Makanan ketika dalam pantang untuk meningkatkan tenaga
Kehidupan dengan bayi baru lahir adalah memenatkan. Adalah agak sukar untuk mendapatkan rehat dan senaman yang mencukupi. Dan juga sukar untuk makan dengan baik.
Tetapi adalah penting untuk anda menjaga diri anda. Pilihlah makanan yang sihat dan ikutilah strategi-strategi pemakanan yang mudah membantu anda bertenaga sepanjang masa.
Mulakan dengan diet yang seimbang. Minum air yang banyak dan cuba cari masa untuk duduk dan makan. Berikut adalah strategi-strategi untuk meningkatkan tenaga anda dari makanan anda :
Mulakan sarapan pagi anda dengan makanan berprotein seperti telur dan yogurt dan karbohidrat yang kompleks seperti roti 'whole wheat' dan bijiran adalah pilihan sarapan yang baik berbanding karbohidrat yang mudah atau gula.
Untuk sarapan yang baik, makanlah yogurt, semangkuk oatmeal atau bijiran penuh serat atau ‘scrambled eggs’ dengan roti bakar 'whole wheat'.
Karbohidrat yang mudah menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat dan kemudian menurun mendadak, menjadikan anda berasa mengantuk.
Karbohidrat yang kompleks memberikan anda tenaga yang lebih dan menyebabkan anda lebih kenyang kerana ianya mengambil masa yang lama untuk hadam dan memberi lebih khasiat dalam bentuk vitamin dan mineral.
Sarapan yang tinggi protein dan karbohidrat kompleks adalah penting tetapi kebanyakan orang melakukan yang sebaliknya.
Tukarkan cara pemakanan dari 3 kali makanan yang berat kepada 5 kali makanan yang lebih ringan sepanjang hari untuk meningkatkan tenaga anda. Ini menetapkan tahap tenaga anda pada tahap yang sama sepanjang hari berbanding turun naik di antara kenyang dan lapar.
Tiada siapa yang suka memakai semula pakaian mengandung selepas kelahiran bayi. Walaupun anda mungkin kecewa dengan penurunan berat badan yang perlahan ketika dalam pantang, ia bukan masa yang sesuai untuk mengelak daripada makan atau memotong secara mendadak kalori yang diambil. Ianya adalah masa untuk mendapatkan semula kekuatan daripada risaukan masalah berat badan.
Apabila bekalan susu sudah stabil dan anda telah pulih sepenuhnya dari mengandung dan bersalin; dan anda telah diberi kebenaran oleh healthcare provider, bolehlah anda mula menurunkan berat badan anda perlahan-lahan.
Bagi ibu yang menyusu anak, kehilangan berat badan yang terlalu cepat boleh melepaskan toksin yang tersimpan dalam lemak badan ke susu badan.
Dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin, kekurangan air akan menyebabkan kepenatan dan mengantuk yang anda alami semakin teruk. Oleh itu, minum air dengan banyak dan ini boleh mengekalkan tenaga.
Jika anda menyusu badan, beberapa minggu pertama akan menjadikan anda amat dahaga. Jadi, pastikan anda minum dengan banyak.
Adalah lebih mudah untuk meminum kopi apabila anda kepenatan atau mengambil cokelat ketika anda lapar untuk mendapatkan tenaga dengan segera.
Tetapi berhati-hati. Bergantung kepada minuman berkafein atau makanan bergula, boleh memberi anda tenaga dengan cepat tetapi selepas itu anda akan menjadi lebih penat dari sebelumnya.
Seperti yang diterangkan di atas, karbohidrat kompleks seperti roti whole grain, kekacang dan sayuran atau protein seperti daging, telur, makanan asas soya akan menetapkan tahap gula yang lebih stabil.
[Credit : mybengkung.com]
No comments:
Post a Comment