October 04, 2006

Bengkung

Jenis-jenis Bengkung

[1] Bengkung Tali



  • 2 jenis kain: Kain belacu krim dan kain koko (di bahagian hadapan perut agar tidak kelihatan kotor)
  • Selesa, kejab dan kemas
  • Lebar bengkung: dari bawah dada ke bawah pinggul
  • Rekaan bengkung ini memudahkan anda memakainya sendiri tanpa bantuan
  • Cara memakai bengkung: Letakkan bengkung di bawah paras dada anda. Kain koko diletakkan dibahagian hadapan. Masukkan tali yang panjang ke setiap hujung lubang kain (kiri dan kanan) yang disediakan dari bawah ke atas dan diikat dengan tali pendek di bahagian atas.

[2] Bengkung Lilit
Klik utk gambar
  • Saiz standard
  • Kain belacu krim
  • Panjang 12 m dan lebar 15 cm
  • Cara memakai bengkung: Tali dililit di sekeliling badan dari bawah dada hingga ke bawah pinggul dan hujungnya disemat dengan pin keselamatan
  • Bengkung ini boleh dipakai (lilit) sehingga ke kaki untuk mengurangkan pergerakan (terutama untuk wanita selepas bersalin)
  • Cara memakainya boleh diubah mengikut keselesaan anda
Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?
Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak. Ia juga dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas dan menyebabkan ketidakselesaan. Masalahnya, anda akan perlu sentiasa memperbetulkan kedudukan bengkung ini.
Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang?
Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya dipakai sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.
Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?
Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda.
Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya?
Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.
Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja?
Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!
Perlukah memakai minyak dengan bengkung?
Untuk kesan yang baik, minyak/sapuan boleh mempercepatkan tujuan pemakaian bengkung. Namun terdapat bengkung moden yang menggunakan teknologi-teknologi tertentu yang dapat memberi kesan yang sama tanpa minyak/sapuan. Harga bengkung ini boleh mencapai ratusan atau ribuan ringgit.
[Credit: mybengkung.com]

No comments:

Post a Comment