October 06, 2006

Solat Witir

a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat Witir selepas solat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Solat Witir ini ditunaikan secara berjamaah.

b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.

c) Lafaz niat solat sunat Witir

i- Bagi dua rakaat yang pertama:

Usholli sunnatal witri rak'ataini lillahi taala.

Bermaksud: Sahaja aku solat Witir dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

ii- Bagi rakaat yang akhir:

Usholli sunnatal witri rak'atan lillahi taala.

Bermaksud: Sahaja aku solat Witir satu rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir.

Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut solat fardhu Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.

No comments:

Post a Comment