Showing posts with label goodreads MY. Show all posts
Showing posts with label goodreads MY. Show all posts

May 31, 2015

Sajak Balasan: Usah Keliru


Saat tadi saya tertinjau-tinjau akan sesuatu di dalam senarai masukan lama.

Mencari sebuah sajak balas yang hampir sahaja luput dari ingatan peribadi kerana telah agak lama dipaparkan (lima tahun yang sudah).

Ia merupakan sebuah karya yang sederhana kecil - sajak balasan kepada sajak "Diksimu" hasil karya salah seorang moderator kelab buku Goodreads Malaysia. Masih ingat lagi tak kepada moderator segak bernama Tok Mudin? Dialah si tuan empunya karya.

October 18, 2014

Reading Close to the Nature

Sebagai seorang pencinta buku jua pencinta alam, tentu sahaja anda boleh membayangkan keterujaan saya bila menatap gambar-gambar di bawah.

Subhanallah, pemandangan ruang bacaan ini sungguh memukau mata.
Serta-merta saya telah terjatuh cinta pada pandangan pertama.

Ruangnya cukup selesa untuk berulit seharian dengan buku-buku kegemaran anda - sambil menikmati pemandangan di luar sana yang sungguh magika hasil sentuhan Sang Pencipta, Allahu Akhbar!











Source: Google Images. Credits to all of the photo owners.