Showing posts with label pemakanan. Show all posts
Showing posts with label pemakanan. Show all posts

August 22, 2007

Jus untuk Penyakit Reumatik & Gout

JUS UNTUK PENYAKIT REUMATIK[A] JUS LOBAK
Bahan2:
200 gm lobak merah

Cara Penyediaan:
Lobak merah dibersihkan, dipotong kecil-kecil dan dikisar sehingga dapat menyediakan segelas jus lobak merah.

Penggunaan:
Pesakit Reumatik digalakkan mengamalkan jus ini 2x sehari di waktu pagi dan petang.
[B] JUS AVOKADO
Bahan2:
100 gm avokado masak dan air atau air kacang soya secukupnya.

Cara Penyediaan:
Avokado dibersihkan, bijinya dibuang, isi buah dipotong dadu dan dikisar. Masukkan sedikit air atau air kacang soya sedikit demi sedikit sewaktu buah avokado dikisar.

Penggunaan:
Diminum sehari sekali pada waktu siang atau malam. Selain untuk masalah reumatik, jus ini juga boleh mengubati atau mengurangkan bahagian yang kerap mengalami kesakitan.
[C] JUS BETIK
Bahan2:
100 gm buah betik masak dan air

Cara Penyediaan:
Buangkan kulit buah betik, bersihkan dan potong mengikut citarasa sendiri. Kisarkan bersama dengan air yang secukupnya.

Penggunaan:
Boleh diminum sehari sekali pada waktu pagi atau petang. Diamalkan hanya sekali sahaja.

[D] JUS TOMATO

Bahan2:
50 - 100 gm tomato

Cara Penyediaan:
Tomato dibersihkan sebelum dipotong dadu dan dikisar.

Penggunaan:
Minum sekali sehari sahaja, 2 - 3 jam selepas makan. Sesuai diamalkan oleh pesakit yang kerap mengalami sakit pada bahagian perut.
[E] JUS SELERI
Bahan2:
3 – 4 batang daun seleri (anggaran 30 cm)

Cara Penyediaan:
Daun seleri dibersihkan, dipotong kecil kemudian dikisar.

Penggunaan:
Minum sekali sehari, 2 – 3 jam selepas makan.

JUS UNTUK PENYAKIT GOUT
[A] JUS BUAH ASAM

Bahan2:
100 gm buah asam dan 50 ml air

Cara Penyediaan:
Buah asam dikupas dan bijinya dibuang. Kemudian dikisar dan dicampurkan dengan air. Bagi mengurangkan rasa masam, campurkan sedikit madu di dalam jus tersebut.

Penggunaan:
Jus ini hanya diminum sehari sekali sahaja, 2 – 3 jam selepas makan pagi atau petang.
[B] JUS TEMBIKAI
Bahan2:
200 gm buah tembikai

Cara Penyediaan:
Buah tembikai dipotong dan bijinya dibuang. Kemudian dikisar.

Penggunaan:
Minum sehari sekali, 2 – 3 jam selepas makan petang atau malam.
[C] JUS OREN
Bahan2:
100 gm buah oren

Cara Penyediaan:
Buah oren dipotong, dibuang bijinya kemudian dikisar sehingga hancur.

Penggunaan:
Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau malam.
[D] JUS MANGGA
Bahan2:
50 gm buah mangga dan 50 ml air.

Cara Penyediaan:
Mangga dikupas, dibuang bijinya dan dipotong dadu. Kemudian kisar bersama air yang dimasukkan sedikit demi sedikit.

Penggunaan:
Diminum sekali sehari di waktu pagi atau tengahari (2 – 3 jam setelah makan).

[E] JUS PISANG EMBUN

Bahan2:
100 – 125 gm pisang embun

Cara Penyediaan:
Kulit pisang embun dibuang, kemudian dikisar isinya.

Penggunaan:
Minum sekali sehari, 2 jam selepas makan malam.
[F] JUS EPAL
Bahan2:
100 gm epal dan 50 ml air.

Cara Penyediaan:
Buah epal dibersihkan, dibuang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan tambahkan air sedikit demi sedikit.

Penggunaan:
Diminum sehari sekali selepas makan malam.

[G] JUS JAMBU BATU

Bahan2:
100 gm jambu batu dan 50 ml air.

Cara Penyediaan:
Buah jambu batu dibersihkan dan dibuang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan lembut.

Penggunaan:
Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau tengahari atau malam.
[H] JUS BETIK
Bahan2:
125 gm buah betik

Cara Penyediaan:
Buah betik dikupas, dibuang bijinya, dipotong dadu dan dikisar.

Penggunaan:

Minum sehari sekali, pada waktu siang atau malam (2 – 3 jam selepas makan).


Wallahu a'lam.


[SUMBER: Terapi Jus untuk Mengatasi Penyakit Reumatik dan Gout, oleh Dr. Prapti Utami dan Syahira Sharbani]


May 11, 2007

Resipi Diet

[1] AYAM PANGGANG

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
100 gm halia – dihiris [A]
100 gm bawang putih – dihiris [A]
100 gm bawang merah – dihiris [A]
100 ml kicap manis
Garam & gula pasir secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Ayam dibuang perut dan dibersihkan. Jangan dipotong.
b) Gaulkan ayam dengan bahan A, kicap manis, garam dan gula pasir hingga rata. Perapkan semalaman dalam peti sejuk.
c) Keluarkan ayam dari peti sejuk. Tuangkan lebihan bahan perap ke dalam perut ayam. Tutup perut ayam dengan besi atau lidi penyucuk.
d) Panggang ayam dalam ketuhar selama 1 jam pada suhu 200 darjah C.
e) Keluarkan bahan perap dari perut ayam dengan menggunakan garpu. Potong ayam nipis-nipis sebelum dihidangkan.


[2] IKAN PANGGANG HALIA

Bahan-bahan:

2 potong ikan tenggiri – dibersihkan
½ sudu teh cuka
¼ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan hiris [A]:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia muda

Cara menyediakan:
a) Lumurkan garam, serbuk kunyit dan cuka pada ikan. Biarkan selama 30 minit.
b) Panggang ikan di atas bara api atau menggunakan ketuhar [di bawah grill] hingga masak. Letakkan di atas pinggan.
c) Panaskan minyak masak. Tumis bahan A hingga wangi.
d) Taburkan di atas ikan dan hidangkan.


[3] KACANG PANGGANG DAGING

Bahan-bahan:


1 tin kacang panggang
2 sudu makan marjerin rendah lemak
1 sudu makan krim masam rendah lemak
200 gm daging lembu – dihiris nipis

Cara menyediakan:
a) Panaskan kuali dan cairkan satu sudu makan marjerin.
b) Masukkan kacang panggang dan dikacau rata. Angkat.
c) Panaskan lebihan marjerin dan masukkan daging. Goreng hingga daging masak.
d) Hidangkan kacang panggang dan daging ke dalam pinggan. Bubuh sedikit krim masam.


[4] SUP MANGGA AYAM

Bahan-bahan:

½ ekor ayam – dibersihkan
1 biji mangga muda – dihiris
1 biji tomato – dibelah 4
2 sudu makan jus limau
2 helai daun selasih
Garam secukup rasa

Bahan-bahan [A]:
800 ml air
2 biji bawang besar – dihiris halus
6 ulas bawang putih – dihiris halus
3 sm lengkuas – dihiris halus
3 sm halia – dihiris halus
5 biji cili padi – diketuk
1 helai daun limau purut

Cara menyediakan:
a) Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk. Rebus hingga mendidih.
b) Masukkan ayam, jus limau, daun selasih dan mangga ke dalam periuk tadi. Kacau rata dan tambahkan garam.
c) Masukkan buah tomato. Biarkan mendidih selama 10 minit lagi.
d) Tutup api dan hidangkan.


[5] PATIN KUKUS BUAH KELUBI

Bahan-bahan:

800 gm ikan patin
1 sudu makan asam jawa
1 biji bawang besar – dihiris
5 tangkai daun ketumbar – dihiris
8 biji buah kelubi
30 gm bawang putih – dikisar [A]
30 gm cili padi – dikisar [A]
2 sudu teh gula pasir
2 sudu teh minyak jagung
2 sudu teh sos ikan
125 ml air
60 ml jus limau nipis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Ikan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan hanyirnya. Bilas dengan air hingga bersih. Toskan.
b) Panaskan minyak jagung ke dalam kuali. Tumis bahan A hingga wangi.
c) Masukkan air, jus limau, sos ikan, buah kelubi, garam dan gula pasir. Apabila mendidih, tutup api. Biarkan sos sejuk.
d) Letakkan ikan ke dalam pinggan tahan panas. Taburkan bawang hiris dan daun ketumbar. Kukus hingga masak.
e) Apabila menghidang, tuangkan sos di atas ikan.


[6] PASTA SALAD

Bahan-bahan:

400 gm makaroni
20 gm buah zaitun hitam
3 ketul sosej – dihiris & digoreng
2 ulas bawang putih – diketuk
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan sos cili
1 biji cili benggala merah – dipotong kecil
1 biji cili benggala hijau – dipotong kecil
1 biji tomato – dipotong kecil
Sedikit daun parsli & daun bawang
Garam dan air secukupnya

Cara menyediakan:
a) Didihkan air dalam periuk. Masukkan separuh minyak zaitun dan celurkan makaroni hingga lembut. Toskan.
b) Panaskan baki minyak jagung dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
c) Masukkan kesemua bahan kecuali makaroni. Kacau rata dan masak lagi selama 2 minit.
d) Masukkan makaroni. Gaul hingga rata. Angkat dan hidangkan.


[7] SALAD ASIA

Bahan-bahan:

2 biji mangga muda
1 biji timun
1 biji nenas
1 biji bawang besar
4 biji limau kasturi – ambil jusnya
2 biji cili merah
4 sudu makan udang kering
3 sudu makan cuka
1 sudu makan gula pasir
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
Sedikit air

Cara menyediakan:

a) Timun, nenas dan mangga dipotong dadu. Bawang besar dan cili merah dihiris halus. Udang kering digoreng tanpa minyak hingga wangi.
b) Masukkan cili merah, udang kering, jus limau kasturi dan cuka ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur. Jika perlu, tambah sedikit air.
c) Satukan gula, serbuk pati ikan bilis, timun, nenas, mangga dan bawang besar ke dalam mangkuk. Tuangkan bahan yang dikisar tadi. Gaul hingga rata. Hidangkan.


[8] KERABU PEGAGA

Bahan-bahan:

120 gm kelapa parut
100 gm ikan bilis – dibersihkan
2 ikat daun pegaga
1 ikat daun cekur – dihiris
3 biji cili merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu teh gula pasir
2 biji limau nipis – ambil jusnya
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Tumbuk ikan bilis, cili merah, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.
b) Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi hingga sebati.
c) Goreng bahan tadi tanpa minyak hingga wangi. Bubuh dalam mangkuk.
d) Masukkan daun pegaga, daun cekur, garam dan gula pasir. Tuangkan jus limau dan gaul hingga rata. Hidangkan.


[9] TAUHU SUMBAT

Bahan-bahan:

10 keping tauhu goreng
½ biji buah betik
1 biji tomato
50 gm kacang panjang
30 gm gajus – dikisar
30 gm kacang tanah – dikisar

Bahan perencah:
10 biji cili padi - dikisar
4 ulas bawang putih – dikisar
Sedikit udang kering – dikisar
2 biji limau nipis – ambil jusnya
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Betik dibuang kulit dan disagat. Tauhu dibelah 2. Tomato dibuang biji dan kacang panjang dihiris kecil.
b) Satukan bahan perencah dan kacau hingga sebati.
c) Gaulkan kacang, tomato, betik, kacang tanah dan gajus dengan perencah hingga rata.
d) Sumbatkan inti ini ke dalam tauhu. Hidangkan.


[10] PUDING MANGGA

Bahan-bahan:

4 biji mangga – dibuang kulit dan dipotong nipis
300 gm puri mangga
300 gm gula pasir
300 ml air
300 ml susu rendah lemak
150 gm krim putar rendah lemak
35 gm gelatin halal

Cara menyediakan:
a) Campurkan serbuk gelatin, gula pasir dan air dalam periuk. Jerangkan hingga larut.
b) Masukkan puri mangga, susu dan krim putar. Gaul hingga adunan rata.
c) Jerang lagi sambil dikacau hingga pekat.
d) Tuang ke dalam acuan dan sejukkan. Hias dengan hirisan mangga.



[Sumber: Variasi Sajian Sihat]

February 14, 2007

Antioksidan

UNSUR ANTIOKSIDAN

  1. Polifenol - Polifenol, Alfa-Tokoferol, Asid Fenolat
  2. Bioflavonoid - Bioflavonoid, Flavon, Flavonol
  3. Vitamin C - Asid Askorbik
  4. Vitamin E - Tokoferol
  5. Karotenoid - Beta-Karotin, Alfa-Karotin
  6. Katekin - Epigalatekin
  7. Resveratol - Trans-Resveratol
  8. Asid Folik
SUMBER ANTIOKSIDAN
[a] Sayur-Sayuran

  • Brokoli
  • Kubis Bunga
  • Lobak Putih
  • Lobak Merah
  • Tomato
  • Bayam
  • Cili
  • Kacang Buncis
  • Peria
  • Leunca
  • Jagung
  • Kangkung
  • Terung Pipit
  • Timun
[b] Buah-Buahan
  • Anggur
  • Avokado
  • Limau [Limau Manis/Purut/Sitrus]
  • Kiwi
  • Tembikai
  • Markisa
  • Epal
  • Belimbing
  • Betik
  • Kelapa
[c] Rempah
  • Halia
  • Temulawak
  • Kunyit
  • Lengkuas
  • Temupauh
  • Temuputih
  • Cekur
  • Kapulaga
  • Bonglai Putih
  • Temugiring
  • Lada
  • Cengkih
  • Pala
  • Asam Jawa
  • Asam Kandis
[d] Herba
  • Billberry
  • Bawang Putih
  • Gingko Biloba
  • Ginseng Asia
  • Ekstrak Biji Anggur
  • Teh Hijau
  • Kulit Pokok Pain
[e] Lain-lain
  • Teh
  • Ubi Keledek
  • Kacang Soya
  • Kentang
  • Kepayang
  • Labu
  • Petai Belalang
  • Pecah Beling
  • Mengkudu
[Sumber: Tanaman Berkhasiat Antioksidan oleh Hermani & Mono Rahardjo, Khairunasikin Alias]
---------------------------------------------------------------------
ANTIOXIDANT

The Body’s Antioxidant Enzyme System

  • Superoxide Dismutase [SOD]
  • Glutathione Peroxidase [GP]
Antioxidant Vitamins
  • Beta-Carotene
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Garlic
  • Milk Thistle
  • Gingko Biloba
  • Coenzyme Q10
  • Glutathione
  • Lipoic Acid
[Source: Antioxidants by Dr Bruce Miller]

October 05, 2006

Pemakanan ketika Berpantang

Makanan ketika dalam pantang untuk meningkatkan tenaga

Kehidupan dengan bayi baru lahir adalah memenatkan. Adalah agak sukar untuk mendapatkan rehat dan senaman yang mencukupi. Dan juga sukar untuk makan dengan baik.

Tetapi adalah penting untuk anda menjaga diri anda. Pilihlah makanan yang sihat dan ikutilah strategi-strategi pemakanan yang mudah membantu anda bertenaga sepanjang masa.

Mulakan dengan diet yang seimbang. Minum air yang banyak dan cuba cari masa untuk duduk dan makan. Berikut adalah strategi-strategi untuk meningkatkan tenaga anda dari makanan anda :

Mulakan sarapan pagi anda dengan makanan berprotein seperti telur dan yogurt dan karbohidrat yang kompleks seperti roti 'whole wheat' dan bijiran adalah pilihan sarapan yang baik berbanding karbohidrat yang mudah atau gula.

Untuk sarapan yang baik, makanlah yogurt, semangkuk oatmeal atau bijiran penuh serat atau ‘scrambled eggs’ dengan roti bakar 'whole wheat'.

Karbohidrat yang mudah menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat dan kemudian menurun mendadak, menjadikan anda berasa mengantuk.

Karbohidrat yang kompleks memberikan anda tenaga yang lebih dan menyebabkan anda lebih kenyang kerana ianya mengambil masa yang lama untuk hadam dan memberi lebih khasiat dalam bentuk vitamin dan mineral.

Sarapan yang tinggi protein dan karbohidrat kompleks adalah penting tetapi kebanyakan orang melakukan yang sebaliknya.

Tukarkan cara pemakanan dari 3 kali makanan yang berat kepada 5 kali makanan yang lebih ringan sepanjang hari untuk meningkatkan tenaga anda. Ini menetapkan tahap tenaga anda pada tahap yang sama sepanjang hari berbanding turun naik di antara kenyang dan lapar.

Tiada siapa yang suka memakai semula pakaian mengandung selepas kelahiran bayi. Walaupun anda mungkin kecewa dengan penurunan berat badan yang perlahan ketika dalam pantang, ia bukan masa yang sesuai untuk mengelak daripada makan atau memotong secara mendadak kalori yang diambil. Ianya adalah masa untuk mendapatkan semula kekuatan daripada risaukan masalah berat badan.

Apabila bekalan susu sudah stabil dan anda telah pulih sepenuhnya dari mengandung dan bersalin; dan anda telah diberi kebenaran oleh healthcare provider, bolehlah anda mula menurunkan berat badan anda perlahan-lahan.

Bagi ibu yang menyusu anak, kehilangan berat badan yang terlalu cepat boleh melepaskan toksin yang tersimpan dalam lemak badan ke susu badan.

Dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin, kekurangan air akan menyebabkan kepenatan dan mengantuk yang anda alami semakin teruk. Oleh itu, minum air dengan banyak dan ini boleh mengekalkan tenaga.

Jika anda menyusu badan, beberapa minggu pertama akan menjadikan anda amat dahaga. Jadi, pastikan anda minum dengan banyak.

Adalah lebih mudah untuk meminum kopi apabila anda kepenatan atau mengambil cokelat ketika anda lapar untuk mendapatkan tenaga dengan segera.

Tetapi berhati-hati. Bergantung kepada minuman berkafein atau makanan bergula, boleh memberi anda tenaga dengan cepat tetapi selepas itu anda akan menjadi lebih penat dari sebelumnya.

Seperti yang diterangkan di atas, karbohidrat kompleks seperti roti whole grain, kekacang dan sayuran atau protein seperti daging, telur, makanan asas soya akan menetapkan tahap gula yang lebih stabil.

[Credit : mybengkung.com]

April 14, 2006

Jika Makanan Jadi Penyakit

Penyakit yang singgah di tubuh manusia biasanya berkait rapat dengan makanan yang disuap. Makanan bukan sekadar mengenyangkan perut tetapi boleh juga menjadi racun seandainya tidak dikawal dengan baik.

Sebuah riwayat menceritakan bahawa Raja Negus menghantarkan seorang tabib (doktor) untuk berkhidmat kepada Rasulullah SAW.

Ketika menerima kedatangan tabib berkenaan, Rasulullah SAW memberitahunya bahawa baginda dan para sahabat sangat menjaga perut kerana perut adalah wadah pelbagai penyakit.

Kata-kata Rasulullah SAW itu ada kaitannya dengan firman Allah SWT lewat Surah An-Nahl: 114 yang bermaksud:

"Oleh itu, makanlah (wahai orang yang beriman) daripada apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu daripada benda halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata".

Ulama terkenal, Dr Yusof Al-Qaradhawi juga pernah menyatakan, jika perut itu sarang kepada penyakit, maka melaparkan perut adalah raja bagi segala ubat.

Maksud ulama ini mungkin lebih tepat jika dikaitkan dengan ibadah puasa yang dilakukan oleh umat Islam. Dalam pada itu, bukan bermakna kita terbatas untuk makan, tetapi seelok-eloknya kawal pengambilan makanan agar tubuh segar dan seimbang.

Tubuh yang sihat dibentuk oleh makanan yang berkhasiat. Begitu juga rohani yang bersih turut berpunca daripada makanan yang berkhasiat.

Wallahu a'lam.

[Copyright Controlled]

April 05, 2006

Brokoli Sesuai untuk Wanita

Untungnya anda yang menggemari sayuran hijau ini.

Brokoli amat penting untuk wanita. Ia mampu membuang lebihan estrogen berbahaya yang berpotensi menyebabkan kanser.

Bagi penderita kencing manis pula, brokoli membantu melonjakkan kadar gula dalam darah kerana kandungan mikromineral kromiumnya yang tinggi.

Bagi penghidap penyakit ini, amalan pengambilan brokoli dalam diet harian begitu disarankan untuk mengawal pemakanan dan kesihatan yang berkekalan.

Wallahu 'alam.

[Copyright Controlled]

October 27, 2005

Tip Sihat Sepanjang Berpuasa

[1] Kurangkan makanan yang masin terutama telur masin dan ikan masin. Walaupun makanan jenis ini membangkitkan selera namun ia menyebabkan tubuh kehilangan air. Anda akan mudah berasa dahaga di waktu siang hari.
[2] Ambil makanan yang lambat dihadam dan mengenyangkan. Pastikan ia mengandungi serat yang tinggi. Anda perlu tahu bahawa makanan yang lambat dihadamkan akan berada dalam sistem penghadaman kira-kira 8 jam lamanya.
[3] Jangan makan bersulamkan air. Ini kerana ianya akan menyebabkan anda cepat kenyang dan makan dalam jumlah yang sedikit.
[4] Anda juga perlu tahu bahawa suasana juga turut mempengaruhi selera makan sewaktu bersahur. Makanlah secara beramai-ramai sama ada bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Cuba elakkan daripada makan secara berseorangan.
[5] Elakkan makanan yang dipanaskan semula kerana zat di dalamnya akan musnah. Sebaiknya, hidangkan makanan yang baru bagi menjamin kesegarannya.
[6] Akhiri sahur dengan segelas susu kerana ia akan membekalkan tenaga pada keesokannya.
Wallahu'alam.

October 26, 2005

Makanan Disarankan Ketika Sahur

Ketika bersahur adalah disarankan untuk mengambil makanan daripada jenis yang lambat hadam. Tujuannya agar tenaga tidak cepat hilang dan secara tidak langsung badan tidak mudah letih dalam jangkamasa yang panjang. Paling maksimum ialah selama 8 jam.
Contoh makanan yang disarankan termasuklah :
  • Bijirin atau biji-bijian seperti biji barli
  • Gandum
  • Oat
  • Kekacang
  • Secawan susu
  • Salad yang dicampurkan dengan 2 sudu kecil minyak jagung
  • 2 keping roti
  • Epal yang dibuang kulit
  • Teh atau kopi yang ditambah dengan 2 sudu kecil gula
Wallahu'alam.

October 25, 2005

Makanan Berkhasiat Sepanjang Berpuasa

  • Roti, bijirin, biji-bijian seperti beras, jagung dan gandum.
  • Susu, produk tenusu yang lain, mentega dan telur.
  • Ikan.
  • Daging atau ayam.
  • kekacang.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan.
Memakan buah-buahan selepas berbuka amat disarankan dan amalan berpuasa akan menjadi bertambah mudah. Ia berhubung kait dengan diet normal anda.
Wallahu'alam.

October 24, 2005

Aturan Bersahur Yang Betul

Untuk mendapatkan bekalan tenaga sepanjang hari, anda perlukan hidangan yang merangkumi makanan tinggi protein serta kalori yang mencukupi. Dengan demikian, rasa lapar tidak akan terasa.

Contoh makanan yang kaya dengan protein dan kalori adalah nasi, telur, ikan, rendang juga sayur-sayuran.

Ketika berpuasa kadar gula di dalam darah adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan waktu tidak berpuasa. Sedangkan kita semua tahu bahawa gula merupakan sumber tenaga yang paling cepat digunakan.

Kandungan gula inilah yang diperlukan sewaktu berbuka puasa. Namun begitu, pengambilannya tidak boleh berlebihan. Ia hanya akan membantutkan selera makan anda.

Wallahu'alam.

June 19, 2005

20 Foods Most Apt To Aggravate Arthritis

Here are the foods that provoked rheumatoid arhtritis symptoms in the greatest percentages of patients, according to a recent study by British authority, L Gail Darlington. Corn and wheat were the worst culprits, triggering symptoms in more than half of those tested.

1. Corn 56%
2. Wheat 54%
3. Bac*n/P*rk 39%
4. Oranges 39%
5. Milk 37%
6. Oats 37%
7. Rye 34%
8. Eggs 32%
9. Beef 32%
10.Coffee 32%
11.Malt 27%
12.Cheese 24%
13.Grapefruit 24%
14.Tomato 22%
15.Peanuts 20%
16.Sugar (cane) 20%
17.Butter 17%
18.Lamb 17%
19.Lemon 17%
20.Soya 17%


Wallahu'alam.