Showing posts with label keutamaan hidup. Show all posts
Showing posts with label keutamaan hidup. Show all posts

September 14, 2006

Keutamaan Dalam Hidup

Motivasi Mutiara Dr Danial - Keutamaan Dalam Hidup 12-07-2006.

Assalamualaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan yang saya muliakan.

Alhamdulillah pertandingan bola sepak Piala Dunia FIFA telah selesai. Semoga kesemua kita kembali seperti sediakala dan tidak lagi kita terabai dan alpa dengan perkara-perkara yang kurang penting.

Pada pagi ini Dr Danial hendak mulakan dengan memohon maaf terlebih dahulu sebab saya hendak menceritakan tentang satu insiden yang berlaku yang melibatkan diri saya. Oleh sebab cerita ini mempunyai perkaitan dengan diri saya sendiri, saya perlu memohon maaf sebab takut disalah fahami oleh pihak anda.


Tujuan saya menceritakannya kerana di sebalik kisah ini ada satu iktibar yang hendak saya sebutkan akhirnya.Baru-baru ini selepas selesai saya menyampaikan satu ceramah di luar kawasan Pulau Pinang dan di hujungnya saya mengatakan dalam masa 2 bulan lagi insya-Allah buku terbaru saya akan diterbitkan.

Buku yang bertajuk Kecemerlangan Islam Dari Teropong Sains. Saya mengatakan bahawa di dalam buku itu saya memfokuskan tentang sains. Di antaranya ialah solat dan sains, zikrullah dan sains. Kesemuanya yang berkaitan dengan Islam, saya kaitkan dengan sains. Insya-Allah 2 bulan lagi akan diterbitkan dan ia merupakan buku ke-11 Dr Danial, alhamdulillah.

Selepas itu saya telah dikerumuni oleh satu kumpulan pensyarah dari universiti tertentu. Mereka bertanya kepada saya bagaimana saya boleh memberikan masa sehingga boleh menulis sebanyak 11 buah buku sedangkan saya juga sibuk dengan klinik, motivasi di radio, khutbah, ceramah-ceramah, syarikat, keluarga dan seumpamanya.

Satu soalan yang berbentuk peribadi yang susah untuk saya menjawabnya sebab jika saya menjawab, seolah-olahnya saya hendak menceritakan tentang kehebatan diri sedangkan saya masih menyedari saya masih lagi lalai, alpa, cuai.

Di sudut ibadah, masih banyak lagi kekurangan yang ada pada diri saya. Masakan saya bersedia untuk menceritakan tentang kehebatan saya. Itu tak mungkin bisik hati kecil saya. Saya tidak mahu menipu diri sendiri tetapi saya perlu menjawab sesuatu.


Akhirnya saya bertanya kepada mereka. Sekarang musim bola sepak piala dunia PIFA. Adakah anda semua bangun pagi untuk menonton bolasepak. Kesemua pensyarah itu tersenyum simpul sambil mengakui ada menonton bolasepak. Dalam masa sebulan ini hampir setiap pagi kami akan bangun untuk menonton pertandingan bolasepak.

Saya bertanya kepada mereka adakah mereka tidak merasa mengantuk. Mereka mengakui merasa mengantuk tetapi oleh sebab mempunyai matlamat dan tujuan untuk bangun menonton bola sepak maka hilanglah mengantuknya.

Saya berkata kepada mereka, saya alhamdulillah kerana tidak sekalipun saya bangun pagi untuk menonton bola.


Mereka berkata mungkin Dr Danial tidak meminati bola. Tidak!! kata saya. Saya berbohong jika mengatakan kepada anda bahawa saya tidak meminati bola.

Alhamdulllah ketika di Sekolah Menengah Jelutung dahulu, dari tingkatan 1-5 saya mewakili sekolah dan dalam masa itu kami telah menjadi johan seluruh Pulau Pinang sekali dan naib johan seluruh Pulau Pinang sekali.

Ketika belajar di luar negara iaitu Alexandria, saya menjadi kapten bola sepak pelajar-pelajar Malaysia di sana. Jadi, saya meminati bola sepak malah pernah menjadi kapten semasa berada di luar negara satu ketika dahulu. Saya amat meminati bola sepak tetapi tidak bangun pagi untuk menonton bola sepak.


Mengapa?? Saya merasakan itu membuangkan masa. Saya ada perkara yang lebih penting yang perlu dilakukan. Jika tuan-tuan sanggup berkorban seperti yang dilakukan untuk bangun pagi kerana bola sepak, tuan-tuan boleh menulis lebih banyak buku daripada saya.

Boleh menghafaz Al-Quran, hadis-hadis, menguasai bahasa arab untuk memahami bacaan Al-Quran dan boleh melakukan banyak lagi perkara kebaikan jika tuan-tuan sanggup berkorban sebagaimana yang tuan-tuan lakukan untuk menonton bola sepak sebulan ini.


Rumusannya ialah kita ini sibuk tetapi sibuk kepada perkara yang tidak penting. Sebab itu kita tidak banyak boleh mencapai kegemilangan dalam hidup walaupun kita sibuk ke sana ke mari.

Bagi saya, tuan-tuan & puan-puan yang saya muliakan orang yang berjaya ialah orang yang menjadikan perkara utama itu utama dan perkara kedua itu kedua.

Orang yang sentiasa tidak berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang ialah mereka yang menjadikan perkara kedua itu pertama atau dalam bahasa sekarang sekundar menjadi primar.


Marilah sama-sama kita kenali keutamaan dalam hidup kita. Tentukan keutamaan.

Meminati bolasepak adalah perkara biasa terutama bagi kaum lelaki. Sekarang kaum hawa pun nampaknya sudah meminati bola sepak.

Tetapi ingat, jangan sampai bola sepak menjadikan kita tersepak. Jangan sampai kita yang menjadi bola bukan bola yang menjadi bola. Kita yang terpelanting ke sana ke mari di samping juga dengan bola. Jangan itu berlaku kepada kita.

Akhirnya kita akan merungut tidak ada time lah. Tidak ada masalah untuk mengaji Quran, tidak ada masa untuk menulis buku. Tidak ada masa untuk menghafaz sedikit sebanyak dari Al-Quran. Tidak ada masa untuk melakukan kebaikan itu dan ini.


Tidak ada masa!! masa!! masa!! sedangkan persoalannya ialah bukan kita tidak ada masa, cuma kita tidak pandai untuk mengurus masa. Masa ada. Kita menarik nafas sepenuh masa tetapi tidak pandai mengurus masa.

Maka benarlah Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mukminun ayat 1-3 yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, mereka itu ialah mereka yang khusyuk dalam solatnya dan tidak menghabiskan masa untuk melakukan perkara yang sia-sia."

Itulah contoh orang-orang yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Mereka menjaga solat bukannya bangun pagi untuk menonton bola sepak kemudian tidak bersolat subuh. Mereka menjaga solat dan khusyuk dalam solat. Kedua mereka tidak membuang masa kepada perkara yang tidak penting.


Semoga insya-Allah kita tidak membuang masa pada perkara yang tidak bermanfaat dan semoga Allah berikan kekuatan kepada kita bersama untuk melakukan yang terbaik bagi hidup kita. Insya-Allah.

Boleh saja meminati bola tetapi jangan sampai anda dan saya menjadi bola. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita.


(Credit to: Brotherfaiz)

August 23, 2006

Tips of Life

"When things in your life seem almost too much to handle, when 24 hours in a day are not enough, remember the mayonnaise jar and the coffee."

A professor stood before his philosophy class and had some items in front on him.

When the class began, wordlessly, he picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with golf balls. He then asked the students if the jar was full. They agreed it was...

So then the professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar..

He shook the jar lightly. The pebbles rolled into the open areas between the golf balls. He then asked the students if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar and of course the sand filled up everything else up. He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous "yes".

The professor then produced two coffee cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively "Now", said the professor, as the laughter subsided. "I want you to recognize that this jar represents your life.

The golf balls are the important things - your family, your children, your health, your friends, and your favorite passions - things that if everything else was lost and only they remained, your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, your house, and your car.

The sand is everything else - the small stuff.

"If you put the sand in the jar first," he continued, "there is no room for the pebbles or the golf balls. The same goes for life. If you spend all your time and energy on the small stuff, you will never have room for the things that are important to you.

Pay attention to the things that are critical to your happiness. Play with your children.

Take time to get medical checkups. Take your spouse to dinner. Spend time with your parents for you won't always have them in your life.

There will always be time to clean the house and fix the disposal. Take care of the golf balls first, the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand.

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represents?

The professor smiled. "I am glad you asked. It just goes to show you that no matter how full your life may seem, there is always room for a couple of cups of coffee with a friend.