima segala amalan soleh tersebut.

Wallahu a'lam.

October 19, 2006

Amalan pada Malam Lailatul Qadar

Mulailah amalan pada jam 12.00 tengah malam.

1. Solat sunat wuduk selepas mengambil wuduk.

2. Solat sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam Lailatul Qadar.

3. Membaca Al-Quran.

4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali (Astaghfirullah hal azim wa atubu ilaih).

5. Zikrullah (La ila ha illallah 1000X , La ila ha illallah muhammadur rasulullah 300X, Allahhu akbar 300X).

6. Bertasbih:

  • Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, Allahhu akbar, wala haula wala qhuwwata illa billahil ‘aliyyil ‘aziim 300X
  • Subhanallah wabihamdihi, Subhanallah il azim 300X
  • Subhana robbiyal 'ala wabihamdih 300X
  • Subhana robbiyal a’zimi wabihamdih 300X
7. Selawat 100X atau 1,000X (Allahhumma solli ‘ala Muhammad).
8. Solat sunat tahajjud.
9. Solat sunat tasbih.
10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca Al-Quran sehingga solat Subuh.
[Sumber: http://www.daawah.com/links/islam/hari]

July 28, 2006

Kerja adalah Ibadah

Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran, Surah Al-Baqarah ayat 21 yang bermaksud:

"Wahai sekelian manusia, sembahlah tuhan mu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

Seruan ini Allah SWT tujukan kepada semua manusia tidak kira orang Islam, orang yang beriman, orang yang durhaka atau pun orang kafir. Pendek kata, setiap manusia adalah dikehendaki oleh Allah SWT supaya menyembah-Nya.

Ada pun menyembah Allah SWT itu bererti mengabdikan diri atau memberi baktinya kepada Allah SWT. Pengabdian diri ini adalah dikehendaki oleh Allah SWT secara total dan menyeluruh di dalam setiap aspek kehidupan manusia itu.

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Az-Zuriat ayat 56 yang bermaksud:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku."

Dalam erti kata yang lain, setiap jin dan manusia ini adalah dijadikan khusus untuk beribadah kepada Allah SWT. Ertinya, apa sahaja yang dibuat oleh manusia, ia merupakan ibadahnya atau pengabdian dirinya atau amal baktinya kepada Allah SWT.

Tidak kiralah sama ada usahanya itu merupakan usaha dalam mencari rezeki, dalam membangunkan rumahtangga, dalam mengatur pendidikan anak-anak, dirinya atau pun keluarganya, dalam mengatur pergaulan masyarakat, dalam berekonomi, berjual-beli, dalam berjuang dan berjihad dan dalam apa sahaja baik dalam tidur atau makan minum kita seharian, semuanya mestilah menjadi ibadah kepada Allah.

Ini jelas Allah SWT gambarkan dalam sepotong firmannya yang lain dalam Surah Ali Imran ayat 191 yang bermaksud:

"Orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, `Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia belaka'."

Jadi, Allah SWT tuntut dari setiap manusia supaya sentiasa, setiap saat dan ketika memberikan ibadah dan amal baktinya kepada Allah. Oleh itu, haruslah kita mengetahui bagaimana kita hendak mengisi setiap usaha dan ikhtiar kita agar ia menjadi ibadah kita kepada Allah SWT.

Ibadah terbahagi kepada tiga: pertama ibadah asas, kedua ialah ibadah furu' (cabang) yakni amalan-amalan utama dan yang ketiga ialah ibadah umum.

Ibadah asas ialah ibadah utama dan penting. Termasuk di dalamnya ialah keenam-enam rukun iman dan kelima-lima rukun Islam. Hukumnya fardhu ain yakni tiap-tiap orang wajib meyakini dan beramal dengannya. Tanpa ibadah asas seseorang itu tidak beriman (kafir).

Ibadah cabang atau ibadah furu' ialah yang berkaitan dengan fardhailull a'mal (amalan utama). Di antaranya seperti sembahyang dhuha, sembahyang witir, sembahyang tahajjud, zikir yang tertentu dan lain-lainnya.

Manakala ibadah umum termasuklah semua kegiatan hidup kita yang kita lakukan setiap hari. Bermula dari kita mengatur diri, anak isteri, rumahtangga, kampung halaman hinggalah kepada soal-soal pendidikan, ekonomi, masyarakat, politik, persoalan dalam dan luar negeri.

Kalaulah semua dapat kita aturkan sebagaimana yang Allah SWT kehendaki maka ia akan jadi ibadah yakni kita akan diberi pahala. Sebaliknya kalau kita cuai mengatur hidup kita tidak mengikut syariat, maka rugilah kita.

Kita hanya dapat pahala dari sembahyang, puasa, zakat, haji, zikir, wirid (fadhailull a'mal) tapi tidak pernah mengutip pahala dari amalan-amalan yang lebih banyak kita buat tiap-tiap hari itu.

Sebenarnya apa saja kerja yang kita lakukan untuk jadi ibadah, ia mesti menempuh lima syarat.

Apabila setiap kerja kita, yang kita lakukan menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri kita kepada Allah SWT.

Syarat itu ialah: 1. Niat mesti betul, 2. Perkara yang dibuat sah/ halal ikut syariat, 3. Perlaksanaan mesti betul, 4. Natijah mesti betul, 5. Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas).

Supaya lebih difahami saya akan buat satu tamsilan atau ibarat bagaimana sesuatu kerja itu boleh jadi ibadah. Kalau faham tamsil ini, maka ribuan kerja lain boleh dikiaskan supaya jadi ibadah. Untuk tamsil ini, saya pilih bidang perniagaan sesuai dengan selera masyarakat kita yang sedang sibuk berjuang untuk meninggikan taraf ekonomi melalui bidang ini.

Perniagaan itu luas. Jadi saya bincang tentang berniaga kedai runcit, bagaimana perniagaan itu boleh jadi ibadah.

1. Niat berniaga mesti betul. Misalnya hatinya berkata begini, "Di tempat ini ramai umat Islam, tapi satu pun tak ada kedai runcit. Ini hal fardhu kifayah. Kalau tak selesai ertinya semua umat Islam di sini menanggung dosa. Kalau begitu aku nak buka kedai runcit." Itu adalah niat yang betul. Yang tidak betul apabila hatinya berkata, "Aku nak berniaga supaya untung. Bila untung, aku nak 'ekyen'." Mana boleh niat nak sombong (eksyen). Itu niat tak betul.

2. Perkara yang diniagakan sah atau halal menurut Islam seperti gula, garam, asam, kicap dan keperluan-keperluan lain. Barang-barang yang tidak boleh jual ialah todi, "anchor beer", "tiger beer", dadah, tiket loteri, rokok dan lain-lain.

3. Perlaksanaan atau pengendalian kedai hendaklah dijalankan mengikut syariat. Timbangan mesti betul, sukatannya pun betul, tidak ada penipuan dan tidak ada unsur-unsur riba.

4. Natijah mesti betul. Hasil keuntungan mestilah disalurkan kepada kehendak syariat. Bila mendapat untung, cukup haul maka keluarkan zakat. Bantu fakir miskin, derma masjid dan surau, korban untuk jihad fisabilillah dan sebagainya. Natijah yang tidak betul ialah digunakan keuntungan dari perniagaan itu ke meja judi, ke tempat-tempat disko, kelab-kelab malam, ke tempat pelesiran dan lain-lain lagi.

5. Berniaga jangan sampai tidak sembahyang. Mentang-mentang hendak menegakkan fardhu kifayah, fardhu ain tak payah. Mana boleh fardhu ain tak payah. Ia lebih utama daripada fardhu kifayah. Ertinya fardhu ain lebih utama dari fardhu kifayah. Orang yang berniaga tapi tak sembahyang, tidak akan dapat pahala apa-apa. Perniagaan yang diaturkan oleh orang-orang yang tak sembahyang tidak diterima sebagai ibadah di sisi Allah.

Sebaliknya, seorang yang berniaga mengikut syariat dengan menunaikan kelima-lima syarat itu dianggap ia telah berbakti, beribadah dan mengabdikan diri ke pada Allah SWT.Kalau 10 jam dia berniaga, maka 10 jam pulalah dia dalam beribadah. Yakni 10 jam dia diberi pahala.

Kalaulah dalam masa yang sama, ada seorang lain yang beriktikaf di masjid, sembahyang sunat, membaca Al-Quran, berzikir, berwirid, maka di sisi Allah si peniaga itu adalah lebih baik daripada orang yang beriktikaf itu. Kerana orang berniaga tidak boleh menyesal atau rasa bersalah disebabkan dia berkedai, maka dia tidak dapat beriktikaf.

Sebab orang yang di dalam masjid dia beramal untuk dirinya sedangkan orang yang berkedai itu berkhidmat untuk orang lain. Islam memandang mulia kepada orang yang berbuat amal untuk masyarakat.

Sabda baginda SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak manfaatnya pada manusia."

Daripada contoh usaha/ ikhtiar yang menempuh 5 syarat ini, maka bolehlah kita kiaskan dengan lain-lain usaha ikhtiar kita; seperti menyusun rumahtangga, berpendidikan, berpolitik, berjuang dan berjihad dan lain-lainnya.

Di situ nanti kita akan dapat menilai yang mana kalau seluruhnya tidak menempuh 5 syarat, maka ia tidak menjadi ibadah.

Wallahu a'lam.

July 25, 2006

Berpuasa di Bulan Rejab

Imam al-Nawawi (rahimahullah) menyebut:

“Tiada larangan dan tiada juga galakkan berhubung dengan bulan Rejab itu sendiri, walau bagaimanapun:

• berasaskan bahawa pada prinsipnya berpuasa itu sendiri merupakan suatu amalan yangdipuji, dan
• di dalam Sunan Abu Dawud, Rasulullah telah menggalakkan berpuasa di bulan-bulanHaram, dan bulan Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan Haram.

Hadith Berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab

[1] `Uthman ibn Hakim al-Ansari berkata: "Aku bertanya Said ibn Jubair berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, dan kami sedang berada di bulan Rejab, dan beliau berkata:

“Aku mendengar Ibn ‘Abbas berkata: “Rasulullah pernah berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak akan berbuka sama sekali, dan beliau juga [ada ketikanya] tidak berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak berpuasa sama sekali”.

[Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud dalam Kitab al-sawm, dalam bab berpuasa di bulan selain dari bulan Ramadhan, dan berpuasa di bulan Rejab]

Imam Nawawi seterusnya berkata bahawa:

"Berdasarkan hadith Said ibn Jubair dari Ibn `Abbas itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa berpuasa di bulan Rejab itu sendiri tidaklah dilarang dan tidaklah juga digalakkan secara khususnya, namun, ianya tertakluk kepada kaedah sepertimana berpuasa di bulan-bulan lain".

"Tiada dalil khusus yang mensabitkan secara nyata bahawa berpuasa di bulan Rejab itu dilarang mahupun digalakkan, namun berdasarkan prinsip bahawa berpuasa itu sendiri merupakan amalan perbuatan yang digalakkan dan di dalam Sunan Abu Dawud (*) menyebut bahawa Rasulullah telah menjadikan berpuasa di bulan-bulan Haram adalah amalan terpuji, maka bulan Rejab yang merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram, berpuasa di bulannya turut digalakkan. Wallahu alam.”

[Imam Nawawi, Sharh Sahih Muslim Kitab 13 Bab 34 #179]

(*) Di dalam Sunan Abu Dawud pada Kitab al-Siyam, pada Bab “Berpuasa di bulan-bulan Haram”, juga di dalam Ibn Majah dan Ahmad, di mana hadis seorang lelaki yang mengulangi kata-katanya kepada Rasulullah : "Aku boleh menanggung lebih dari itu," dan Rasulullah akhirnya bersabda:

"Berpuasalah di bulan-bulan Haram."

Ianya juga sabit bahawa Ibn `Umar berpuasa di bulan-bulan Haram.

[Lihat Musannaf `Abd al-Razzaq 4:293, Musannaf Ibn Abi Shayba 1:125]

[2] Abdullah, seorang hamba yang dibebaskan oleh Asma’, anak perempuan kepada Saidina Abu Bakar al-Siddiq, merupakan bapa saudara kepada anak ‘Ata melaporkan bahawa "Asma' telah mengutusku kepada Abdullah ibn `Umar dan berkata: "Telah sampai kepadaku bahawa kau mengharamkan tiga perkara: jubah berjalur, kain pelana diperbuat dari sutera merah dan berpuasa penuh di bulan Rejab.”

Abdullah menjawab: "Adapun berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, bagaimana pula kiranya seseorang itu berpuasa sepanjang waktu? Adapun berhubung dengan pakaian berjalur, aku mendengar `Umar ibn al-Khattab berkara bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang memakai pakaian diperbuat dari sutera, tiada baginya saham buatnya di Hari Akhirat kelak." Dan aku khuatir jalur juga termasuk sebahagian darinya".

"Adapun berhubung dengan kain pelana merah, nah! ini adalah kain pelana Abdullah dan ianya adalah merah. Aku kembali kepada Asma’ dan memaklumkan kepada beliau, lalu beliau berkata: "Nah! Ini adalah jubah Rasulullah ," dan beliau keluarkan dan tunjukkan kepadaku jubah yang diperbuat dari kain Parsi dengan dihiasi dari jalur-jalur sutera, dengan bahagian hujung tangan jubah itu juga dihiasi sutera dan berkata: "Ini adalah jubah Rasulullah bersama `Aishah sehingga beliau ('Aishah) meninggal dunia, kemudiannya aku memilikinya. Rasulullah pernah memakainya dan kami membasuhnya kepada orang sakit supaya mereka dapatdisembuhkan dengan sebabnya."

[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab al-Libas]

Imam Nawawi seterusnya berkata: "`Jawapan Ibn Umar di atas berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab itu adalah merupakan penafian beliau terhadap apa yang didengari oleh Asma’ kononnya beliau mengharamkannya, dan penegasan beliau bahawa beliau berpuasa penuh di bulan Rejab dan juga berpuasa sepanjang waktu, kecuali pada Hari Raya dan Tashriq. Ini adalah mazhab beliau dan mazhab bapanya, Saidina`Umar ibn al-Khattab, `Aisyah, Abu Talhah, dan lain-lain di kalangan Salaf, begitu juga Imam Shafi`e dan lain-lain. Pendirian mereka ialah puasa secara berterusan itu bukan sesuatu yang makruh.

[Pandangan lain Ibn ‘Umar melalui hadith diriwayatkan Ahmad di dalam kitabnya "al-Mughni" 3:167, di mana beliau tidak menggalakkan berpuasa sepenuhnya di bulan Rejab, tetapi berkata:“Berpuasalah sebahagiannya, dan berbukalah sebahagiannya.”]

* * * * *

Imam Nawawi seterusnya menambah: "Hadith ini adalah dalil bahawa digalakkan mengambil berkat dari barang peninggalan dan pakaian para solehin. (wa fi hadha al-hadith dalil `ala istihbab al-tabarruk bi āthār al-salihīn wa thiyābihim)."

[Sharh sahih Muslim Kitab 37 Bab 2 #10]

[3] Bayhaqi meriwayatkan dalam Shu`ab al-iman (#3802):

Abu Abdallah al-Hafiz dan Abu Muhammad ibn Abi Hamid al-Muqri telah berkata:

dari Abu al-`Abbas al-Asamm,
dari Ibrahim ibn Sulayman al-Barlisi,
dari Abdallah ibn Yusuf,
dari`Amer ibn Shibl,
yang berkata: "Aku mendengar Abu Qilabah berkata:

"Di sana ada suatu tempat di Syurga untuk mereka yang berpuasa di bulan Rejab.”

Imam Bayhaqi seterusnya menambah: "Walaupun ianya mawquf setakat Abu Qilabah (tidak sampai kepada Rasulullah), yang merupakan salah seorang Tabi’in, dia sesungguhnyya tidak mengucapkan sedemikian itu melainkan pernah mendengarnya dari orang yang pernah mendengar orang yang diturunkan kepadanya wahyu (iaitu Rasulullah ), dan kejayaan itu adalah dari Allah jua."

Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah , kaum keluarga Baginda dan para Sahabat Baginda.

GF Haddad ©

-Siap diterjemahkan dengan izin Sheikh Gibril Fuoad Haddad oleh Abu Afaf pada hari ini, 27/07/2006, bersamaan 2 Rejab 1427 di Edinburgh, Scotland-

[Sumber: http://www.abim.org.my/]

December 27, 2005

Mencari Jiwa Yang Tenang

Bagaimanakah mencari ketenangan jiwa? Ada orang menonton wayang, merokok, mengambil dadah atau berkunjung ke pusat hiburan.

Begitukah cara yang sesuai? Cara begini mungkin boleh menenangkan jiwa untuk seketika tetapi kemudian hati bercelaru semula. Ia bukan cara menenangkan jiwa yang abadi!

Syarat bagi ketenangan hati adalah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu dengan iman seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia." [Surah Al-Ra'ad: 28]

Orang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubungan dengan Allah SWT; melaksanakan perintah-Nya, kewajipan, melakukan perkara sunat seperti zikir, puasa dan sedekah.

Mereka terhibur dengan kehidupan yang dicorakkan Allah, sentiasa bersangka baik dengan Allah dan membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat, mereka terhibur lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka juga terhibur lalu bersabar.

Orang beriman yakin dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

"(Katakanlah wahai orang yang beriman: "Agama Islam yang kami telah sebati dengannya adalah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain dari Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat." [Surah Al-Baqarah: 138]

Wallahu'alam.